Tenaga Nasional Berhad
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Tenaga Nasional Berhad adalah syarikat bekalan elektrik yang terbesar di Malaysia. Aset perniagaannya adalah sejumlah RM 60.0 billion. Bilangan pelanggan adalah lebih 6 juta akaun di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV.
TNB melalui anak syarikat juga terlibat dalam pembuatan alat pembolehubah, alat suis voltan tinggi dan kabel, sebagai pakar runding di dalam bidang seni bina, awam dan elektrik, menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik dan sebagai pakar pengurusan projek. TNB juga mengendali universiti swasta iaitu Universiti Tenaga Nasional.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Keupayaan penjanaan
TNB mempunyai keupayaan jana elektrik sebanyak 11,296 MW. TNB menjana dengan menggunakan loji hidroelektrik dan logi terma.
[Sunting] Loji hidroelektrik
Terdapat 3 skim hidroelektrik dengan keupayaan sejumlah 1,911 MW dengan 21 empangan beroperasi:
Skim hidroelektrik Sungai Perak; dengan keupayaan 1,249 MW:
- Empangan Pergau – 4 x 150 MW = 600 MW
- Empangan Temenggor – 4 x 87 MW = 348 MW
- Empangan Bersia – 3 x 24 MW = 72 MW
- Empangan Kenering – 3 x 40 MW = 120 MW
- Empangan Sungai Piah Hulu – 2 x 7.3 MW = 14.6 MW
- Empangan Sungai Piah Hilir – 2 x 27 MW = 54 MW
- Empangan Chenderoh – 4 x 10.7 MW + 1 x 8.4 MW = 40.5 MW
Skim hidroelektrik Terengganu, dengan keupayaan 400 MW:
- Empangan Kenyir – 4 x 100 MW = 400 MW
Skim hidroelektrik Cameron Highlands
- Empangan Jor – 4 x 25 MW = 100 MW
- Empangan Woh – 3 x 50 MW = 150 MW
- Empangan Odak – 4.2 MW
- Empangan Habu – 5.5 MW
- Empangan Kampong Raja – 0.8 MW
- Empangan Terla – 0.5 MW
- Empangan Robinson Falls – 0.9 MW (juga dikenali sebagai Empangan Lata Iskandar)
[Sunting] Loji terma
Terdapat 6 loji terma atau loji bakar dengan keupayaan berjumlah 4,435 MW sedang beroperasi, dan 3 lagi loji bakar dengan keupayaaan berjumlah 4,950 MW yang dikendalikan oleh syarikat jana bebas (IPP) yang juga dimiliki TNB.
- Loji Paka, Paka, Terengganu – 1,136 MW, bahan api gas asli.
- Loji Connaught Bridge – Kelang, Selangor – 832 MW, bahanapi gas asli
- Loji Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan – 715 MW, bahanapi gas asli dan minyak.
- Loji Pasir Gudang, Pasir Gudang, Johor – 729 MW, bahanapi gas asli dan minyak.
- Loji Serdang, Serdang, Selangor – 625 MW, bahanapi gas asli.
- Loji Teluk Ewa, Gelugor, Pulau Pinang – 398 MW, bahanapi gas asli.
- Loji Manjung, Lumut, Perak – 2,295 MW, bahanapi arang batu.
- Loji Kapar, Kapar, Kelang – 2,420 MW, bahanapi gas asli, minyak dan arangbatu.
- Loji Liberty Power, Sindh, Pakistan – 235 MW, bahanapi gas asli.
[Sunting] Fakta menarik
- Empangan terbesar di Malaysia adalah Empangan Kenyir.
- Stesen janakuasa tertua adalah Empangan Chenderoh.
[Sunting] Lihat juga
- Grid Nasional
- Sabah Electricity Sdn Bhd
- Syarikat SESCO Berhad
- Malakoff Berhad
- Powertek Berhad
- YTL Power Berhad