Port Dickson
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Port Dickson, atau PD merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain keperluan.
Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh dari bandaraya untuk penduduk tempatannya relaks.
Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berkelah, berenang dan sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Lokasi
Port Dickson terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus. Bandar yang paling hampir ialah Lukut. Di Lukut terdapat Kota Lukut yang menempatkan kubu pertahanan warisan Sungai Ujong.
Ia terletak 32 km dari Seremban dan 60 km dari Kuala Lumpur. Dengan adanya Lebuh raya Seremban - Port Dickson, warga Kuala Lumpur lebih mudah datang ke pantai Teluk Kemang. Tol RM2.90
[Sunting] Asal nama
- Port Dickson sempena nama Sir John Frederick Dickson, seorang pegawai British pada zaman penjajahan British.
- Nama asal Port Dickson ialah Tanjung atau Tanjung Tin. Ini kerana muka bumi pantainya berbentuk tanjung kecil yang membolehkan kapal-kapal berlabuh.
- Nama lainnya ialah Arang kerana ada kilang menghasilkan arang di hadapan pantainya.
[Sunting] Perkembangan
- 1901, kilang Shell didirikan. Shell merupakan syarikat petroleum multinasional berasal dari Belanda. Kilang ini didaftarkan sebagai Syarikat Shell Petrol and Trading dapat menghasilkan 700 liter tan minyak. Keperluan kilang penapisan petroleum amat penting agar Malaysia tidak bergantung kepada minyak dari Pulau Bukom, Singapura. Petroleum mentah diimport dari Arab Saudi, Kuwait, Iraq dan Iran.
- 1902 stesen kereta api telah dibina hingga ke pelabuhan Port Dickson. Kelebihan keretapi ialah dapat mengangkut barangan secar banyak, pukal dan murah . Contohnya kayu balak, bijih timah, petroleum, kelapa dan lain-lain.
- 1933 Port Dickson telah dipilih sebagai penempatan kem Angkatan Tentera Melayu dan Maktab Tentera Persekutuan. Kem ini dinamakan Kem Si Rusa.
- 1964 Esso membuka kilang penapisannya sebagai saingan kepada Shell. Rakyat tempatan diambil bekerja di dalam kilang ini.
- 1965 Port Dickson Stesen Janalektrik Tuanku Jaafar dibina bagi membekalkan tenaga elektrik. Janakuasa ini menggunakan petroleum sebagai bahan bakar. Janakuasa ini sering disalah anggap sebagai kilang Shell dan kilang Esso.
- 1 Disember 1979 Majlis Daerah Port Dickson ditubuhkan.
[Sunting] Pantai
Port Dickson terkenal kerana adanya pantai yang panjang dan indah dari Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar hingga ke Tanjung Tuan. Pantai Teluk Kemang yang cantik ialah di Batu 8 dan Batu 7.
Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan, bilik mandi dan tandas serta pondok-pondok rehat.
Terdapat banyak hotel, chalet dan resort dibina di Teluk Kemang dan di Port Dickson. Antaranya ialah Ilham Resort, PD Marina, Tanjung Tuan Beach Resort, Guoman, Residensi Hotel, Holtel Costa Rica dan Hotel Sri Malaysia. Sewa hotel dari RM90.00 sahaja.
[Sunting] Lihat juga
![]() |
Negeri Sembilan Darul Khusus | ![]() |
Daerah: Jelebu | Jempol | Kuala Pilah | Port Dickson | Rembau | Seremban | Tampin | ||
Bandar: Bahau | Batang Benar | Batu Kikir | Chembong | FELDA L.B. Johnson | Gemas | Gemencheh | Johol | Juasseh | Kota | Kuala Klawang | Kuala Pilah | Labu | Lenggeng | Linggi | Lukut | Mantin | Mambau | Nilai | Pajam | Pasir Panjang | Pedas | Pengkalan Kempas | Port Dickson | Rantau | Rembau | Rompin | Senawang | Sepang Road | Seremban | Seri Menanti | Siliau | Sungai Gadut | Sungai Muntoh | Tampin | Teluk Kemang | Tiroi |