Tentera Nasional Indonesia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Tentera Nasional Indonesia | |
---|---|
Kekuatan tentera (bilangan askar) | |
Umur minimum untuk masuk tentera | 18 tahun |
Penduduk yang memenuhi syarat umur untuk masuk tentera | Lelaki berumur 18-49: 60,543,000 (anggaran tahun 2005) |
Penduduk yang memenuhi keseluruhan syarat untuk masuk tentera | Lelaki berumur 18-49: 48,687,000 (anggaran tahun 2005) |
Penduduk yang mencapai umur untuk masuk tentera setiap tahun | Laki-laki: 2,201,000 (anggaran tahun 2005) |
Kaedah perekrutan | Sukarela |
Perbelanjaan tentera tahunan | |
Dalam dolar AS | $1.3 bilion (2004) |
Peratus daripada KDNK | 3% (2004) |
Tentera Nasional Indonesia terdiri daripada ketiga-tiga angkatan bersenjata, iaitu Angkatan Darat TNI, Angkatan Laut TNI, dan Angkatan Udara TNI. Setiap angkatan diketuai oleh seorang Ketua Staf Angkatan, dan ketiga-tiga Ketua Staf itu dipimpin oleh seorang Panglima TNI. Panglima TNI saat ini ialah Marsyal TNI Djoko Suyanto.
Dalam sejarahnya, TNI pernah digabungkan dengan pasukan polis dalam gabungan yang dipanggil Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI). Menurut Peraturan MPR No. VI/MPR/2000 tentang pemisahan TNI dengan POLRI, serta Peraturan MPR No. VII/MPR/2000 tentang peranan-peranan TNI dan POLRI, maka pada 30 September 2004, DPR Republik Indonesia meratifikasi Rang Undang-undang TNI yang kemudian dimeterai oleh Presiden Megawati pada 19 Oktober 2004.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah awal TNI
Pada awalnya, negara Indonesia tidak mempunyai angkatan tentera. Badan Keselamatan Rakyat (BKR) yang dibentukkan dalam persidangan Jawatankuasa Penyediaan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) pada 22 Ogos 1945 dan diumumkan oleh Presiden Sukarno pada 23 Ogos 1945 bukannya sebuah angkatan tentera yang rasmi.
Baik di pusat mahupun di daerah, BKR berada di bawah kuasa KNIP serta KNI Daerah, dan bukannya di bawah perintah Presiden sebagai Panglima Agung dalam angkatan tentera. Pertubuhan ini juga tidak berada di bawah penyelerasan Menteri Pertahanan. BKR hanya dibentukkan untuk memeliharakan keamanan tempatan sewaktu Indonesia menyediakan diri untuk memulakan peperangan menghadapi Sekutu.
[Sunting] Peranan TNI
Menurut undang-undang Tentera Nasional Indonesia (TNI), Artikel 2 menyatakan:
- Tentera Raykat: tentera yang terdiri daripada warganegara Indonesia.
- Tentera Pertempuran: tentera yang berjuang untuk memeliharakan negara Republik Indonesia dan yang tidak mengenal penyerahan dalam pelaksanaan dan penyelesaian tugas mereka.
- Tentera Nasional: tentera yang bertugas untuk mengutamakan kepentingan negara, berbanding kepentingan daerah, suku kaum, ras, dan golongan agama.
- Tentera Profesional: tentera terlatih dan terdidik yang dilengkapkan sepenuhnya, dan yang tidak terlibat, baik dalam politik mahupun dalam perniagaan. Mereka mematuhi dasar politik negara yang mendukung prinsip demokrasi, keagungan sivil, hak asasi manusia, serta peruntukan undang-undang negara dan undang-undang antarabangsa yang telah diratifikasi. Kebajikan mereka dijamin.
[Sunting] Tugas TNI
Menurut Undang-undang TNI Artikel 7 (1), tugas TNI adalah untuk:
- mendukung kedaulatan negara;
- mempertahankan keutuhan wilayah Republik Indonesia yang berdasarkan Pancasila dan UUD 45; serta
- melindungi semua bangsa dan seluruh tanah air Indonesia dari ancaman dan gangguan terhadap kepaduan bangsa dan negara.
TNI Artikel 7 (2) menyatakan tugas yang ditentukan oleh Artikel 7 (1) dilakukan dengan:
- operasi tentera untuk perang
- operasi tentera selain daripada perang, iaitu untuk:
- menentangi gerakan pemisah bersenjata
- menentangi pemberontakan bersenjata
- menentangi kegiatan-kegiatan terorisme
- melindungi sempadan wilayah
- melindungi infrastruktur negara yang strategik
- melaksanakan tugas keamanan dunia sejajar dengan dasar luar negeri
- melindungi Presiden dan Naib Presiden serta keluarganya
- memperkukuh wilayah pertahanan dan kekuatan negara persahabatan secara awal sejajar dengan sistem pertahanan bersepadu
- membantu tugas pemerintahan di daerah
- membantu Polis Negara Republik Indonesia dalam rangka tugas keamanan dan ketertiban masyarakat
- membantu melindungi tetamu negara yang bertaraf ketua negara dan perwakilan kerajaan asing yang melawati Indonesia
- membantu mengendalikan akibat bencana alam, pemindahan, dan pemberian bantuan kemanusian
- membantu dalam operasi cari dan selamatkan
- membantu kerajaan dalam keselamatan pelayaran dan penerbangan terhadap perampasan, pelanunan, dan penyeludupan.
[Sunting] Kekuatan Bersenjata Indonesia
Jumlah tentera: 361,823 | ||
---|---|---|
Angkatan Darat TNI | Angkatan Laut TNI | Angkatan Udara TNI |
Jumlah tentera: 276,953 | Jumlah tentera: 57,197 | Jumlah tentera: 27,673 |
Kekuatan Pusat
|
Sistem Senjata Armada Bersepadu
|
Skuadron Udara
|
[Sunting] Lihat juga
- Pangkat TNI
- Undang-undang TNI Bab I - Bab VI
- Undang-undang TNI Bab VII - Bab XI
- Penerangan Undang-undang TNI Bahagian Pertama
- Penerangan Undang-undang TNI Bahagian Kedua