Transkripsi (album)
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Transkripsi adalah album studio kesebelas Siti Nurhaliza. Ia memuatkan 13 buah lagu. Antara penggubah yang terlibat ialah Melly Goeslaw, Damian VE, Cat Farish, Lin Li Zhen, Aubrey Suwito, Erwin Gutawa, Glenn Fredly, Tengku Shafiek, Yasin dan Siti Nurhaliza sendiri. Transkripsi bermaksud himpunan perasaan atau rasa yang menyatu dalam hidup kita selama ini.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah
Tajuk Lagu | Durasi |
---|---|
Siti Situ Sana Sini (Damian&Lah VE/Cham VE) | 4.06 |
Biarlah Rahsia (Melly Goeslaw/Siti Nurhaliza) | 4.09 |
Destinasi Cinta (Lin Li Zhen/PSNN) | 3.24 |
Cuba Untuk Mengerti (Tengku Shafiek/Tengku Shafiek) | 4.45 |
Hidup Penuh Bicara (Yasin/Yasin & Eena Houzyama) | 3.59 |
Bila Harus Memilih (Glenn Fredly/Glenn Fredly) | 4.23 |
Pastikan (Melly Goeslaw/Melly Goeslaw) | 4.22 |
Hati Berbisik (Siti Nurhaliza & Aubrey Suwito/Siti Nurhaliza) | 4.10 |
Rupanya Kita Serupa (Cat Farish/Cat Farish) | 4.56 |
Tanpa Dendam Di Hati (Erwin Gutawa/Habsah Hassan) | 4.15 |
Intrig Cinta (Siti Nurhaliza/Loloq) | 4.04 |
Impiankan Nyata (Abdul Rahim Bachik,Rauf & Firdaus Mahmud/Rauf) | 3.40 |
Bisakah (Aubrey Suwito/Tessh R S) | 4.39 |
Cover untuk album ini ialah gambar terakhir yang diambil Siti.Ketika gambar ini diambil, Siti sudah menanggalkan rambut palsu yang dipakainya untuk gambar-gambar yang lain.
Media juga menyatakan bahawa album ini adalah album terbaik yang pernah dihasilkan oleh Siti sepanjang 11 tahun kariernya sebagai penyanyi terunggul di negara kita.