Biarlah Rahsia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Siti Nurhaliza | |
---|---|
Tajuk | Biarlah Rahsia |
Penyanyi | Siti Nurhaliza |
Genre | Pop,Balada |
Label | SNP |
Penggubah Lagu | Melly Goeslaw |
Penulis Lirik | Siti Nurhaliza |
Durasi | 4.09 |
Pengarah Video | Rizal Mantovani |
Biarlah Rahsia adalah lagu yang paling sensasi dan dikatakan ada kena mengena dengan hidup Siti Nurhaliza. Lagu ciptaan Melly Goeslow ini juga telah menjadi juara beberapa carta di radio dan televisyen selama beberapa minggu. Lagu ini dimuatkan di dalam album Siti Nurhaliza yang bertajuk Transkripsi.
Lagu ini amat popular pada tahun 2006 dan dikaitkan dengan gembar-gembur akan cinta Siti Nurhaliza apabila lagu ini dikeluarkan ketika hangat diperkatakan bahawa Siti Nurhaliza bercinta dengan Datuk Khalid Muhammad Jiwa. Lagu tersebut diibaratkan sebagai jawapan kepada desas-desus tersebut iaitu menyarankan akan hal tersebut biarlah dirahsiakan. Lagu ini pertama kali diperdengarkan secara eksklusif secara langsung oleh Datuk Siti Nurhaliza ketika Anugerah Planet Muzik 2006 di Singapura.
Lagu ini mempunyai maksud yang mendalam dan amat umum kepada mereka yang berahsia. Lagu ini dikaitkan juga dengan Farhan ketika di Akademi Fantasia apabila pada minggu beliau ditugaskan membawakan lagu ini pada konsert mingguan kelima, lagu ini menyerlahkan lagi bahawa Farhan adalah orang yang berahsia. Hal tersebut diulangi oleh Siti Nurhaliza sendiri apabila beliau datang ke akademi itu.
[Sunting] Video Muzik
Video muzik lagu ini diarahkan oleh Rizal Mantovani, seorang pengarah video muzik yang berkaliber dan sudah lama bekerja dengan Siti Nurhaliza untuk muzik video-muzik video beliau yang lain. Contohnya, Percayalah, Bukan Cinta Biasa. Dalam klip video ini, Siti Nurhaliza ditampilkan memakai gaun yang berwarna hitam sambil berjalan-jalan di sebuah rumah kayu yang amat cantik. Pada bahagian korus yang kedua terdapat sedikit sedutan Siti Nurhaliza sedang menulis lirik sambil memakai baju yang berwarna putih. Klip video itu serba oren dan terdapat beberapa petikan lirik lagu yang disiarkan seiring dengan klip video. Rizal juga menampilkan motif bunga di dalam klip video tersebut. Pengambaran video ini dilakukan di Indonesia.
[Sunting] Kedudukan Di Dalam Carta
Lagu ini telah menjadi kegilaan penduduk Malaysia. Ia telah menjadi juara Carta Era, Hot FM 30 dan banyak lagi. Lagu ini juga telah menjadi lagu keempat terhebat di dalam program 100 Terhebat@Era yang disiarkan 31 Disember yang lalu.