Wikipedia:Tulis rencana yang memanfaatkan pembaca
Dari Wikipedia bahasa Melayu
|
|
Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia yang bertujuan memberi ilmu pengetahuan kepada penggunanya. Kepentingan pembaca adalah lebih diberatkan daripada kepentingan pengarang. Daripada itu semasa menulis untuk wikipedia, anda dinasihatkan supaya beringat kepada kepentingan pembaca.
Untuk menjaga kepentingan pembaca, pengarang harus berpandu kepada panduan di bawah:
- Tulis secara informatif daripada tulis secara ekspresif
- Tulis dengan bahasa yang mudah difahami
- Tulis apa yang benar sahaja
- Tulis apa yang perlu diketahui oleh pembaca sahaja