Tuntung
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Tuntung tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi dan kura-kura . Habitat utamanya adalah di perairan air payau.
Saiznya berbeza mengikut jantina. Tuntung betina lebih besar daripada jantan. Tuntung betina boleh membesar sehingga 50 sm berbanding dengan tuntung jantan yang boleh membesar lebih kurang 40 sm mengikut karapasnya.
Makanan utamanya tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang terdapat di tepi sungai.
Di antara perbezaan tuntung dengan penyu adalah ia mempunyai kaki renang yang berkuku seperti kura-kura. Ini membolehkan ia berjalan di atas tanah atau pasir untuk bertelur. Tuntung mempunyai kepala yang kecil dan boleh disembunyikan di dalam karapasnya apabila diganggu.
Anak tuntung berwarna kelabu dan yang dewasa berwarna coklat kekelabuan. Apabila tiba musim mengawan, warna kepalanya menjadi putih dan terdapat jalur merah di bahagian tepi mata, tetapi yang betina tidak berubah.
Spesies tuntung banyak terdapat di Sungai Perak. Tuntung juga bleh dijumpai di Terengganu, Pahang dan negeri Sembilan . Musim bertelur adalah ialah Oktober - Januari. Tuntung akan mendarat untuk bertelur di pantai-pantai atau muara sungai pada masa air surut di waktu malam.
Pantai tempat bertelur kebiasaannya terletak beberapa kilometer dari muara sungai tempat hidupnya. Telurnya berbentuk bujur dan menghasilkan 4 hingga 20 biji telur pada setiap kali bertelur. Telur-telur akan ditinggalkan dan tidak dijaga. Telur-telur tersebut akan menetas dalam tempoh lebih kurang 72 hari.