Kura-kura
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kura-kura | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
|||||||||||||
Pengelasan saintifik | |||||||||||||
|
|||||||||||||
|
|||||||||||||
Chersina |
Kura-kura (bahasa Inggeris: tortoise) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia.
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya (mega diversity) dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrata darat, lebih 150,000 spesies invertebrata, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Taburan
Kura-kura terdapat di seluruh Malaysia termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.
[Sunting] Ciri-ciri
Kura-kura merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas reptilia. Tubuh kura-kura dilindungi oleh kerangka khas yang terbentuk dari rusuk mereka.
Saiz kura-kura berbeza dari beberapa sentimeter sehingga dua meter. Pada kebiasaannya kura-kura mempunyai tempoh hayat yang panjang dan hidup lama, sesetengah kura-kura diketahui hidup selama melebihi 150 tahun.
Kura-kura pertama telahpun wujud pada era dinosaur, kira-kira 200 juta tahun dahulu. Kura-kura merupakan satu-satunya cabang dari "clade Anapsida" silam, yang termasuk kumpulan seperti procolophonoids, millerettids dan pareiasaurs. Kebanyakan anapsids menjadi pupus pada akhir tempoh Permian, kecuali procolophonoids dan susur-galur testudines (kura-kura).
Kesemua kura-kura, samaada yang masih hidup atau telahpun pupus merupakan dari susunan Chelonia, termasuk super susunan Testudines.
[Sunting] Makanan
Kura-kura merupakan haiwan maun. Makanan utama kura-kura adalah tumbuhan yang hidup dalam air seperti kangkung dan sawi.
[Sunting] Pembiakan
Sebagai reptilia, kura-kura membiak dengan cara bertelur di dalam sarang yang dibinanya.
[Sunting] Tabiat
[Sunting] Habitat
[Sunting] Kebaikan
[Sunting] Pengekalan
[Sunting] Ulasan
[Sunting] Jenis-jenis kura-kura
Terdapat pelbagai jenis kura-kura di Malaysia, antaranya adalah :-
- Kura-kura Besar
- Kura-kura Daun
- Kura-kura Dendang Hitam
- Kura-kura Duri
- Kura-kura Gergasi
- Kura-kura Panjang
- Kura-kura Siput
- Kura-kura Telinga Merah
- Kura-kura Arang
- Kura-kura Kayu