Portal:Undang-undang
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Undang-undang adalah satu percubaan untuk menimbangtara antara kehendak orang ramai dalam perhubungan antara mereka. Pengajian undang-undang mencari jawapan kepada beberapa persoalan penting mengenai kesamarataan, keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat.
Undang-undang berkait hampir kesemua arena kehidupan. Terdapatnya undang-undang tentang pekerjaan, undang-undang mengenai sukan, undang-undang yang boleh mengehadkan bagaimana perniagaan diuruskan dan undang-undang yang membolehkan penubuhan syarikat malah juga persatuan. Undang-undang boleh menubuhkan sekolah, mengenakan hukuman terhadap pelaku jenayah, bertindak sebagai jambatan antara budaya-budaya berasingan dan ada juga undang-undang mengenai pilihanraya dalam sesuatu negara. Terdapat juga undang-undang berkenaan bagaimana hendak menggubal undang-undang.
Dalam kebanyakan negara dunia, pengamal undang-undang profesional dilatih untuk memberi orang ramai khidmat dalam pengetahuan dan perlaksanaan hak mereka dalam undang-undang. Hak dan tangunggungjawab dalam undang-undang boleh dan sering menjadi kompleks. Akan tetapi, terdapatnya sejarah yang kaya mengenai undang-undang dengan pelbagai pemikiran falsafah yang berdepankan undang-undang. Pertempuran politik yang hebat sering berlaku untuk membuat undang-undang dan isu-isu ekonomi juga dibangkitkannya. Ini menjadikan bidang undang-undang satu bidang yang penuh dengan kenikmatan meskipun berlumuran dengan pelbagai cabaran. Baca lagi...
Perlembagaan ini dibahagikan kepada 13 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih or artikel yang relevan.
Shad Saleem Faruqi adalah merupakan profesor undang-undang Malaysia dan juga berkhidmat sebagai penasihat undang-undang di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam, Selangor. Beliau juga berkhidmat di fakulti undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan part time di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pada umur 19 tahun, beliau telah memperolehi ijazah daripada Wesleyan University di Amerika Syarikat. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai He konsultant bagi negara-negara Fiji, Timor Leste dan Iraq, menasihatkan mereka berkenaan dengan dokumen perlembagaan. Beliau juga pernah menolong membuat draf perlembagaan Republik Maldives.
Pada penghujung tahun 2004, Kelab Back-Benchers Barisan Nasional Parlimen Malaysia melantiknya sebagai penasihat bagi tujuan menasihati mereka tentang reformasi dan penguatkuasaan Parlimen dalam menghadapi keadaan kekuasaan cabang eksekutif terhadap kerajaan Malaysia. (Shad Saleem telah menganggarkan bahawa antara tahun 1991 dan 1995, 80% daripada kesemua bil yang diperkenalkan di Parlimen telah diluluskan tanpa pindaan.)
Donoghue (atau McAlister) lwn Stevenson (Donoghue v. Stevenson [1932] A.C. 532, 1932 S.C. (H.L.) 31, [1932] All ER Rep 1) adalah salah satu daripada kes termasyhur dalam sejarah undang-undang common law Inggeris. Keputusan House of Lords mewujudkan tort moden kecuaian kedua-dua dalam undang-undang masyarakat Scot dan di serata dunia dalam bidang kuasa common law. Kes ini berasal dari Paisley, Scotland, tetapi House of Lords menyatakan bahawa prinsip keputusan mereka beraplikasi dalam undang-undang Inggeris. Ia sering dirujuk sebagai "kes siput dalam botol".
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.
- "... bahawa stare decisis adalah satu doktrin undang-undang yang menyatakan bahawa keputusan kes-kes terdahulu mengikat kes-kes kini yang mempunyai fakta yang serupa?"
- "... bahawa Perlembagaan Malaysia didasarkan perlembagaan negara India?"
- "... bahawa Syariah merupakan satu-satunya jenis undang-undang agama yang lengkap berkenaan semua aspek kehidupan manusia?"
- "... bahawa melalui Akta Undang-Undang Sivil 1956 undang-undang Inggeris masih berkuatkuasa di negara Malaysia?"
- "... bahawa mengikut peraturan pos, satu penerimaan terhadap tawaran kontrak akan mengikat penawar sebaik sahaja surat penerimaan diposkan ke beliau, meskipun surat itu tidak sampai kepadanya?"
- Falsafah perundangan
Undang-undang sivil
- Common law
- Undang-undang kontrak
- Undang-undang famili
- Undang-undang bisnes
- Undang-undang komputer
- Undang-undang koperasi
- Undang-undang majikan
- Undang-undang alam sekitar
- Undang-undang kesihatan
- Hak cipta
- Undang-undang lucah
- Undang-undang harta
- Undang-undang agama
- Undang-undang statut
- Undang-undang Tort
Undang-undang jenayah
- Jenayah
- Pertahanan jenayah
- Undang-undang pengawalan dadah
- Undang-undang senjata api
- Undang-undang ketenteraan
- Undang-undang awam
- Undang-undang biru
- Syariah
Undang-undang perlembagaan
Undang-undang antarabangsa
Kes-kes
- Undang-undang mahkamah
- Mahkamah
- Sistem mahkamah
- Ekuiti
- Bukti
- Kes penting
- Petikan undang-undang
- Istilah undang-undang
- memperbaiki stub berkenaan rencana undang-undang
- mencipta lebih banyak rencana mengenai kes
- mencipta rencana mengenai konsep perundangan dan falsafah undang-undang
- mencipta bahagian baru di Wikipedia yang dikhaskan untuk debat undang-undang