Dari Wikipedia bahasa Melayu
15 Jun merupakan hari ke-166 (hari ke-167 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 199 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1215 - Raja John dari England memeterai Magna Carta.
- 1389 - Dalam Pertempuran Kosovo, Turki menewaskan Serbia dan Bosnia.
- 1752 - Benjamin Franklin menjalani kaji uji untuk membuktikan bahawa kilat ialah tenaga eletrik melalui penerbangan wau dalam ribut petir.
- 1904 - Kapal stim, General Slocum, terbakar di Sungai Timur, New York, dan menyebabkan kematian melebihi 1,000 orang.
- 1954 - Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) diasaskan di Basel, Switzerland.