19 Februari
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | Februari | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | |||
2007 |
19 Februari merupakan hari ke-50 dalam kalendar Gregory. Tinggal 315 hari (atau 316 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini merupakan:
- Hari Lent Besar dalam Kristian Timur
- Hari Presiden di Amerika Syarikat.
[Sunting] Peristiwa
- 197 – Septimius Severus menewaskan perampas Clodius Albinus dalam Pertempuran Lugdunum, dan mendapat kuasa penuh ke atas Empayar Rom.
- 1594 - Raja Zygmunt III Vasa dari Komanwel Poland-Lithuania dimahkotakan sebagai Raja Sweden.
- 1942 - Serangan udara ke atas Darwin: Ibu negeri Wilayah Utara, Australia dimusnahkan oleh 242 pesawat pengebom dan pesawat pejuang Tentera Laut Empayar Jepun.
- 1942 - Arahan Eksekutif 9066 AS ditandatangani, membenarkan penempatan semula dan pengurungan lebih 112,000 orang Amerika Jepun ke kem tahanan.
- 1986 - Pangkalan angkasa lepas Mir (gambar) dilancarkan oleh program angkasa lepas Soviet, mewujudkan stesen penyelidikan jangka-panjang pertama di angkasa lepas.
- 2002 - Penyiasat angkasa Mars Odyssey NASA mula memetakan permukaan Marikh menggunakan sistem pengimejan pancaran haba.