NASA
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Logo NASA |
|
Penubuhan: | 29 Julai 1958 |
---|---|
Pentadbir: | Michael D. Griffin |
Belanjawan: | $16.8 billion [1] |
Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika atau singkatannya NASA merupakan badan kerajaan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab kepada program angkasa lepas negara itu. Ditubuhkan pada 29 Julai 1958 oleh Akta Aeronautik dan Angkasa Lepas [2], belanjawan tahunan bagi tahun fiskal 2007 (FY2007) berjumlah US$ 16.8 bilion [1]. NASA secara umumnya dirujuk sebagai agensi angkasa lepas yang terulung seluruh dunia, walaupun kebanyakan teknologinya (seperti kapal angkasa bolak balik) bukannya baru atau "berteknologi tinggi".
Selain dari pogram angkasa lepas, NASA juga bertanggungjawab terhadap penyelidikan aeroangkasa ketenteraan dan awam jangka panjang. Sejak Februari 2006, kenyataan misi NASA ialah "merintis masa depan dalan penjelajahan angkasa lepas, penemuan saintifik dan penyelidikan aeronautik." [3]. Motonya ialah per aspera ad astra, Latin untuk "melalui kesukaran ke bintang."