Dari Wikipedia bahasa Melayu
23 Januari merupakan hari ke-23 dalam kalendar Gregory. Tinggal 342 hari (atau 343 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1579 - Perjanjian Kesatuan Utrecht dimeterai, dan menyatukan tujuh belas buah provinsi di Negeri-negeri Pamah yang kemudian membentuk Republik Belanda.
- 1719 - Charles VI, Maharaja Rom Holy, mengasaskan Liechtenstein, prinsipaliti tunggal dalam Empayar Rom Holy yang masih wujud hari ini.
- 1960 - Batiskaf Trieste (gambar), sejenis kapal selam laut dalam, mencapai kedalaman rekod sebanyak 10,916 m di Lautan Dalam Challenger di Jurang Mariana.
- 1968 - USS Pueblo dirampas oleh tentera Korea Utara yang mendakwa bahawa kapal Amerika Syarikat itu mencabuli perairan wilayahnya semasa mengintip.
- 1986 - Chuck Berry, James Brown, Ray Charles, Fats Domino, Adik-beradik Everly, Buddy Holly, Jerry Lee Lewis dan Elvis Presley menjadi tokoh-tokoh pertama yang dilantik untuk keahlian Dewan Kemasyhuran Rock n' Roll.