Dari Wikipedia bahasa Melayu
24 Januari merupakan hari ke-24 dalam kalendar Gregory. Tinggal 341 hari (atau 342 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1438 - Paus Eugene IV digantung jawatannya oleh Majlis Basel.
- 1848 - James W. Marshall menemui emas di Kilang Papan Sutter yang terletak di Coloma, California, dan menyebabkan Kerubut Emas California.
- 1891 - John Ballance memulakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dengan Parti Liberal, parti politik pertama yang mendapat kuasa di New Zealand.
- 1924 - Petrograd yang diasaskan oleh Peter Agung dari Rusia pada tahun 1703 dinamakan semula sebagai Leningrad, tiga hari selepas kematian Vladimir Lenin.
- 1984 - Macintosh (gambar) pertama dijual seperti diiklankan dalam televisyen dua hari sebelumnya semasa Super Bowl XVIII.