Dari Wikipedia bahasa Melayu
8 Januari merupakan hari kelapan dalam kalendar Gregory. Tinggal 357 hari (atau 358 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1198 - Lotario de Conti menjadi Paus Innocent III. Tindakannya yang pertama adalah untuk memulihkan kuasa paus di Rom.
- 1815 - Andrew Jackson memenangi Perang New Orleans, dua minggu selepas pemeteraian Perjanjian Ghent.
- 1889 - Herman Hollerith menerima paten untuk mesin penjadualan elektriknya.
- 1989 - Penerbangan 92 British Midland jatuh terhempas di tambak lebuh raya M1 dalam bencana udara Kegworth.
- 2004 - Nama RMS Ratu Mary 2 (gambar), kapal penumpang yang terbesar ketika itu, diberikan oleh Ratu Elizabeth II, cucu perempuan kepada ratu senamanya.