Astro TVIQ
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Astro TVIQ dibawakan secara ekslusif kepada pelanggan televisyen berbayar di Malaysia, saluran 14 Astro dan di Astro Nusantara di Indonesia.Target penontonnya adalah kanak-kanak berumur dari tujuh hingga 17 tahun.
Antara kandungan rancangan-rancangan yang ditawarkan oleh Astro TVIQ ialah rancangan berteraskan pendidikan, eksplorasi, hiburan kanak-kanak, seni, ujikaji sains, info permainan video, mempelajari bahasa Inggeris, matematik dan motivasi.
Rancangan-rancangan yang terdapat di dalam saluran ini diambil daripada beberapa stesen televisyen terkenal seperti dari History Channel, British Broadcasting (BBC), Kids Central (dari Singapura) serta rancangan dari Amerika Syarikat dan Australia.Selain itu terdapat juga rancangan yang dihasilkan oleh Astro sendiri.
[Sunting] Rancangan
- Xfresh TV
- X Play
- Cheat
- Filter
- Living English
- Art Factory
- Look Ahead
- Cinematech
- Attack Of The Show!
- Back to the Floor