Bahasa Betawi
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bahasa Betawi | ||
---|---|---|
Dituturkan di: | Jakarta (Indonesia) | |
Bil. penutur: | 2.7 juta (1993) | |
Keluarga bahasa: | Austronesia Melayu-Polynesian Bahasa Betawi |
|
Kod bahasa | ||
ISO 639-1: | tiada | |
ISO 639-2: | bew | |
ISO/FDIS 639-3: | bew | |
Nota: Halaman ini mungkin mengandungi simbol-simbol fonetik IPA dalam Unikod. Sila lihat carta IPA untuk nada sebutan berdasarkan bahasa Inggeris. |
Bahasa Betawi merupakan bahasa sehari-hari suku asli ibu kota negara Indonesia iaitu Jakarta. Bahasa ini mempunyai banyak kesamaan dengan Bahasa rasmi Indonesia yaitu Bahasa Indonesia. Bahasa Betawi merupakan salah satu anak Bahasa Melayu, banyak istilah Melayu Sumatra ataupun Melayu Malaysia yang digunakan dalam Bahasa Betawi, seperti kata "niari" untuk hari ini.
[Sunting] Persamaan dengan bahasa-bahasa lain
Di Pulau Jawa ada bermacam-macam Bahasa, seperti Bahasa Betawi, Bahasa Sunda, Bahasa Jawa, Bahasa Madura, dan lain sebagainya tetapi hanya Bahasa Betawi yang bersumber kepada Bahasa Melayu seperti halnya Bahasa Indonesia. Bagi Orang Malaysia mendengar Bahasa ini mungkin agak sedikit tidak faham, kerana bahasa ini sudah bercampur dengan bahasa-bahasa asing, seperti Belanda, Bahasa Portugis, Bahasa Arab, Bahasa Cina, dan banyak Bahasa-Bahasa lainnya. Tetapi Bahasa ini adalah Bahasa yang termudah dimengerti oleh Orang Malaysia dibandingkan Bahasa Pulau Jawa yang lain selain Bahasa Indonesia.
[Sunting] Ciri-ciri khas
Ciri khas Bahasa Betawi adalah mengubah akhiran "A" menjadi "E". sebagai contoh, Siape, Dimane, Ade Ape, Kenape. tetapi "E" di Jakarta dan Malaysia berbeza. "E" dalam Bahasa Betawi merupakan "E" dengan aksen tajam seperti "E" dalam kata "NET". Daerah lain di Indonesia yang mengubah akhiran "A" menjadi "E" adalah Sumatra Utara, Riau, Kepulauan Riau, Kalimantan Barat dan Bali. walaupun tidak semua Masyarakat mengubah akhiran "A" menjadi "E". ada pula penduduk di lima daerah tersebut yang mengubah akhiran "A" menjadi "O". "E" yang digunakan di lima daerah tersebut serupa dengan "E" yang digunakan Masyarakat Malaysia.