Crayon Shin-chan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Crayon Shin-chan | |
クレヨンしんちゃん (Crayon Shin-chan) | |
Genre | Komedi |
Manga: Crayon Shin-chan | |
---|---|
Dikarang oleh | Yoshito Usui |
Penerbit | Futabasha Comics House formerly ComicsOne, later DrMaster Egmont Tong Li Comics J'ai lu Planeta DeAgostini |
Disirikan dalam | Weekly Manga Action Manga Town |
Siaran asal | 1990 – |
Bilangan jilid | 45 |
Kartun animasi TV | |
Diarah oleh | Mitsuru Hongo Keiichi Hara Yuji Muto |
Studio | Shin'ei Doga |
Rangkaian | Animax, TV Asahi Animax Cartoon Network Italia 1 RCTI Arutz Hayladim Cartoon Network, Antena 3 Hungama TV |
Siaran pertama | 13 April, 1992 – |
Bilangan episod | 2000+ |
Crayon Shin-chan (クレヨンしんちゃん Kureyon Shinchan) merupakan siri komik dan anime yang direka oleh Yoshito Usui. Siri ini mengisahkan gelagat seorang budak berumur lima tahun dan keluarganya yang berlatarkan sebuah rumah di bandar Kasukabe, Saitama, Jepun.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Anime
Crayon Shin-chan mulai ditayangkan di Jepun oleh TV Asahi pada 13 April 1992.Siri TV animenya telah dihasilkan oleh Studio Animasi Shin'ei Doga.
[Sunting] Filem
Terdapat dua filem animenya iaitu
[Sunting] Manga
Crayon Shin-chan mula-mulanya muncul dalam sebuah majalah mingguan Jepun berjudul Weekly Manga Action (WEEKLY週間アクション), yang diterbit oleh Futabasha Publishers.
Novel grafik Crayon Shin Chan mula diterbitkan pada Ogos 1990 oleh Action Comics dan disiarkan dalam majalah Manga Town di jepun.
[Sunting] Sinopsis
Kebanyakan gelagat lucu dalam siri ini berasaskan penggunaan bahasa Shin-chan yang salah dan kadang-kadang dianggap agak tidak semulajadi, serta perangainya yang nakal. Lawak-lawak sebegini mungkin sukar diterjemah untuk pembaca dan penonton yang bukan berbahasa Jepun, maka para penterjemah di merata dunia terpaksa menulis lawak sendiri untuk melitupi kesulitan ini. Shin-chan sering mempermainkan dan mempersenda ibu bapanya dengan kesilapannya menggunakan perkataan yang sepatutnya.
Jalan-jalan cerita yang dipancarkan dalam anime Shin-chan berdasarkan cerita yang dilakar dalam komiknya. Rancangan anime ini telah menghadapi kontroversi yang dicetuskan oleh ibu bapa yang bimbang bahawa watak utama, iaitu Shin-chan, boleh dijadikan contoh yang tidak baik untuk penonton-penonton muda. Shin-chan sering dibandingkan dengan Bart Simpson dalam sitkom animasi barat The Simpsons, tetapi kedua-dua watak animasi ini jauh perbezaan di antara mereka. Khasnya, Bart lebih tua dan nampaknya lebih sengaja berbuat nakal berbanding Shin-chan yang kenakalannya cuma berasaskan ketidakendahannya untuk berkelakuan yang baik yang berpada-pada dengan umurnya.
Punca kontroversi siri Crayon Shin-chan adalah sikap watak utamanya yang adakala mendedahkan alat kemaluan dan punggungnya di depan ibu bapanya, kawan-kawannya ataupun di khalayak umum, tanpa secebis pun sikap bertimbang rasa terhadap rasa malu yang dirasai keluarganya.
[Sunting] Watak-watak
[Sunting] Keluarga Nohara
- Nohara Shinnosuke (野原しんのすけ) - (Shin-chan) watak utama, seorang murid tadika yang gemar bergelagat nakal.
- Nohara Misae (野原みさえ) - ibu Shin-chan. yang mudah bengang apabila anak lelakinya mempermainkannya atau mempersendanya dengan berbuat-buat berlakon macam si ibu.Ibu Shin Chan memang amat gemarkan jualan hebat di pasar raya.
- Nohara Hiroshi (野原ひろし) - bapa Shin-chan. Seorang ahli niaga.
- Nohara Himawari (野原ひまわり) - adik perempuan Shin-chan. namanya bermaksud "bunga matahari".
- Shiro (シロ) - Anjing Shin-chan yang berbulu putih dan tebal. Namanya bermaksud "putih". Anjing ini nampaknya sentiasa dapat melihat keaddan sebenar di sekelilingnya di sebalik gelagat Shin-chan.
[Sunting] Kenalan keluarga Nohara
- Ōhara Nanako (大原 ななこ Nanako) - Penuntut kolej yang digemari Shin-chan.
- Ōhara Shijūrō (大原 四十郎) - Bapa Nanako yang sering resah tentang keselamatan anaknya.
- Kandadori Shinobu (神田鳥 忍) - Rakan sekolej Nanako yang hendak menjadi ahli gusti profesional.
- Honda Keiko (本田 ケイコ) - Kawan karib Misae sejak zaman sekolah menengah. Juga digelar "Okei".
- Honda Satoshi (本田 悟史) - Suami Keiko yang gemar anime dan mengumpul barangan Action Kamen.
- Honda Hitoshi (本田 ひとし) - Anak lelaki pasangan Honda yang masih bayi.
- Yoshiko (よしこ) - Kawan lama Misae yang merupakan seorang pengarang manga.
- Kitamoto (北本) - Jiran keluarga Nohara yang gemar bergosip dan kerap berborak dengan Misae.
[Sunting] Tadika Futaba
[Sunting] Murid-murid
- Kazama Tōru (風間トオル) - kawan baik Shin-chan yang berkelakuan baik dan dibesarkan bagaikan anak hartawan atau bangsawan.
- Sakurada Nene (桜田ネネ) - kawan baik Shin-chan yang gemar bermain 'omamagoto' atau 'rumahtangga', yang kerap menyaksikan masalah rumahtangga dan perceraian.
- Satō Masao (佐藤マサオ) - kawan baik Shin-chan yang penakut.
- Bō (ボー) - kawan Shin-chan yang amat lembab dari segi penampilan tetapi agak bijak. Hidungnya sentiasa kelihatan bendalir.
[Sunting] Kakitangan
- Yoshinaga Midori (よしながみどり) - guru yang mengajar dalam kelas Shin-chan di tadika.
- Matsuzaka Ume (松坂 梅) - guru yang mengajar dalam kelas sebelah kelas Yoshinaga di tadika.
- Takakura Bunta (高倉 文太) - pengetua tadika yang kelihatan seperti ahli kongsi gelap yakuza.
[Sunting] Watak televisyen kegemaran Shin-chan
- Action Kamen (アクション仮面) - adiwira kegemaran Shin-chan. Merupakan parodi kepada Kamen Rider.
- Sakura Mimiko (桜 ミミ子) - Pembantu muda Action Kamen ketika menentang musuh. Dia dilihat sebagai pengirim senjata penting kepada Action Kamen atau memberi arahan mengenai teknik baru kepada wira tersebut.
- Buriburizaemon (ぶりぶりざえもん Buriburizaemon) - Seekor watak khinzir bercakap dan kononnya bercirikan hero namun bersifat penakut, malas, membelot, dan lucu yang muncul dalam beberapa jilid mengenai zaman kuno Jepun. "Buri Buri" bermaksud 'jahat jahat' dalam bahasa Hindi.
[Sunting] Shin-chan di Malaysia
Crayon Shin-chan diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan 1990-an melalui komik yang diterjemah kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Cina. Tajuk komik versi bahasa Melayu menjadi Dik Cerdas. Manakala, terjemahan Bahasa Cinanya berjudul La Bi Xiao Xin (蜡笔小新, làbǐ xiǎoxīn).
Shin-chan akhirnya muncul di televisyen tempatan dengan alih suara Bahasa Melayu yang disiarkan oleh NTV7. Pengalih suara bagi Shin-chan merupakan seorang kanak-kanak berusia awal belasan tahun. Anime Shin-chan merupakan antara rancangan televisyen yang paling ramai penontonnya bagi stesen tersebut, sungguhpun terpaksa melalui penapisan yang ketat.
[Sunting] Shin-chan di negara lain
Shin-chan juga dialih suara kepada Bahasa Inggeris di Amerika, namun anime tersebut tidak dapat disiarkan di rantau tersebut, kononnya atas sebab-sebab penapisan. Bagaimanapun, anime Shin-chan dapat disiarkan di United Kingdom melalui saluran JETIX tempatannya.
Di Korea Selatan, komik dan animenya pula berjudul 짱구는 못말려 (Jjanggu the Unstoppable), dan amat popular juga. Nama Shin-chan dijadikan 신짱구 (Shin Jjanggu), yang dihasilkan daripada gabungan nama Jepun asalnya serta perkataan Korea 짱구(jjanggu) yang bermaksud "dahi yang menonjol." Shin-chan juga menerima kesan penapisan yang ketat di negara ini yang berjiran dengan Jepun.
[Sunting] Trivia
- Shin Chan menyambut ulangtahunnya yang ke 15 pada Ogos 2005.
- Populariti Shin Chan serba sedikit telah menjadi penyebab Datuk Bandar Kasukabe (tempat tinggal Shin Chan dalam cerita) melantik watak ini sebagai penduduk tetap bandar iru.
- Sekolah tadika dan taman permainan kanak-kanak dlam siri Crayon Shin Chan dikatakan dibuat berdasarkan sekolah dan taman di Bandar Kasukabe.