Cucurbitales
Dari Wikipedia bahasa Melayu
|
||||||||||||||||||
|
Cucurbitales merupakan sebuah susunan tumbuhan berbunga yang dimasukkan dalam kumpulan rosid dikotiledon. Kebanyakan daripada famili dalam susunan itu bertumbuh di kawasan-kawasan tropika, dengan sebilangan yang kecil didapati dalam kawasan-kawasan subtropika dan iklim sederhana.
Susunan ini merangkumi pelbagai pokok dan pokok renek, bersama-sama dengan banyak pokok herba dan tumbuhan memanjat. Salah satu daripada ciri-ciri utama Cucurbitales ialah bunga-bunga uniseks, terutamanya pentasiklik, dengan kelopak yang tebal dan tajam (jika ada) (Matthews and Endress, 2004). Pendebungaan biasanya dilaksanakan oleh serangga, tetapi terdapatnya juga anemofili (dalam Coriariaceae dan Datiscaceae).
Susunan ini terdiri daripada tujuh famili yang mengandungi kira-kira 2,300 spesies:
- Cucurbitaceae (famili labu)
- Begoniaceae (famili begonia)
- Datiscaceae
- Tetramelaceae
- Corynocarpaceae
- Coriariaceae
- Anisophylleaceae
Famili-famili yang terbesar ialah Begoniaceae dengan 1,400 spesies, dan Cucurbitaceae dengan 825 spesies.
Famili-famili Cucurbitales yang besar termasuk beberapa tumbuhan yang penting dari segi ekonomi, khususnya famili Cucurbitaceae yang menghasilkan makanan-makanan seperti labu (daripada Cucurbita), tembikai (Citrullus vulgaris), dan timun (daripada Cucumis). Sebaliknya, Begoniaceae dikenali untuk spesies-spesies hortikultur yang melebihi 130 jenis.
[Sunting] Pengelasan
Di bawah sistem Cronquist yang lebih lama, keempat-empat famili yang pertama telah dimasukkan dalam susunan Violales di bawah Dilleniidae, dengan Tetramelaceae digolongkan dalam Datiscaceae. Famili-famili yang lain dibahagikan kepada pelbagai susunan. Pengelasan terkini disebabkan oleh APG II (2003).
[Sunting] Rujukan
- W. S. Judd, C. S. Campbell, E. A. Kellogg, P. F. Stevens, M. J. Donoghue (2002). Plant Systematics: A Phylogenetic Approach (Sistematik Tumbuhan: Pendekatan Filogeni), edisi ke-2. m.s. 380-382 (Cucurbitales). Sinauer Associates, Sunderland, Massachusetts. ISBN 0878934030.
- Matthews M. L. and Endress P. K. (2004). Comparative floral structure and systematics in Cucurbitales (Corynocarpaceae, Coriariaceae, Tetramelaceae, Datiscaceae, Begoniaceae, Cucurbitaceae, Anisophylleaceae) (Perbandingan struktur bunga dan sistematik Cucurbitales). Botanical Journal of the Linnean Society 145(2), 129-185. (Boleh didapati dalam talian: DOI | Abstrak | Teks penuh (HTML) | Teks penuh (PDF))
- B. C. J. du Mortier (1829). Analyse des Familles de Plantes : avec l'indication des principaux genres qui s'y rattachent, 28. Imprimerie de J. Casterman, Tournay.