Pokok Tembikai
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pokok Tembikai | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
|||||||||||||||
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
Pokok Tembikai atau Timun Cina (Pantai Timur), Semangka (Citrullus lanatus, Keluarga Cucurbitaceae) merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika.
Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma. Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).