Demografi Singapura
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Singapura adalah sebuah negara yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi di dunia. Purata penduduk Singapura naik kepada 2.8% (termasuk penduduk asing) pada tahun 2000.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Kumpulan etnik
Cina 77%, Melayu 14%, India 7.6%, lain-lain 1.4%.
Sumber: Banci 2000
[Sunting] Bahasa
Singapura memiliki empat bahasa rasmi: Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil.
Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu walaupun penggunaan bahasa Inggeris lebih berleluasa. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di antara kaum di Singapura. Ia juga digunakan dalam sistem pendidikan dan dalam pentadbiran kerajaan.
Bahasa Inggeris pasar yang digunakan oleh rakyat Singapura dalam situasi tidak formal dikenali sebagai 'Singlish'.
Walaupun kerajaan Singapura menggalakkan penggunaan Bahasa Mandarin untuk penduduk Cinanya, masih wujud segelintir penduduknya yang lebih selesa berbual dalam dialek masing-masing seperti, Hokkien, Teochew, Kantonis dan lain-lain. Namun penggunaan dialek lebih tertumpu kepada penduduk yang telah telah berumur.
Lebih 60% penduduk India Singapura bertutur dalam bahasa Tamil sebagai bahasa ibunda. Bahasa-bahasa India yang lain termasuk Malayalam dan Hindi.
Lebih kurang 5000 orang Baba Nyonya masih menggunakan sebuah dialek bahasa Melayu yang dikenali sebagai Baba Melayu.
[Sunting] Agama
Singapura pada umumnya membenarkan kebebasan beragama walaupun sesetengah kumpulan diperiksa dengan teliti oleh kerajaan. Terdapat juga kumpulan agama yang telah diharamkan.
Di Singapura, hampir-hampir seluruh orang Melayu beragama Islam. Agama-agama lain yang dianuti oleh masyarakat Singapura termasuk Buddha, Taoisme, Konfucius, Hindu, Sikh dan Kristian.
15 tahun keatas:
Buddha/Taoisme | 51.0% |
Islam | 14.9% |
Tiada agama | 14.8% |
Kristian | 14.6% |
Hindu | 4.0% |
Lain-lain (Sikh, Konfucius, etc) | 0.6% |
Sumber: Banci 2000
[Sunting] Jumlah penduduk
4,600,000 (ang. Julai 2003)
Umur | Peratusan | Lelaki | Wanita |
---|---|---|---|
0-14 tahun | 18% | 390,352 | 365,730 |
15-64 tahun | 75% | 1,520,875 | 1,590,355 |
65 tahun keatas | 7% | 124,413 | 159,539 |
(ang. 2000)
Kadar pertumbuhan penduduk | 3.54% |
Kadar kelahiran | 12.79 kelahiran/1,000 penduduk |
Kadar kematian | 4.21 kematian/1,000 penduduk |
Kadar migrasi (bersih) | 26.8 migran/1,000 penduduk |
(ang. 2000)
Umur | lelaki/wanita |
---|---|
waktu lahir | 1.08 |
bawah 15 tahun | 1.07 |
15-64 tahun | 0.96 |
65 tahun keatas | 0.78 |
Jumlah penduduk | 0.96 |
(ang. 2000)
[Sunting] Kadar kematian bayi
3.65 kematian/1,000 kelahiran (ang. 2000)
[Sunting] Jangkahayat
lelaki: 77.1 tahun
wanita: 83.23 tahun (ang. 2000)
[Sunting] Kadar kesuburan
1.16 anak/wanita (ang. 2000)
[Sunting] Kadar literasi
Umur 15 tahun keatas
Tahun | 2000 | 1990 |
---|---|---|
Jumlah | 92.5% | 89.1% |
Lelaki | 96.6% | 95.1% |
Wanita | 88.6% | 83.0% |
Sumber: Banci 2000