Etnik
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Etnik merujuk kepada bangsa manusia. Dari perkataan etnik terhasil perkataan etnologi, yang merujuk kepada salah satu daripada cabang bidang sains antropologi, yang mengkaji rumpun bangsa manusia dan pelbagai aspek kebudayaannya serta perhubungan antara satu bangsa dengan yang lain. Kumpulan etnik ialah sekumpulan manusia yang ahlinya mengaitkan diri sesama sendiri, biasanya atas sebab salasilah dan keturunan yang sama. Contohnya adalah budaya, kelakuan, bahasa atau agama.