Harry Potter and the Sorcerer's Stone (filem)
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Filem Harry Potter | |
![]() |
|
Harry Potter and the Philosopher's Stone | |
---|---|
Pengarah | Chris Columbus |
Pengarang | J. K. Rowling (novel) Steve Kloves (lakon layar) |
Pelakon | Daniel Radcliffe Rupert Grint Emma Watson |
Penerbit | David Heyman |
Pengedar | Warner Bros. |
Mula Tayangan | 16 November 2001 |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
IMDb | Rujukan IMDb |
Harry Potter and the Philosopher's Stone (juga dikenali sebagai Harry Potter and the Sorcerer's Stone di Amerika Syarikat)telah dianggap sebagai sebuah filem yang berjaya pada 2001, yang diasaskan oleh cerita rekaan dengan nama Harry Potter and the Philosopher’s Stone oleh pengarang yang paling laris jualan bukunya, J.K. Rowling.
Ajensi Warner Brothers membawa cerita ini ke layar perak tak berapa lama sebelum jualan buku itu meningkat. Filem ini dibuat di Leavesden Film Studios dan ditayangkan pada 2001. Filem ini merupakan sekuel pertama yang bakal diikuti dengan sequel-sequel seterusnya. Dicadangkan mereka akan menggunakan para pelakon yang sama memandangkan para pelakon utama turut membesar seiring dangan watak mereka.
Filem ini mengaut keuntungan sebanyak AS$950 juta pada keseluruhan box office (dan berada di kedudukan ketiga selepas filem "Titanic" dan "The Lord of the Rings: The Return of the King") dan menerima tiga pencalonan di Anugerah Akademi Oscar.
J. K. Rowling menegaskan yang seluruh pelakon perlu berbangsa British (kecuali Dumbledore dan Seamus Finnigan yang kedua-duanya dilakonkan oleh Richard Harris dan Devon Murray, berbangsa Ireland, dan Madam Hooch yang dilakonkan oleh Zoe Wanamaker yang dilahirkan di Amerika Syarikat dan menetap di UK) untuk mengekalkan kesinambungan budaya di dalam buku dan juga filem lalu beliau mengesahkan lakonlayar yang di buat oleh Steve Kloves.
Tagline: Journey beyond your imagination, The Magic Begins Soon dan Let The Magic Begin.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sinopsis
- Sila lihat Harry Potter dengan Batu Hikmat
- Lihat bawah untuk beza buku/filem
Harry Potter, yang kelihatan seperti budak biasa berumur sebelas tahun, merupakan seorang ahli sihir dan terselamat dari ancaman Lord Voldemort yang ingin berkuasa. Harry terselamat dari saudara Mugglenya dan berada di Hogwarts,di mana beliau bersama rakan baiknya Ron Weasley dan Hermione Granger.
[Sunting] Pelakon
Watak | Pelakon |
---|---|
Harry Potter | Daniel Radcliffe |
Ron Weasley | Rupert Grint |
Hermione Granger | Emma Watson |
Draco Malfoy | Tom Felton |
Profesor Dumbledore | Richard Harris |
Profesor McGonagall | Maggie Smith |
Profesor Snape | Alan Rickman |
Rubeus Hagrid | Robbie Coltrane |
Neville Longbottom | Matthew Lewis |
Vernon Dursley | Richard Griffiths |
Petunia Dursley | Fiona Shaw |
Dudley Dursley | Harry Melling |
Profesor Quirrell | Ian Hart |
Lord Voldemort (suara) | Richard Bremmer |
[Sunting] Penamaan versi Amerika Syarikat
Kedua-dua buku dan filem Harry Potter and the Philosopher's Stone ditukar kepada Harry Potter and the Sorcerer's Stone di Amerika Syarikat. Di Malaysia, kebanyakan filem di bawa masuk adalah filem Amerika. Maka, penonton di Malaysia akan menonton versi Amerika. Walau bagaimanapun, terdapat peminat mengatakan yang penamaan semula itu adalah sia-sia dan juga suatu penghinaan bagi mereka yang telah biasa dengan lagenda philosopher's stone (batu hikmat)
[Sunting] Perubahan dari buku
Terdapat perbezaan di antara buku dan filem dan sebahagiannya amat jelas. Di antaranya ialah
- Watak Peeves, si hantu Poltergeist, Profesor Binns dan Pansy Parkinson dikeluarkan sama sekali.
- Harry sepatutnya tidak mengetahui yang Lord Voldemort membunuh ibubapanya selepas membeli tongkat ajaibnya.
- Harry sepatutnya kembali ke rumah keluarga Dursleys selepas kembali dari Diagon Alley dan terus ke Hogwarts Express.
- Harry tidak bertemu dengan Malfoy sehingga mereka ke Hogwarts sedangkan mereka patut bertemu di Diagon Alley lagi.
- Babak ketika dihotel dibuang.
- Di dalam buku, orang yang memberi Fluffy kepada Hagrid ialah orang Yunani, bukan orang Ireland.
- Harry, Ron dan Hermione menemui Fluffy ketika mereka sesat untuk pulang ke asrama tetapi di dalam buku, mereka ditipu Malfoy untuk keluar dari asrama pada waktu malam.
- Buku menunjukkan keluarga Harry yang lain di dalam Cermin Tasrah tetapi di dalam filem, hanya ibu bapanya.
- Ron menyertai Harry, Hermione, dan Draco ketika tahanan di Rimba Larangan, berbanding Neville.
- Pertahanan Quirrell dan Snape ke atas batu itu turut dikeluarkan.
- Ketika bersama sentora, hanya Firenze ditunjukkan. Watak Ronan dan Bane dipotong.
- Didalam buku, rakan Dudley Dursley, Piers Polkiss, turut bersama ke zoo
[Sunting] Pautan Luar
- (Inggeris) Laman rasmi
- (Inggeris) Rujukan IMDb
- (Inggeris) Struktur Mitologi Harry Potter and the Philosopher's Stone. Sumbangan MonoMyth.org
- (Inggeris) Kesilapan dalam filem Harry Potter and the Philosopher's Stone
Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling | |||
---|---|---|---|
|
|||
Batu Hikmat | buku | filem | |
Bilik Rahsia | buku | filem | |
Banduan Azkaban | buku | filem | |
Piala Api | buku | filem | |
Kumpulan Phoenix | buku | (filem) | |
Putera Berdarah Kacukan | buku | (filem) | |
Pujaan Kematian | (buku) | ||
|
|||
Watak – Tempat – Terjemahan – Subjek - Objek - Makhluk - Petikan |