Hermione Granger
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Watak dalam Harry Potter | |
![]() Hermione Granger, dilakonkan oleh Emma Watson, |
|
Hermione Jane Granger | |
---|---|
Jantina | Perempuan |
Warna Rambut | Perang |
Warna Mata | Perang |
Sekolah | Hogwarts |
Rumah | Gryffindor |
Keturunan | kelahiran Muggle |
Lakonan | Emma Watson |
Kemunculan pertama dalam Harry Potter |
Harry Potter and the Sorcerer's Stone |
Hermione Jane Granger (dilahirkan pada 19 September 1979) ialah sebuah watak rekaan dalam buku bersiri ciptaan J.K.Rowling iaitu Harry Potter. Hermione ialah seorang rakan baik Harry Potter dan Ron Weasley yang berada dalam tahun yang sama dengan mereka di Sekolah Sihir Hogwarts. Beliau yang berdarah Muggle (bukan sihir, kerana kedua-dua ibu bapa Hermione ialah doktor gigi Muggle). Hermione boleh dikatakan bersifat seperti suka mengarah dan cerewet dalam sesuatu hal (terutama akademik). Walau bagaimanapun, sifatnya itu yang disekalikan dengan sifat kebijaksanaannya banyak membantu mereka bertiga menyelesaikan masalah dunia sihir. Oleh itu, Hermione agak dihormati oleh ramai warga Hogwarts kerana kebijaksanaanya sehingga pelajar terbaik pada tahunnya.
Kelulusan beliau setakat ini ialah PSB atau Peringkat Sihir Biasa (Ordinary Wizarding Level, OWL) dan memperoleh gred tertinggi dalam semua matapelajarannya kecuali Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam.
Seperti yang dapat diketahui melalui buku, Hermione boleh di sebut melalui ejaan "Her-mai-oh-nee". Hermione, berasal daripada perkataan Hermes iaitu Dewa Masyarakat Yunani Purba bagi penciptaan, bijaksana dan kreatif.