
Portal telah diadakan untuk menguruskan dan menyediakan masukan umum bagi segala perkaitan dengan Harry Potter. Francais Harry Potter kini mempunyai enam buah buku, dua buku kecil atau sampingan, empat buah filem beserta masukan yang akan datang. Portal ini kini masih dalam pembikinan dan diharapkan agar lebih banyak pengguna dapat membantu untuk memajukan portal dan projek ini untuk kegunaan masa depan. Terima kasih, dan selamat datang ke Portal Harry Potter.
Hogwarts ialah sebuah sekolah berasrama yang dibina dari sebuah istana kota yang terletak di kawasan pergunungan, berhampiran dengan sebuah tasik. Lokasinya tidak diketahui secara terperinci, tetapi kita boleh mengetahui yang Hogwarts berada di bahagian Utara United Kingdom.
Perkarangan Hogwarts mempunyai gelanggang Quidditch yang menjadi tempat tumpuan utama tahunan bagi sukan Quidditch antara rumah, tasik, Hutan Larangan, rumah pekerja dan rumah hijau. Pelajar Hogwarts dibahagikan kepada rumah pasukan masing-masing yang terdiri dari empat rumah iaitu Gryffindor, Hufflepuff, Ravenclaw dan Slytherin. Pelajar didatangkan ke Hogwarts dengan sebuah kereta api yang diberi nama Ekspress Hogwarts.
Lebih lanjut...
Laman-laman Rasmi
Laman Berita
- (Inggeris) Mugglenet: Berita, maklumat, permainan, penyuntingan, dan media; beserta Podcast dan secara keseluruhannya adalah laman yang sangat bagus
- (Inggeris) Veritaserum: Berita, galeri gambar, dan video
- (Inggeris) HPANA (Harry Potter Automatic News Aggregator) - Pengumpul Berita Harry Potter Automatik
- (Inggeris) The Leaky Cauldron: Laman berita
|
Laman Maklumat
Laman Cereka Peminat
|
Filem:
- Tarikh tayangan perdana bagi kebanyakan negara telah dikeluarkan dan kebanyakannya sekitar pertengahan Julai 2007.
Buku:
Sybill Patricia Trelawney merupakan watak ciptaan J.K. Rowling dalam siri Harry Potter dan merupakan anak kepada cicit Cassandra Trelawney, yang namanya diambil dari nam Cassandra iaitu seorang peramal kaum Trojan dalam mitos klasik. Watak ini dilakonkan oleh Emma Thompson dalam filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban.
Trelawney ialah pengajar subjek Peramalan di Hogwarts. Trelawney bekerja di Hogwarts sejak tahun 1979 apabila beliau telah meramalkan suatu yang benar dan membahayakan iaitu kehancuran Lord Voldemort.
Lebih lanjut...
sunting
Perkara yang anda boleh lakukan
Penambahan rencana
- Menambah rencana yang masih tiada (pautan yang masih merah).
- Menambahkan maklumat kepada rencana stub atau yang terlalu pendek.
- Mengemaskini maklumat mengikut maklumat terkini.
Tahukah anda...

- bahawa J. K. Rowling, pengarang buku ini telah dilahirkan pada 31 Julai, tarikh yang sama Harry Potter dilahirkan dalam buku? (Catatan: JKR dilahirkan pada 1965, manakala Harry dilahirkan pada 1980)
- bahawa akan muncul watak bernama Mopsy iaitu watak yang menyukai anjing dalam buku ke-4 tetapi tidak pernah muncul?
- bahawa terdapat sekolah sihir lain selain Hogwarts seperti Akademi Kuasa Ajaib Beauxbatons, Institut Pengajian Sihir Durmstrang dan Institut Ahli Sihir Salem.
- bahawa nama pertama Ginny ialah Ginevra, bukan Virginia?
- bahawa Dean Thomas tinggal bersama ibu dan bapa tirinya?
- bahawa dalam cetakan pertama versi Amerika bagi Harry Potter and the Goblet of Fire, turutan mangsa Voldemort yang muncul dari tongkat sakti adalah salah? Bapa Harry yang keluar dahulu sebelum ibunya, sedangkan dia sepatutnya muncul kemudian.
- bahawa nama keluarga Hermione Granger asalnya dicadangkan dengan nama Puckle, dan Draco Malfoy pula ialah Spungen?
- bahawa masyarakat sihir mempunyai kementerian mereka dan Menteri Sihir tetap menteri yang berkhidmat di bawah Perdana Menteri?
- bahawa moto sekolah Hogwarts, Draco Dormiens Nunquam Titillandus, adalah Latin bagi " Jangan Mengganggu Naga yang Tidur?"
- bahawa bab pertama dalam buku Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan hampir pernah diletakkan dalam buku pertama, ketiga dan kelima sebelum diletakkan ditempat yang sesuai dalam buku keenam?
- bahawa bekas pengetua Hogwarts masih berkhidmat untuk pengetua sekolah terkini walaupun telah mati melalui poster yang tergantung di pejabat pengetua?
- bahawa Arabella Figg dan Argus Filch mempunyai awalan nama AF, kedua-duanya meminati kucing, dan kedua-duanya Squib (anak dari pasangan ahli sihir yang tidak mempunyai kuasa sihir)?
- bahawa Gilderoy Lockhart adalah satu-satunya watak yang diasaskan oleh manusia sebenar?
- bahawa hari lahir Hermione adalah 19 September dan Ron adalah 1 Mac?
- bahawa Daisy Dodderidge (1467-1555) merupakan pemilik pertama wanita Leaky Cauldron?
- bahawa Aberforth Dumbledore, abang Albus, pernah menjadi tajuk berita kerana menggunakan mantera haram pada kambing?
- bahawa Lily dan adiknya, Petunia, dinamakan sempena nama bunga. Lily daripada bunga lili yang melambangkan kesucian dan kejernihan manakala bunga petunia melambangkan amarah dan dendam?
- bahawa Lord Voldemort merupakan bekas Ketua Pelajar dan pelajar terbaik di Hogwarts ketika zamannya?
Arkib...
- Luna Lovegood: "...tapi sekarang pemain Hufflepuff yang berbadan besar itu telah mencuri bola Quaffle daripada Ginny, saya tak ingat namanya, macam Bibble... bukan, Buggins..."
McGonagall: "Cadwalladerlah!"
- Dumbledore: "Walau bagaimanapun, cermin ini tidak memberikan kita pengetahuan mahupun kebenaran"
- Pomona Sprout: "Tumbuhan ini perlu dipicit. Kamu boleh kumpulkan nanahnya..."
Seamus Finnigan: "Kumpulkan apa?"
- McGonagall: "Black dan Potter. Ketua geng kecil mereka. Kedua-duanya sangat bijak tentunya.... sebenarnya luar biasa bijak. Saya tak fikir kita akan ada lagi pasangan pengacau seperti mereka..."
Rubeus Hagrid: "Fred dan George Weasley boleh memberi mereka kepuasan atas usaha mereka."
- Ron Weasley: "Awak makan semula nampaknya."
Hermione Granger: "Saya rasa ada cara yang lebih baik untuk nyatakan pendirian tentang hak kebebasan elf"
Ron Weasley: "..awak memang laparpun."
- George Weasley: "Semasa kami di tahun pertama, Harry,... muda, bebas, dan polos... er, lebih polos daripada sekarang."
- Ron Weasley: "Awak rasa mereka tahu cerita terbaru ke?"
Harry Potter: "Kalau ada pun, kita tak akan dapat dengar cerita itu selepas Dekri... yang ke berapa sekarang?"
- Harry Potter: "Profesor... saya terima risalah kementerian yang dihantar melalui burung hantu tentang langkah-langkah keselamatan yang patut kita ambil daripada gangguan Death Eater..."
Dumbledore: "Ya, saya pun dapat satu. Berguna tak risalah tu?"
Harry Potter: "Tak juga."
- Ron Weasley: "Saya dah cakap. Dia ni kemaruk elf."
Arkib...
Anda dipersilakan untuk meletakkan nama anda di sini sekiranya anda lazim menyumbang rencana berkaitan Harry Potter. Terdapat banyak lagi yang perlu diperkembangkan dan dilakukan dengan Portal Harry Potter ini!
|