Ikan Pari Harimau
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Ikan Pari Harimau | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
|||||||||||||||
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
Ikan Pari Harimau (bahasa Inggeris: Blue Spotted Ribbontail Ray) ialah satu spesies ikan rawan laut yang tergolong dalam famili ikan pari. Ikan ini terdapat di kawasan-kawasan dari Afrika Timur sehingga Pasifik Barat, dan sering dilihat berehat di Terumbu Sawar Besar di dasar gua berpasir atau di bawah belebas. Nama botaninya Taeniura lymma.
Ikan Pari Harimau ialah salah satu haiwan laut yang paling luar biasa. Ikan ini mempunyai dua plat di dalam mulutnya yang digunakan untuk menghancurkan kulit ketam, udang, dan moluska. Ikan ini boleh hidup bersama-sama dengan ikan-ikan lain, baik ikan yang sama jenis, mahupun ikan yang lain.
Tubuh Ikan Pari Harimau boleh tumbuh sehingga 25 sentimeter (10 inci), iaitu tidak termasuk ekornya. Ekornya panjang sedikit berbanding dengan tubuhnya, dan mempunyai sebatang spina pada separuh keduanya. Bintik-bintik Ikan Pari Harimau biasanya berwarna biru atau perang muda.