Kordata
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kordata termasuk kesemua vertebrat, bersama-sama dengan banyak invertebrat yang berkait rapat. Kordata mempunyai notokord, kord saraf dorsal yang geronggang, celahan farinks, endostil dan ekor berotot yang menganjur duburnya. Beberapa ahli sains menganggap bahawa pelayak yang benar harus merupakan pau farinks dan bukannya celahan farinks.
Filum Kordata dibahagikan kepada tiga subfilum:
- Urokordat: larvanya mempunyai notokord serta kord saraf tetapi menghilangnya sewaktu mencapai kedewasaan;
- Sefalokordat: mempunyai notokord dan kord saraf tetapi tidak mempunyai tulang belakang;
- Vertebrat: notokordnya digantikan dengan tulang belakang.
Oleh sebab kelompok-kelompok kordata tidak sepadan dengan kelompok tradisional, pengelasan vertebrat adalah dalam keadaan berubah-ubah.