Kampung Tualang Sekah
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kampung Tualang Sekah ialah sebuah kampung di Malim Nawar, Batu Gajah, negeri Perak. Kampung ini dinamai sempena dengan nama pokok tualang di perkampungan ini. Namun pokok ini telah disambar petir dan bahagian sekahnya tertinggal di sini.
Maahad Tahfiz Al-Quran Addin telah dibina di Kampung Tualang Sekah, 31700 Malim Nawar, Perak. Penuntutnya datang dari sekitar kawasan ini dan negeri Perak bagi keperluan fardhu kifayah.