New Immissions/Updates:
boundless - educate - edutalab - empatico - es-ebooks - es16 - fr16 - fsfiles - hesperian - solidaria - wikipediaforschools
- wikipediaforschoolses - wikipediaforschoolsfr - wikipediaforschoolspt - worldmap -

See also: Liber Liber - Libro Parlato - Liber Musica  - Manuzio -  Liber Liber ISO Files - Alphabetical Order - Multivolume ZIP Complete Archive - PDF Files - OGG Music Files -

PROJECT GUTENBERG HTML: Volume I - Volume II - Volume III - Volume IV - Volume V - Volume VI - Volume VII - Volume VIII - Volume IX

Ascolta ""Volevo solo fare un audiolibro"" su Spreaker.
CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib10 - Wikipedia

Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib10

Dari Wikipedia bahasa Melayu

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

Jadual isi kandungan

iklan kemasukan ke MRSM

salam hormat dan pertemuan untuk warga MRSM. saya ingin bertanya bilakah biasanya iklan kemasukan ke MRSM akan diiklankan. dan bagaimana pula dengan syarat2 kemasukan.

Sila telefon operator dan dapatkan MRSM yang anda ingin hubungi. Dapatkan maklumat tepat secara langsung daripada MRSM yang anda ingini. Yosri 11:22, 3 November 2006 (UTC)

ms.wikiquote

Perlukah kita mewujudkan ms.wikiquote untuk mewujudkan subwiki bagi mengumpulkan segala petikan dari buku, filem, drama, ucapan tokoh dan peribahasa? — Polar

Saya rasa perlu ada...che 18:09, 11 November 2006 (UTC)

Agak sukar untukmencari petikan-petikan yang dimaksudkan tetapi sememangnya perlu diadakan wikiquote. — Master2841 08:51, 12 November 2006 (UTC)

Kesilapan Pengalihan..

Semalam saya telah mengalihkan Artikel MRSM Jasin kepada Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghaffar Baba. Tanpa saya sedari, saya turut mengalihkan Artikel 'Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghaffar Baba' ke 'Maktab Rendah Sains MaraTun Ghaffar Baba'. (Lihat tiada ruang kosong antara Mara dan Tun) Boleh sesiapa tolong ubah kembali artikel itu ke 'Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghaffar Baba'? - Jess421 ---

Sudah. — Polar 18:46, 10 November 2006 (UTC)


Terjemahan Link

Soalan 1: Sesetengah page ada kotak di sebelah kiri untuk "Lain-Lain Bahasa" atau "In other Languages". Boleh saya tahu macammana saya nak dapatkan kotak tu? Misalannya saya buat satu topic dalam bahasa Malaysia dan kemudiannya saya nak terjemahkan page tersebut dalam bahasa Inggeris dan saya nak ada kotak tersebut untuk kedua-dua page (english / Melayu), supaya kedua-dua topic boleh dicari dalam dua bahasa.

Soalan 2: Bagaimana saya nak delete page yang saya tak mahu atau disebabkan kesilapan teknik?

Whjayg 03:17, 17 November 2006 (UTC)


1. Kotak lain-lain bahasa itu sebenarnya adalah pautan interwiki daripada wikipedia bahasa-bahasa lain yakni rencana yang mempunyai rencana yang sama dalam wikipedia lain. Untuk membuat pautan pautan interwiki itu rencana yang dikarang mesti wujud di wikipedia lain. Contohnya Taipei 101, terdapat rencana-rencana lain dalam bahasa berbeza. Selepas itu barulah boleh diletakkan pautan interwiki itu. Selalunya apabila saya ingin membuat rencana baru saya akan merujuk di Wikipedia English untuk pautan interwiki ke bahasa-bahasa lain dan "pastekan" ke dalam rencana yang akan dikarang. Untuk letakkan pautan interwiki. Cth rencana Taipei 101:

Letakkan pautan interwiki di bawah rencana iaitu selepas kategori seperti begini:

[[Kategori:Menara]]

[[ar:تايبي 101]]
[[bg:Тайпе 101]]
[[cs:Tchaj-pej 101]]
[[en:Taipei 101]]

Di atas ialah pautan interwiki dan apabila halaman disimpan ia akan kelihatan dalam kotak bahasa-bahasa lain.

Kalau anda nak tulis rencana itu dalam Bahasa Inggeris maka anda kena menulisnya di Wikipedia bahasa Inggeris.

2. Letak teks ini {{padam}} dan penyelia yang bertugas akan memadamkannya.

Master2841 07:20, 17 November 2006 (UTC)


Terima Kasih

-Whjayg 10:10, 17 November 2006 (UTC)

Letak pautan Kedai Kopi di kotak pandu arah

Saya ingin mencadangkan supaya pautan ke Rencana gotong-royong digantikan dengan pautan ke Kedai Kopi kerana saya lihat laman Kedai Kopi lebih banyak dikunjungi daripada laman gotong-royong. — Master2841 07:22, 17 November 2006 (UTC)

Saya tidak setuju. Sebenarnya, setiap laman tersebut mempunyai matlamat masing-masing. Cuma kita kekurangan penyumbang yang baik bagi mengendalikan kesemua laman tersebut. Yosri 08:13, 17 November 2006 (UTC)

Samada Rencana gotong-royong hendak dikekalkan atau tidak, pada pendapat saya Kedai Kopi patut diletakkan didalam kotak Pandu Arah. Itu untuk memudahkan kita ke sini. - Whjayg 10:45, 17 November 2006 (UTC)

Setuju dengan Whjayg. ...Aurora... 13:34, 17 November 2006 (UTC)
Setuju juga. Kedai Kopi sudah meningkat kepentingannya dalam komuniti portal ini kerana pengguna masing-masing sering ke sini untuk berbincang dan membantu dalam penyelesaian masalah dan rujukan masalah yang lepas. — Polar 15:46, 17 November 2006 (UTC)
Saya rasa penyelesaian yang paling praktikal ialah adakan kedua-dua pautan di kotak pandu arah. — Master2841 17:29, 19 November 2006 (UTC)

Kategori 'perlu di terjemah'

Saya mencadangkan artikel Perdana Menteri dikeluarkan dari senarai kategori perlu diterjemah kerana saya dapati penterjemahan telah selesai. Jess421

Siap. Anda juga boleh mengeluarkan rencana itu daripada kategori yang perlu diterjemah dengan hanya membuangkan templat terjemahan. — Master2841 17:29, 19 November 2006 (UTC)

saya tak jumpa templat tersebut dari laman artikel tersebut pada waktu itu. hehe. --Jess421 18:14, 19 November 2006 (UTC)

Undian

Satu undian telah diadakan berhubung dengan rencana Thailand. Sila ke Perbualan:Thailand untuk maklumat lanjut dan untuk mengundi. — Master2841 17:29, 19 November 2006 (UTC)

Pemerhatian menarik

Saya telah mengkaji perkataan bahasa Melayu dan bahasa Arab, sesetengah dari perkataan antara dua bahasa ini amat menarik dijumpai iaitu sesetengah perkataan Arab diubah sikit untuk kesesuaian perkataan Bahasa Melayu, antaranya:

a) Bahasa Arab:Lisan - Bahasa Melayu:Lidah
b) Bahasa Arab:Anta - Bahasa Melayu:Anda
c) Bahasa Arab:Tarab - Bahasa Melayu:Tanah

Menarik, betul tak? — Aeonimitz 14:46, 21 November 2006 (UTC)

Sudah tentu. Kita juga gunakan nama Arab untuk nama hari-hari kita. Banyak juga perkataan bahasa arab yang kita gunakan harian seperti hayat, maut, karib, syukur, doa, dunia dan banyak lagi. Bahasa adalah suatu yang mampu diubahpakai serta diterapkan dalam mana-mana bahasa lain di dunia. — Polar 15:27, 21 November 2006 (UTC)
Sebenarnya dan sememangnya bahasa Arab memang banyak mempengaruhi kita sejak zaman Melayu Melaka lagi....menarik lagi kalau kita amati ia juga mempengaruhi bukan sahaja kita bahasa Melayu tetapi seperti bahasa Urdu dan Parsi...saya pernah ke Asia Tengah...Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Kazakhstan, saya dapati walaupun dulu dijajah oleh Russia berkurun lama tetapi bahasa Arab masih banyak mempengaruhi mereka....contoh....Marhaban (Bahasa Arab)..(marhamat) (Bahasa Uzbek)...Assalamualaikum.. Salom mualaykum...(Bahasa Tajik).....gula...mereka masih menggunakan "Shakar" (bahasa Uzbek)...bahasa Inggeris juga meminjam perkataan Arabnya Shahar....iaitu saccarides.. dll... Bahasa Urdu dan hindi kalau kita amati banyak menggunakan bahasa Arab..cuba lihat bahasa Urdu masih lagi menggunakan huruf-huruf Arab....tetapi kita dah banyak tidak tahu menggunakan jawi...sangat sedih..!!! che 17:30, 21 November 2006 (UTC)

Siapa yang akan terjemahkan lebih 200 rencana?

Saya lihat rencana Wikipedia Melayu kita semakin bertambah tetapi malangnya lebih 200 rencana masih belum diterjemahkan sepenuhnya. Jadi saya menyesyorkan bahawa rencana yang belum diterjemahkan perlu diterjemahkan segera dari kerelaan pelbagai pengguna aktif lebih daripada menambahkan rencana baru. — Aeonimitz 11:03, 24 November 2006 (UTC)

Benar. Tapi masalahnya, kini ada juga pengguna meletakkan rencana untuk diterjemahkan dan tinggalkan begitu sahaja setelah menterjemahkan hanya beberapa baris. Malah, pengguna tersebut terus menambahkan rencana terjemahan lain dan mengulanginya. Keadaan ini semakin berleluasa malangnya tidak ramai pula yang rela menterjemahkannya. Masalah ini pernah bangkit dahulu dan berulang-ulang kali juga masalah ini telah timbul. Kita mungkin perlu mengetatkan peraturan selepas ini agar tidak satu pun rencana yang tidak habis diterjemah diletakkan di sini. Mungkinkah Wiki Melayu kini sudah tercemar? — Polar 11:34, 24 November 2006 (UTC)
Saya mencadangkan kita bekerjasama menterjemahkan Rencana tersebut satu per satu daripada kita menambah satu rencana dan sekiranya terdapat penambahan rencana baru yang mengandungi 30% atau lebih bahasa asing termasuk bahasa Inggeris, minta penyelia tolong padamkan. Saya pernah lihat Artikel dalam bahasa Jerman yang di padam oleh penyelia dengan alasan artikel dalam bahasa Jerman--Jess421 17:42, 24 November 2006 (UTC)

Saya berasa bahawa bahagian bahasa Inggeris disembunyikan jika rencana itu mengandungi lebih daripada tiga ayat bahasa Melayu dan dilabelkan sebagai stub. Serupa juga dengan rencana yang perenggan pengenalannya telah diterjemahkan dengan sepenuhnya, tetapi rencana sebegini boleh dianggap sebagai rencana yang lengkap. -- Adnan 18:19, 24 November 2006 (UTC)

Pertanyaan Mengenai Penyakit

wikipedia adalah ensiklopedia bebas dan saya ingin bertanya dengan kamu jika kamu tahu tentang simptom tiba-tiba hilang daya kaki setelah bangun dari tidur... saya mengalami simptom ini ketika saya bangun dari tidur dan apabila memijak lantai, kaki sebelah kanan atau kiri saya akan tiba2 hilang daya untuk berjalan dan menyebabkan lutut saya terhempas...saya terpaksa menunggu beberapa ketika sehingga kaki saya terasa boleh bergerak...

Pergi ke klinik berhampiran rumah anda.... — Master2841 13:12, 25 November 2006 (UTC)
atau google dan bila anda ada diagnosis, kami di wikipedia melayu amat mengalukan artikel dari anda berkenaan simptom berkenaan..--Jess421 23:18, 25 November 2006 (UTC)

Ada sesiapa di sini mempunyai kucing berbulu panjang?

Hehe, saya amat minat kucing bulu panjang kerana bagi saya kucing ini tahan lasak, peramah dan mudah didampingi. Pendapat anda sekalian pula bagaimana? — Aeonimitz 07:19, 26 November 2006 (UTC)

Saya ada 3 kucing pedigree (kucing yang memiliki certficate) and 1 ekor kucing yang tidak pedigree. Kesemuanya berbulu panjang. Saya aktif dalam pertandingan kucing. Kucing - kucing saya menang banyak pulak tu :). Pertandingan kucing yang terbaru ialah pada 25~26/11/2006 di A'Famosa Resort, Melaka. Mengenai pendapat anda "kucing ini tahan lasak, peramah dan mudah didampingi", itu tidak betul. Pertama, anda mesti fikirkan bulu2 kucing yang berterbangan satu rumah dan kebanyakan kucing2 berbulu panjang tidak tahan lasak kecuali "Forest Cats" seperti Maine Coon, Siberian Forest dan Norwegian Forest. Walaupun mereka sepatutnya tahan lasak, tetapi setelah dijinakkan, diorang dah tak lagi macam dahulu. Untuk menjadikan kucing awak peramah dan "sopan santun", awak kena latih mereka dan juga selalu belai mereka. Awak juga kena memikirkan cost makan, perubatan, penghawa dingin dan cost meghantar kucing2 bulu panjang kepada orang yang mahir memandikan kucing2 berbulu panjang. Itu tidak termasuk harga kucing berbulu panjang lagi. Kebanyakan orang tertipu dengan ramai peniaga yang tidak beretika. Kucing berbulu panjang tidak semestinya kucing Parsi (Persian). Kucing Parsi atau kucing - kucing yang mempunyai pedigree adalah mahal. Tapi ada sesetengah peniaga yang menjual kucing berbulu panjang tanpa pedigree dengan harga yang mahal. Kalau saya nak cerita pasal semua ni, saya rasa ceritanya amatlah panjang. Saya berhenti di sini saja, kalau ada soalan, bolehlah bertanya - Jay 09:42, 28 November 2006 (UTC)

Kategori "Parti Politik" dan "Parti politik"?

Saya merujuk kepada perkara di atas.

Bolehkah sesiapa menggabungkan (merge) Kategori:Parti politik Malaysia dan Kategori:Parti Politik Malaysia? Terdapat juga beberapa artikel yang telah dibuat dua kali, seperti Sarawak United People's Party dengan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. Kristalyamaki 11:39, 29 November 2006 (UTC)

Wikipedia Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?

Saya nak usulkan perbincangan mengenai ayat Bahasa Melayu di dalam kotak Bahasa Lain di sebelah kiri dan juga di laman utama. Di laman utama ditulis "Selamat Datang ke Wikipedia Bahasa Melayu"

Sepengetahuan saya, bahasa yang kita gunakan ialah bahasa kebangsaan dan dalan ertikata lainnya bermaksud Bahasa Malaysia”.

Saya rasa kita patut fikirkan sensitiviti bangsa lain di negara kita yang berbilang kaum yang saya rasa membaca seksyen Bahasa Malaysia Wikipedia. Semalam, waktu saya berbincang dengan 2 rakan sekerja (India dan Cina) mengenai topik Thailand, saya terasa segan bila saya perasan bahawa perbincangan kita berkisar kepada Bahasa Melayu dan bukan bahasa Malaysia.

Jadi saya berfikir untuk mendapat komen dari rakan-rakan di sini samada kita patut menggunakan ayat Bahasa Melayu di semua laman atau tukarkan kepada Bahasa Malaysia. Terima Kasih. Jay 09:21, 30 November 2006 (UTC)

Sebenarnya kedua-dua pun boleh digunakan tetapi menurut kehendak perasmi kerajaan dan ahli akademik di Malaysia menunjukkan Bahasa Malaysia dahulunya digunakan tetapi sudah berbalik semula kepada bahasa Melayu. Sila lihat rencana bahasa Melayu dalam edisi Wikipedia Inggeris untuk keterangan lebih lanjut. — Aeonimitz 10:27, 30 November 2006 (UTC)
Bahasa Melayu merujuk kepada bahasa yang asalnya dipertuturkan oleh orang Melayu. Ia hanyalah satu nama bahasa, dan tidak ada apa-apa kesan menggunakannya. Contohnya, bertutur bahasa Inggeris, tidak menjadikan seseorang itu berkulit putih dan mata biru. Sama juga, orang Cina atau India bertutur bahasa Melayu bukannya secara automatik di anggap Melayu. Setiap kaum mempunyai bahasa sendiri. Sekiranya bahasa Melayu ditukar menjadi bahasa Malaysia, lenyaplah bahasa Melayu ... nanti keturunan orang Melayu dikatakan tiada berbahasa... lagi tiada berbangsa. Anda harus bangga berbincang mengenai bahasa Melayu, sebagai mana bangsa lain berbangga menggunakan bahasa ibunda mereka. Kalau ada yang mahu memilih untuk merasa kecil hati, kita merasa dukacita kerana itu yang menjadi pilihan mereka. Selain itu, Wikipedia ini adalah untuk semua penutur bahasa Melayu, bukannya bahasa Malaysia. Apa pula kata orang Brunei, orang Singapore jika dinamakan Bahasa Malaysia. Bahasa Melayu dipilih agar adalah bebas dari pembahagian politik dan prasangka. Selain itu, ia adalah nama piawaian yang dirujuk di mana-mana Universiti di seluruh dunia. Jabatan bahasa Melayu, bukannya Jabatan bahasa Malaysia. Yosri 10:32, 30 November 2006 (UTC)


Bahasa Malaysia ialah bahasa Melayu. Oleh itu, kedua-dua boleh digunakan, berdasarkan keutamaan seseorang. -- Adnan 12:08, 30 November 2006 (UTC)

Bahasa Malaysia adalah bahasa Melayu tetapi Bahasa Melayu bukan Bahasa Malaysia (sahaja). Ia turut dituturkan di negara lain. Ia boleh juga menjadi bahasa Brunei. Kita utamakanlah bahasa Melayu kerana berbeza dengan bahasa Indonesia, bahasa Melayu digunakan bagi petutur bahasa Melayu dari pelbagai rumpun dan keturunan. — Polar 14:13, 30 November 2006 (UTC)

Rencana ahli muzik luar negara

Sebenarnya saya ingin mencadangkan kebanyakan pengguna di sini untuk membuat rencana mengenai ahli muzik luar negara memandangkan ahli muzik luar negara tidak begitu banyak di sini. Saya mencadangkan sedemikian kerana saya ingin rencana Wikipedia Melayu lebih bersifat antarabangsa dan bukan hanya sekadar rencana biasa semata-mata. Pendapat anda sekalian pula bagaimana? — Pencadang 10:32, 30 November 2006 (UTC)

Cadangan dan sumbangan anda mengenai perkara tersebut dialu-alukan. Yosri 10:34, 30 November 2006 (UTC)
Cadangan anda disambut baik. Bergantunglah kepada pengguna lain sama ada mereka ingin lakukan atau tidak kerana sumbangan di sini adalah sumbangan sukarela semata-mata. Jika mereka tidak mahu, kita tak boleh berbuat apa-apa. Apapun, kita galakkanlah jika ada pengguna yang ingin membuat rencana sedemikian seperti yang dibuat oleh Pengguna:Fantastic4boy dulu terhadap pelakon luar. — Pemerhati 14:16, 30 November 2006 (UTC)


ProjekWiki

Sila lihat laman pengguna saya, klik di sini.

cadangan

Saya ingin mencadangkan satu rombakan besar bagi sebahagian besar istilah-istilah dalam wikipedia ini. Contohnya dalam rencana Wikipedia:Wikipedia bukanlah, bahagian Portal pengetahuan umum mengandungi perkataan Wikinews di mana ia adalah istilah dari bahasa Inggeris sedangkan ini adalah wikipedia Bahasa Melayu. Harap dapat pertimbangan Wikipedia:Penyelia atau Moderator laman ini. Sekian terima kasih.--60.48.202.158 10:46, 31 Disember 2006 (UTC)

Wikinews adalah perkataan rasmi bagi portal berita wiki. Sama seperti wikipedia. Jadi agaknya ia tidak boleh diubah. — Master2841 11:46, 31 Disember 2006 (UTC)

terima kasih dan sambungan pertanyaan

Terima kasih atas penjelasan saudara. tetapi saya ada menyususri/melalui wiki-wiki dalam bahasa lain seperti arab dan cina, saya dapati perkataan wiki yang dikekalkan manakala news,books,dictionary,university,sorce dan quote, semuanya digantikan dengan bahasa asal laman wikipedia tersebut. apa salahnya, saya rasa bukan Hakcipta terpelihara pn untuk penggunaan wiki yang lain. Harap dapat jawapan. Maaf menyusahkan sesiapa.--60.48.202.158 14:11, 31 Disember 2006 (UTC)

Tidak menyusahkan :) Memang boleh terjemahkan kalau projek tersebut wujud. Dalam bahasa Melayu kita cuma ada Wikipedia, Wiktionary (KamusWiki) dan Wikibooks (BukuWiki). Jadi silalah gunakan terjemahannya jika sesuai. Cuma dalam kegunaan rasmi nama asal lebih disukai kerana lebih dikenali. ...Aurora... 11:09, 1 Januari 2007 (UTC)

Siapakah penyunting?

Saya ingin mengetahui siapa penyunting tetap wikipedia Bahasa Melayu. Ia kelihatan seperti warga asing yang petah berbahasa melayu yang terlibat dalam penyuntingan. agak memalukan juga ya orang Melayu sendiri tidak menyumbang padahal mereeka golongan yang menguasai bahasa melayu lebih baik. Sungguh malas bangsa Melayu ini. mungkin juga pendedahan tentang wikipedia terhadap pengguna di rantau ini kurang. Tambahan pula, informasi atau maklumat ilmu dalam bahasa melayu kurang berbanding Bahasa Inggeris. Tolong beri perhatian! ~~senyuman~~

Anda juga boleh membantu dengan turut menyumbang. — Master2841 07:36, 12 Disember 2006 (UTC)
Ada juga Melayu malu bercakap bahasa Melayu. Yosri 05:14, 13 Disember 2006 (UTC)

orang Malaysia banyak leka dengan hiburan sekarang.Tambahan pula,rakyat Malaysia semakin kurang menghargai Bahasa Melayu.Saya harap agar ilmu Sains dalam Bahasa Melayu dapat diselamatkan di dalam Wikipedia--60.52.45.153 13:11, 25 Disember 2006 (UTC)

Makluman

Sekadar makluman, dari masa ke masa, saya akan memadamkan:

  • Imej yang tidak digunakan/bertindan dengan commons
  • Kategori yang tidak digunakan
  • Rencana yang bukan rencana/terlalu pendek

...Aurora... 04:50, 13 Disember 2006 (UTC)

Tentang kedalaman dalam setiap edisi bahasa Wikipedia

Saya baru-baru ini telah melihat link baru di senarai wikipedia dalam meta iaitu depth. Sebagaimana yang saya tahu, depth ini adalah merupakan suatu perkara dimana sesuatu rencana untuk disunting untuk beberapa kali dari segi pembaharuan, penambahan, perincian, dan pengemaskinian. Saya berharap setiap rencana yang dibuat samada rencana baru atau yang sedia ada perlu diperbarukan bagi menunjukkan mutu piawai. Sebagai contoh, kita perlu mencontohi Abangmanuk kerana rencana yang dibuatnya amat terperinci dan piawai serta amat berbentuk ensiklopedia. Sila lihat rencana kapak dan perang Vietnam untuk mengetahui maksud kedalamannya. — Aeonimitz 15:28, 22 Disember 2006 (UTC)

Gambar dan artikel akan datang

Saya sedang buat terjemahan untuk kumpulan Pop Opera , Il Divo dari english. Saya nakkan penjelasan berhubung dengan syarat-syarat upload gambar, sekiranya kita tidak dibenarkan menggunakan gambar tanpa kebenaran, macamana kita nak upload gambar-gambar selebriti terutama penyanyi2 antarabangsa? Buat masa ini, saya menggunakan gambar kulit untuk album-album (milik Sony BMG) dan buku yang diterbitkan. Saya juga minta kebenaran bertulis untuk menterjemah artikel tersebut dari site english.

Saya juga baru membina paparan untuk Simon Cowell, Carlos Marín, Urs Bühler, David Miller dan Sébastien Izambard (Masih dalam pembinaan) dan di masa akan datang akan meliputi rencana berkaitan Muzik klasikal dan Opera termasuk The Three Tenors- (Plácido Domingo, José Carreras, Luciano Pavarotti)

Saya rasa kita kekurangan artikel mengenai muzik dalam Wikipedia bahasa melayu begitu juga untuk mencari terjemahan untuk ayat-ayat muzik klasikal (seperti tenor, baritone, lyrical voices dan banyak lagi). Sekira ada kesilapan di dalam tatacara dan sebagainya, kita boleh berbincang di http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbualan:Il_Divo


Jay 18:35, 5 Januari 2007 (UTC)


Saya nakkan penjelasan berhubung dengan syarat-syarat upload gambar, sekiranya kita tidak dibenarkan
menggunakan gambar tanpa kebenaran, macamana kita nak upload gambar-gambar selebriti terutama
penyanyi2 antarabangsa?

Guna teg lesen {{Fairuse}} beserta penjelasan mengapa penggunaan imej ini ialah untuk kegunaan adil. — Master2841 10:29, 6 Januari 2007 (UTC)

Kumpulan Opera atau Kumpulan Rock?

Saya keliru, sila lihat http://ms.wikipedia.org/wiki/Kumpulan_Opera. Permulaan perenggan rencana bermula dengan “Kumpulan Opera adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang mula dikenali semenjak tahun 1989-1991.” Tetapi rencana selepas itu berkisar kepada sejarah kumpulan rock di Malaysia. Saya sedang membuat rencana – rencana mengenai penyanyi opera klasik, pop opera dan seterusnya bercadang untuk membuat alih bahasa mengenai “Opera” apabila saya terjumpa rencana ““Kumpulan Opera” di dalam ms wikipedia. Boleh tolong sesiapa di sini jelaskan apa rencana http://ms.wikipedia.org/wiki/Kumpulan_Opera ini sebenarnya. Ini adalah kerana, Kumpulan Rock BUKAN kumpulan opera. Rock dan opera adalah 2 cabang genre muzik yang amat berlainan. Seperkara lagi, betulkah ada kumpulan rock yang bernama "Kumpulan Opera" pada tahun 1989 - 1991? - Jay 04:10, 17 Januari 2007 (UTC)

Kumpulan Opera merupakan nama salah satu kumpulan rock yang muncul sekitar 1989-1991. Opera sebagai satu generi muzik tidak memerlukan perkataan Kumpulan di hadapan. Itu sebabnya, kumpulan penyanyi akan bermula dengan nama Kumpulan ?????, bagi membezakan nama kumpulan dengan kata asal, contoh lain adalah Hurricane, Akar, Aura, dll. Anda boleh memulakan rencana Opera tanpa menambah kata Kumpulan. Bagaimanapun sekiranya anda ingin menulis mengenai kumpulan-kumpulan muzik Opera, anda perlu meletakkan nyahkekaburan Yosri 04:40, 17 Januari 2007 (UTC)

Rombakan Rencana Bill Gates

Saya sedang dalam proses untuk rombakan (agak besar) untuk mengemaskini dan menambah data-data yang terkini untuk rencana Bill Gates. Saya dah menukar dan menambah pembukaan rencana (4 perenggan teratas, tukar gambar baru, dan sedikit alih suai perenggan) dan perlahan - lahan akan mengemaskini keseluruhan rencana yang sedia ada. Kalau ada bantahan, silalah cakap. Saya tak nak nanti setelah saya tukar semua, ianya diubah kepada yang sedia ada atau mana tahu ada yang kecil hati ke :) - Jay 10:21, 15 Januari 2007 (UTC)

Rombakan besar, atau suntingan kecil, semuanya dialu-alukan jika menambah kualiti. ...Aurora... 14:36, 15 Januari 2007 (UTC)

Mengubah Templat:Negeri

Kalian, saya sekarang sedang dalam proses mengembangkan artikel Iran. Malangnya, jata negara Iran yang berwarna hijau kelihatan tidak jelas dalam kotak info negeri kerana latarbelakang kotaknya berwarna hijau. Kerana templat banyak digunakan, jadi saya memohon izin kalian untuk membuat sedikit perubahan untuk templat itu. Terima kasih Pejuang bahasa 01:21, 8 Januari 2007 (UTC)

Buat saja tak ada masalah. :) — Master2841 08:01, 8 Januari 2007 (UTC)

Bulan pada tarikh Tahun Baru Cina 2007

Sila pinda tarikh Tahun Baru Cina 2007 daripada 18-19 JANUARI kepada 18-19 FEBRUARI. Terima kasih

Apakah yang anda maksudkan? Harap beri sedikit penjelasan supaya sebarang kemaskini dapat dilakukan. Terima kasih. — Master2841 08:44, 10 Januari 2007 (UTC)
Telah diperbaiki. ...Aurora... 14:39, 10 Januari 2007 (UTC)

Siapakah yang bakal menjadi penyelia baru selepas abangmanuk?

Saya rasa penyelia yang ramai boleh membantu mengawal trafik kehadiran pengguna di sini samada yang berdaftar mahupun tidak. Ini kerana sebarang kandungan yang tidak berkaitan serta vandalisme pada rencana dapat dielakkan serta-merta. Juga penyelia ramai dapat menyekat pengguna yang melakukan salah laku di wiki ini. Malahan juga, penyelia yang ramai juga dapat melindungi rencana yang dianggap amat berharga dan piawai dari perbuatan vandalisme. Akhir sekali, persoalan saya, siapakah yang bakal menjadi penyelia baru selepas abangmanuk? — Aeonimitz 13:51, 10 Januari 2007 (UTC)

Sesiapa yang layak/memenuhi syarat. ...Aurora... 14:39, 10 Januari 2007 (UTC)
Nampaknya buat masa sekarang, semua pengguna masih di dalam pemerhatian untuk mencari bakal penyelia yang baru pada tahun 2007 ini. Diharap semua pengguna baru menunjukkan prestasi yang baik untuk dijadikan calon penyelia sebelum ditapis menjadi penyelia yang akan diketuai oleh Yosri. - Didie 09:33, 11 Januari 2007 (UTC)

Birokrat

Saya ingin bertanya bila tibanya masa untuk pemilihan birokrat di kalangan birokrat ini kerana setakat ini ms.wikipedia hanya mempunyai 2 birokrat iaitu Yosri dan Dekoelie. Sekian..........- Didie 09:59, 11 Januari 2007 (UTC)

Perkara ini telah saya bangkitkan juga Didie, bukannya sekali, tetapi lebih dari sekali. Pertambahan birokrat penting kerana ia boleh menjaga wiki ms dengan lebih berkesan. Tambahan lagi, ia boleh memudahkan lagi pertambahan perlantikan jawatan bakal penyelia, dimana, untuk jadi penyelia perlu ada birokrat kerana birokratlah yang boleh melantik seseorang jadi penyelia. — Aeonimitz 10:40, 11 Januari 2007 (UTC)
Pilih dari senarai penyelia sekarang dan calonkan. ...Aurora... 13:25, 11 Januari 2007 (UTC)
Nampaknya saya tiada pilihan, jika saya pilih Master2841, dia menolak kerana dia beritahu saya bahawa menjadi sysop sudah cukup baginya. Manakala Polar pula, dia telah menjadi kurang aktif sejak kebelakangan ini. Didie pun keadaannya sama. Jadi saya mahu pilih Aurora sebagai birokrat ketiga. Ada bantahan? — Aeonimitz 13:40, 11 Januari 2007 (UTC)
Saya ingin bertanya penamaan calon birokrat 2007 ini akan dijalankan di halaman yang mana? - Didie 07:33, 12 Januari 2007 (UTC)
Pencalonan boleh dibuat di Laman Penyelia. Peranan tambahan birokrat (berbanding Sysop), hanyalah melantik Sysop yang layak melalui pengundian. Yosri 11:46, 12 Januari 2007 (UTC)

Terima kasih, Yosri kerana memberitahu cara-caranya. Semua penyelia dijemput mengundi untuk penamaan calon birokrat bagi tahun 2007 ini di halaman Wikipedia:Penyelia - Didie 13:24, 12 Januari 2007 (UTC)

Nota: Pengguna berdaftar juga boleh mengundi. ...Aurora... 13:41, 12 Januari 2007 (UTC)

Scukz

Saya ingin membuat pengundian mengenai rencana Scukz itu sama ada untuk dipadamkan rencana atau dibiarkan. Ini kerana isi kandungannya tidak difahami. Diharap semua penyelia turut serta mengundinyalah ye. Nyatakan setuju atau tidak setuju. - Didie 09:33, 11 Januari 2007 (UTC)

Padam. ...Aurora... 13:25, 11 Januari 2007 (UTC)
Padam. — Master2841 17:07, 11 Januari 2007 (UTC)
Padam. Bagi saya itu bukan rencana tetapi sebagai iklan untuk ke pautan pengarang tersebut. - Jay 07:01, 12 Januari 2007 (UTC)
Sudah dipadam. Pengundian ini ditutup. Terima kasih kepada Aurora,Master2841, dan Whjayg ye. hehehe... -Didie 07:46, 12 Januari 2007 (UTC)

"Laman web"?

Dalam bahasa Inggeris ada dua istilah web: web site dan web page. Web site (atau lazimnya dieja sebagai website) ialah sekelompok web page. Dalam erti kata lain, satu web site terdiri daripada beberapa web page.

Yang menjadi masalah ialah apabila kedua-dua istilah ini diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Lazimnya, apabila kita melawat mana-mana web site berbahasa Melayu, kita akan dialukan dengan kata-kata "selamat datang ke laman web ...". Soalnya, "laman web" merujuk kepada yang mana satu? "Web site" atau "web page"? Kalau "laman web" tu "web site", "web page" diterjemah kepada apa? Kalau "laman web" tu pula "web page", "web site" diterjemah kepada apa?

Untuk memeningkan lagi kepala, Kamus Dewan menyatakan bahawa perkataan "halaman" (sinonim dengan "laman") mempunyai dua erti: 1. perkarangan, 2. muka buku. Jadi, kalau kita anggap bahawa "laman web" tu boleh bermaksud "web site" dan "web page" pada masa yang sama, kekaburan (kes berambiguiti) akan timbul.

Mungkin perbincangan sebegini tak patut timbul di Wikipedia, tapi sebagai sebuah ensiklopedia dalam talian berbahasa Melayu, para penyunting harus arif dan peka tentang bahasa Melayu (terutamanya yang berkaitan dengan istilah-istilah teknologi maklumat) dan cuba melaksanakan bahasa tersebut setepat dan sesempurna yang mungkin, supaya setaraf dengan mana-mana ensiklopedia yang lain. Setiap maklumat, data, istilah, harus diusul periksa dahulu.

Saya sudah mencari dalam kamus istilah KaryaNet, tapi tak jumpa jawapan. Bila saya cari di Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "site" dalam bahasa Melayu ialah "tapak". Jadi adakah "web site" diterjemahkan kepada "tapak web"? Kalau ya, kenapa tak ramai yang menggunakan istilah ini?

Satu lagi berkenaan perkataan "portal". Wikipedia bahasa Melayu menggunakan perkataan ini (contoh: Portal:Masyarakat), sedangkan perkataan tersebut adalah dalam bahasa Inggeris dan perkataan "gerbang" lebih sesuai digunakan.

Ada siapa-siapa yang boleh beri jawapan? Wahai munsyi, bantuan anda amat diperlukan. --Aviator 20:41, 23 Januari 2007 (UTC)

Pada pendapat saya, jika tiada istilah bahasa Malaysia yang sinonim ditemui, sesuatu perkataan patut dikekalkan.

dan Saya juga berpendapat bahawa, "web page" boleh diterjemah kepada "halaman web", mungkinkah kita perlu terjemahankan lagi "web" kepada jaringan? Hal ini, akan menambah sukar untuk difahami kelak.

Saya mencadangkan agar daftar istilah perlu dimulakan untuk mengelak sebarang kekeliruan. Masalahnya, hakcipta terpelihara, laman web dbp pun tidak lengkap.

Sebagai rujukan:

--Tearfate 22:30, 23 Januari 2007 (UTC)


Terima kasih, Tearfate, atas pautan-pautan yang diberikan. Saya sudah melawat pautan-pautan tersebut, tetapi gagal menemui terjemahan yang tepat dalam bahasa Melayu bagi dua istilah yang amat ringkas: "web site" dan "web page". Kalau ada pun, saya curiga akan kesahihannya. Saya rasa jalan terbaik ialah dengan merujuk kepada sumber yang datang terus dari DBP sendiri. --Aviator 23:37, 23 Januari 2007 (UTC)

Sunting: Saya dah cuba guna LinguaWeb, hasilnya "web site" jadi "laman web", dan "web page" jadi "halaman web"...

Seperti kata anda, ia tiada dalam kamus, jadi tiadalah orang yang menggunakannya. Mungkin kita boleh mulakan?
  • web site = tapak web
  • web page = laman web
  • portal, kekalkan kerana dah ramai orang pakai termasuk akhbar dan universiti. ...Aurora... 13:06, 24 Januari 2007 (UTC)
Kalau pengguna lain setuju, saya tiada masalah. Penggunaan "tapak web" agak janggal bagi saya sebenarnya ^_^;. Betulkah akhbar dan universiti menggunakan perkataan "portal?" --Aviator 01:47, 25 Januari 2007 (UTC)
Portal Pendidikan Utusan.[1]Master2841 08:20, 25 Januari 2007 (UTC)
Portal Komuniti e-Universiti UUM, Portal i-staf UiTM. Juga Portal Halal JAKIM, Portal Rasmi JPJ, Portal Ilmu. ...Aurora... 13:02, 26 Januari 2007 (UTC)
Saya jumpa pautan ini. "Web site" diterjemahkan kepada "tapak web" atau "tapak jaring", dan "web page" diterjemahkan kepada "laman web" atau "laman jaring". --Aviator 01:55, 29 Januari 2007 (UTC)
Terima kasih semua. Saya setuju dengan Aurora. Kalau tiada kekaburan lagi, saya rasa perbincangan ini boleh ditutup. --Aviator 12:58, 1 Februari 2007 (UTC)

Iklan

Di sini saya ingin membangkitkan semula cadangan supaya ms.wiki disiarkan melalui akhbar. Sekarang, saya sudah menjumpai halaman untuk mengiklankan ms.wiki dengan memaut laman http://www.utusangroup.com.my/bm/contact.html. Cadangan ms.wiki diiklankan di akhbar boleh disuarakan di sana. Diharap cadangan ini diambil perhatian oleh semua pihak. - Didie 11:00, 28 Januari 2007 (UTC)

Perlu bayar atau percuma? — Master2841 17:05, 28 Januari 2007 (UTC)
Cadangan: Untuk garis panduan mengenai pengiklanan, saya rasa elok kita rujuk meta:Marketing dan meta:Ads. Dalam tu ada banyak sumber iklan Wikipedia yang telah dihasilkan, seperti poster, leaflet, dan pamflet. Satu lagi, sebab Wikimedia ni non-profit organization, eloklah kita cari media pengiklanan yang percuma, atau dapatkan penaja. --Aviator 06:06, 29 Januari 2007 (UTC)

Macam mana nak letak gambar???

Saya nak bertanya, macam mana nak letak gambar pada sesuatu rencana, maksud saya gamabar yang nampak bila kita buka rencana itu. Contoh seperti rencana Mariah Carey. Saya dah cuba pada rencana Kumpulan Headwind tapi tak boleh, gambar itu tersembunyi, dan bila diklik baru gambar itu keluar. Terima kasih.

218.208.249.54 07:47, 31 Januari 2007 (UTC)mkal

Letakkan sebegini [[Imej:Gambar.jpg|thumb|right|Gambar yang cantik sekali.]] Yosri 11:13, 31 Januari 2007 (UTC)
Rujuk juga Tutorial imej. Yosri 11:16, 31 Januari 2007 (UTC)

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu