Kereta
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kereta ataupun Automobil ialah kenderaan bertayar empat(biasanya) yang mempunyai enjin. Pada masa dahulunya ia dikenali sebagai kenderaan bermotor kerana 'motor' merujuk kepada enjin. Kereta mempunyai tempat duduk untuk pemandu dan sekurang kurangnya satu tempat duduk untuk penumpang dan selebih-lebihnya 7 orang.
[Sunting] Umum
Kereta direka khas untuk bergerak di atas jalan raya dan mengangkut penumpang daripada membawa barangan, walaupun kadangkala kenderaan lasak (SUV - Sport Utility Vehicle) membenarkan penggunaan kereta di luar jalan raya. Di dunia ini sekarang terdapat beberapa jenis jenama kereta; yang terkenal ialah Toyota, Honda, BMW, Mercedes Benz,PROTON,Hyundai, Volvo, Isuzu, Mazda, Skoda,Nissan dan Citroen.
[Sunting] Sistem kenderaan
Sesebuah kereta terdiri daripada beberapa jenis sistem kenderaan untuk membolehkannya berfungsi. Sistem-sistem yang terdapat pada kereta adalah seperti berikut:-
- Sistem bahan api
- Sistem ekzos
- Sistem pelinciran
- Sistem penyalaan
- Sistem transmisi
- Sistem elektrik
- Sistem penyejukan
- Sistem kemasukan udara
- Sistem kerangka dan suspensi
[Sunting] Di Malaysia
Industri automobil di Malaysia adalah antara yang paling maju di rantau Asia Tenggara. Pasaran automobil di Malaysia akan tertakluk kepada AFTA mulai 2005.
Malaysia mempunyai dua syarikat nasional iaitu Proton dan Perodua.
Universiti yang menyediakan kursus dalam bidang Kejuruteraan Automotif ialah UTM dan IUUM.