Kumpulan Ahli Fiqir
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kumpulan Ahli Fiqir merupakan sebuah kumpulan muzik hip-hop Melayu yang di rantau Nusantara (Malaysia, Indonesia dan Singapura). Kumpulan ini berasal dari Singapura dan dikemudi oleh tiga orang warga Singapura dan seorang warga Indonesia yang menyumbangkan vokal, serta seorang penggubah lagu rakyat Malaysia yang tidak giat dalam vokal.
Kumpulan Ahli Fiqir pada mulanya disertai oleh tiga orang anggota kumpulan – Fadali Mohd Darif atau Daly (ahlifiqir), Samsolnahar Sibengat atau Samsol (tukangkata) dan Noor Hidayati Mohamed Yusop atau Dayat (juga dikenali sebagai mawar berduri). Tidak lama selepas itu, sewaktu dalam proses mengembangkan muzik yang mereka perjuangkan, muncul seorang lagi anggota baru.
Beliau ialah Ceza Mutyara atau dj cza, seorang rakyat Indonesia yang berkebolehan besar dan mampu menyumbangkan bakat muziknya untuk kumpulan ini melalui sentuhannya yang unik.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Senarai Album
- Hari ini Dalam Sejarah
[Sunting] Senarai Lagu
- Angguk-angguk Geleng-geleng
- Tik-tok Sedetik Simpati
- Samseng (Filem soundtrack dari filem Gangster dari Malaysia)
[Sunting] Senarai Anugerah
- Anugerah Planet Muzik 2006 - Artis Singapura Terbaik
- Anugerah Planet Muzik 2006 - Album Terbaik Singapura: Hari in Dalam Sejarah
[Sunting] Pautan luar
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |