Kumpulan Saujana
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kumpulan Saujana merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Kumpulan ini telah menghasilkan lima album dengan satu album karaoke, dan terlibat dalam lebih sepuluh album kompilasi bersama artis-artis terkenal di Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada lima orang ahli, masing-masing berusia 24 tahun pada 2005. Mereka pernah mengadakan persembahan di seluruh negara Malaysia, Singapura dan juga Indonesia. Jualan album-album mereka amat membanggakan, dan mereka menjadi idola kepada remaja-remaja di Malaysia. Selain menyanyi, setiap seorang dari mereka juga mempunyai karier tetap masing-masing, atau menjadi mahasiswa di universiti. Ini menunjukkan mereka tidak mengabaikan pelajaran dan membuktikan bahawa artis juga boleh dijadikan contoh untuk ikutan peminat ke arah yang baik. Mereka kini berkarier professional sebagai doktor, jurutera, ekskutif dan menjalankan perniagaan sendiri.
[Sunting] Ahli
Ahli-ahli Saujana (mengikut turutan abjad)
1. Aza (Azalinor Abdul Rahman)
2. Idzu (Khairul Idzwan Baharin)
3. Kimi (Mohd Hakimi Haji Harun)
4. Ley (Faizul Hizal Ghazali)
5. Pyan (Mohd Suffian Amrin)
[Sunting] Album
1. Saujana (1996)
2. Saujana II (1998)
3. Kembara Cinta (2000)
4. Rahsia (2002)
5. 5 Bintang (2004)
6. Jalan Sehala (2005) - Bersama Nowseeheart
[Sunting] Lagu-lagu
- Keluarga Bahagia
- Sepohon Kayu
- Keluarga Bahagia II
- Bulan Bintang
- Suci Sekeping Hati
- Inikah Ertinya Cinta
- Ya Rasulullah
- Rahsia
- Rahmat Kasih-Mu
- Lakaran Minda
- Damai Yang Hilang
- Nur Malam
- Jalan Sehala