L. Krishnan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Datuk L. Krishnan merupakan seorang pengarah di Malaysia.Beliau di lahirkan di India, tetapi mendapat pendidikan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 1941. Sebelum menjadi pengarah filem, beliau pernah bekerja sebagai penyambut tetamu di Raffles Hotel, Singapura pada 1942.
Pada tahun 1947, beliau menjadi Penolong Pengarah filem di Kalaivani Films di Madras, sebelum balik ke Singapura pada 1949 dan bekerja sebagai Pengarah Filem di Shaw Studios.
Pada April 1952, Krishnan meletakkan jawatan di Shaw Bros Studios untuk menyertai Studio Cathay-Keris milik Datuk Loke Wan Tho dan Ho Ah Loke. Pada Oktober 1960, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menubuhkan Studio Merdeka dengan Ho Ah Loke.
Bagaimanapun, pada 1963, beliau meletakkan jawatan di Studio Merdeka untuk menjalankan perniagaan sendiri. Dan, pada Oktober 1970, Krishnan menubuhkan Gaya Film Berhad dan beberapa syarikat berkaitan perfileman dan muzik seperti Gaya Music Studio, Gaya Color Laboratory Sdn Bhd (Gaya Lab) dan Dato Krishnan Holdings Sdn Bhd.
Sepanjang tempoh mengarahkan lebih 30 filem, beliau berjaya melahirkan beberapa nama besar dalam dunia filem tanah air sehingga menjadi legenda terkenal seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Datuk Maria Menado, Datuk Mustapha Maarof, M. Amin, Latifah Omar dan Datin Rosnani Jamil.