M. Amin
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Muhammad Amin bin Haji Ihsan atau lebih dikenali sebagai M Amin merupakan seorang pelakon, dan pengarah filem Melayu. M Amin dilahirkan pada 1 September 1925 di Kuala Kangsar, Perak dan meninggal pada 8 Januari 2003.
M Amin pernah berkhimat sebagai guru di Kuala Kangsar, Perak. Selepas Perang Dunia II, beliau berkhidmat sebagai polis di depoh polis Ipoh antara tahun 1946 hingga tahun 1950. Beliau kemudian berhijrah ke Singapura dan bekerja di MFP.
Mula berlakon disisi Mariam dalam filem Kembar yang diarah oleh S Ramanathan 1950, dan Berbahagia di Singapura arahan Jaafar Wariyo bersama pelakon Siti Hanim dan Rohaya. Filem arahan pertama M Amin adalah Lancang Kuning (1962) yang turut mengandingkan Nordin Ahmad dan Latifah Omar.
M Amin juga pernah berlakon sebagai Hang Tuah dalam filam Hang Jebat, dan Cinta Gadis Rimba, arahan L. Krishnan (1957).
Selepas itu beliau menjadi pengarah filem di Cathay Keris dan mengarah sebanyak 28 nuah filem Melayu.
[Sunting] Filem Arahan M Amin
- Lancang Kuning (1962)
- Chuchu Datuk Merah (1963)
- Tajul Ashikin (1963)
- Ayer Mata Duyong (1964)
- Rumah Itu Duniaku (1964)
- Panglima Besi (1964)
- Mata Dan Hati (1965)
- Muda Mudi (1965)
- Patong Chendana (1965)
- Ikan Emas (1965)
- Gurindam Jiwa (1965)
- Anak Dara (1966)
- Dua Kali Lima (1966)
- Mat Bond (1967)
- Dosa Wanita (1967)
- Srikandi (1969)
- Keris Mas (1969)
- Sial Wanita (1969)
- Aku Mahu Hidup (1970)
- Puaka (1970)
- Jahanam (1971)
- Semusim Di Neraka (1971)
- Satu Titik Di Garisan (1972)
- Semangat Ular (1972)
- Harimau Jadian (1972)
- Hati Batu (1972)
- Satu Penentuan (1974)
- Pertiwi (1975)
- Sumpah Semerah Padi (1981)
- Bertunang (1982)
- Manis Manis Sayang (1983)
- Diambang Kasih (1984)