Nordin Ahmad
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Nordin Ahmad merupakan seorang pelakon filem Melayu. Beliau berlakon dalam filem Seri Mersing, Semerah Padi, Air Mata Duyong dan Gurindam Jiwa. Selain itu beliau juga dikenang dengan lakonan agresif seperti dalam Hang Jebat, Cucu Datuk Merah dan RadenMas.
Namun yang pasti, setiap kali menyebut namanya, peminat akan terus teringatkan dialognya dalam Seri Mersing arahan Allahyarham Salleh Ghani. Ia berbunyi, "Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu."
Itulah Nordin Ahmad yang pernah menimba pengalaman sebagai pelakon di Malay Film Productions (MFP) dan Cathay Keris serta digilap bakatnya oleh P. Ramlee, B N Rao dan M. Amin. Daripada seorang pelakon, lama kelamaan Nordin diberi kepercayaan menjadi pengarah dan terbukti melalui filem seperti Wan Perkasa serta Playboy.
Nordin menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Besar, Singapura pada Jun 1971 kerana menghidap demam kuning. Allahyarham meninggalkan balu, Salmah Ibrahim (Salmah Hitam) serta tiga cahaya mata - Asmah, Tuah dan Asnor.