Organisasi Ajaran Sesat
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Dalam sosiologi, Organisasi ajaran sesat,(bahasa Inggeris: cult, bahasa Cina:邪教)merujuk kepada kumpulan manusia yang menganut sesuatu kepercayaan dan amalan yang bertentangan dengan norma masyarakat umum.
Dalam bahasa harian, "organisasi ajaran sesat"(OAS) sentiasa membawa kepada maksud konotasi yang buruk. Daripada itu, biasanya tiada satu oraganisasi yang sanggup menerima label ini. Penamaan sesuatu organisasi sebagai "organisasi ajaran sesat" kadang kala dikaitkan oleh pihak yang berkenaan sebagai satu bentuk "diskriminasi" ataupun satu bentuk "hemogoni golongan majoriti", yakni penindasan golongan majoriti terhadap golongan minoriti.
Golongan yang sentiasa diberi penamaan ini ialah golongan yang menganjurkan pergerakan "agama baru".
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Ciri-ciri Organisasi Ajaran Sesat
Organisiasi ajaran sesat pada umumnya merujuk kepada organisasi agama yang berpecah dari ajaran asal. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- Mempunyai Pengucapan mengenai Alam Ghaib
Pengucapan mengenai alam ghaib memberikan organisasi ini ciri-ciri agama. Biasanya pengucapan ini diadakan dalam bentuk ajaran yang wajib dipercayai oleh semua ahli.
- Mempunyai Sifat Anti-Masyarakat
Satu sifat yang ketara untuk OAS ialah mempunyai sifat anti-masyarakat. OAS sentiasanya menganggap golongan majoriti masyarakat adalah "bodoh" dan merekalah yang "bijak" kerana menganggap dirinya telah menemui "kebenaran". Mereka sentiasanya membenci masyarakat umum, menganggapnya bersifat dosa ataupun "kotor". Oleh itu, mereka akan mengelakkan diri daripada masyarakat umum, ataupun bersikap sebagai "penyelamat" apabila berdepan dengan orang umum.
- Mempunyai seorang Ketua yang dipujakan seperti dewa
OAS biasanya mempunyai seorang ketua yang dipuja seperti dewa. Ketua OAS biasanya mengenal diri sebagai nabi dan mempunyai kuasa-kuasa tertentu.
- Mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap ahlinya
Penyertaan seseorang ke dalam sesautu OAS akan mengubah tingkah lakunya. OAS bukan sahaja mempegaruhi kehidupan seseorang dengan memberikan pelbagai ajaran kepadanya, malah kadang kala OAS juga menggunakan tindakan fizikal untuk mengawal ahlinya. Ini termasuk kawalan untuk bersosial dan juga kawalan bergerak.
- Mengaut kekayaan dengan sesuka hati
Perasaan simpati yang ditarik daripada bakal rekrut. Taat patuh tanpa membantah,dan tidak pula mampu untuk mengenalpasti ke mana dana itu dialirkan,sama ada kepada kantung poket pimpinan atau untuk "negara" mereka itu. Ummat dijanjikan dengan mengikut kefahaman mereka seperti "daulah sudah hampir","futuh" dan sebagainya.
[Sunting] Faktor-faktor Kemunculan OAS
Kemunculan OAS dan penyertaan seorang individu ke dalam sesuatu OAS adalah sangat berkaitan dengan sifat "keanti-sosialan" yang ada pada individu berkenaan. Orang yang berkenaan mungkin tidak puas hati ataupun tidak dapat menerima suasana sosial yang dihadapinya. Contohnya, oleh kerana pengalaman sosial yang pahit (seperti ditindas orang), seseorang mungkin akan membentuk satu sikap yang sinis terhadap keseluruhan masyarakat dan lambat laun beliau mungkin bersikap anti-sosial apabila sikapnya yang salah itu tidak dibaiki dengan segera. Sikap Anti-Sosial akhirnya akan mendorong seseorang untuk menubuhkan OAS ataupun menyertai sesuatu OAS sebagai satu bentuk protes ataupun satu cara menyelamatkan diri.
Selain itu, kemunculan OAS juga berkaitan dengan Pemikiran Sihir. Pemikiran sihir di sini merujuk kepada pemikiran seseorang yang mempunyai orientasi ke arah mengaitkan fenomena fizikal dengan unsur-unsur alam ghaib. Mereka yang berpemikiran sihir adalah senang dipengaruhi oleh OAS, kerana ia bersesuaian dengan pengucapan ghaib dalam OAS.
[Sunting] Senarai Organisasi Ajaran Sesat di Malaysia
Diantara ajaran sesat yang diwartakan di Malaysia adalah seperti berikut:-
- Nasrul Haq
- Budi Suci
- Al-Watan
- Budi Suci Sejati
- Jawa Faradin
- Silat Sunda Pukulan Ghaib
- Tusuk Hikmat
- Ilmu Kebatinan
- Potong Maya
- Naluri
- Kaula
- Haqqullah Syahadah
- Rampai
- Wali Suci
- Kalimat Sakti
- Silat Pukulan Jarak Jauh
- Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
- Zikir Sha`ban Islam Haq
- Asal Wujud Garis Laksmana
- Al-Ma`zat
- “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
- Ilmu Kebatinan
- Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
- Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
- Kumpulan Ikhwan/al-Mas
- Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
- Mohd Nordin Putih
- Nasrun S.T.Qahar
- Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
- Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
- Wali Sembilan
- Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
- Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
- Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
- Al-Arqam
- Golongan Anti Hadis
- Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali #juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
- Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
- Ajaran Hj.Kadar Ahmad
- Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
- Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
- Tarikat Mufaridiah
- Ajaran Hassan Anak Rimau
- Tarikat Aurad Ismailiah
- Ajaran Martabat Tujuh
- Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
- Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
- Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
- Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
- Ajaran Mohd Nor Seman
- Ajaran Ayah Pin
- Ajaran Bahai
- Al-Ma`unah
- Ajaran Azhar Wahab
- Ajaran Hj.Banuar