RTM 1
Dari Wikipedia bahasa Melayu
RTM 1 ataupun Radio Television Malaysia 1 (RTM) merupakan saluran televisyen 1 dan dimiliki oleh kerajaan Malaysia. RTM 1 mula dilancarkan pada 28 Disember 1963 dan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. TV1 menawarkan program pendidikan dan maklumat tempatan serta hiburan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
RTM 1, juga dipanggil TV 1, telah dilancarkan kembali dengan imej dan nama baru oleh Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada 4 Ogos 2004. Pada 2004 dikenali sebagai Saluran Infotainmen Anda (dulu Saluran Perdana). Semasa ulangtahun RTM ke-60 ia dikenali sebagai Saluran Inforia.
Sebagai sebuah badan penyiaran kerajaan, elemen-elemen seperti seks dan keganasan akan tetap dikawal.
Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM, merupakan usaha bagi memupuk nilai murni yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV 1 yang baru ini. Selain itu, TV 2 juga turut menerima imej dan nama baru pada 20 Ogos 2004.
Pada 1 April 2006, TV1 menukar slogan kepada Saluran Inforia dan dinamakan RTM1. Pertukaran slogan daripada Saluran Infotaimen Anda kepada Saluran Inforia ialah dengan aliran polisi kerajaan untuk mengunakkan Bahasa Melayu dengan betul. Infotaimen dianggap sebagai Bahasa Melayu (sebagai infotaimen adalah satu penggabungan dengan informasi dengan entertaiment (hiburan), salah satu perkataan bahasa Inggeris).
Sebagai sebuah jabatan kerajaan yang bukan berunsur keuntungan kepada tidak tertakluk kepada tekanan perdagangan, RTM1 adalah sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Siaran harian bermula 5 minit sebelum Azan Subuh di antara 5:45 pagi dan berakhir pada jam 2:00 pagi. Siaran RTM1 bersiaran 24 jam sehari pada bulan Ramadan.
Buat masa ini, RTM1 bersiaran dalam VHF (Frekuensi Lebih Tinggi) Gelombang ke-III. Walau bagaimana pun, RTM 1 masih bersiaran dalam VHF Gelombang pertama di kawasan luar. Di Lembah Kelang, saluran VHF ialah 5.
RTM 1 juga didapati dalam Astro dan MiTV dalam Saluran 1.
[Sunting] Alamat
Jabatan Penyiaran
Kementerian Penerangan Malaysia
Angkasapuri, 50614 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: 03-22825333
[Sunting] Pautan luar
[Sunting] Lihat juga
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |
Saluran televisyen percuma di Malaysia |
RTM1 | RTM2 | TV3 | 8TV | ntv7 | TV9 |