Senjata nuklear
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Senjata nuklear adalah senjata yang mendapat tenaga dari reaksi nuklear dan mempunyai kuasa pemusnah yang besar - sebiji bom nuklear mampu memusnahkan sebuah bandar. Senjata nuklear telah digunakan hanya dua kali dalam pertempuran - semasa Perang Dunia II oleh Amerika Syarikat terhadap bandar Jepun, Hiroshima and Nagasaki.
Kuasa nuklear yang diistihar adalah Amerika Syarikat, Russia, United Kingdom, Perancis, Republik Rakyat China, India dan Pakistan. Selain itu, negara Israel dipercayai mempunyai senjata nuklear, walaupun tidak diuji dan Israel enggan mengisytiharkan sama ada ia memiliki senjata nuklear ataupun tidak. Lihat senarai negara dengan senjata nuklear untuk lebih terperinci.
Senjata nuklear kini dapat dilancarkan melalui pelbagai cara seperti melalui kapal terbang pengebom, peluru berpandu, peluru berpandu balistik, dan peluru berpandu balistik antara benua.