Suku Madura
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Suku Madura |
---|
Jumlah penduduk |
2004: Lebih kurang 10 juta |
Kawasan dengan jumlah penduduk yang besar |
Madura: 4 juta Jawa Timur daratan: 4 juta |
Bahasa |
Bahasa Madura, bahasa Jawa, dan bahasa Indonesia. |
Agama |
Sebahagian besar Islam, dan sebahagian minoriti yang beragama Kristian |
Kelompok etnik terdekat |
Suku Jawa dan suku Melayu |
Suku Madura di Indonesia jumlahnya kira-kira 10 juta orang. Mereka berasal dari Pulau Madura dan pulau-pulau sekitarnya, umpamanya Gili Raja, Pulau Sapudi, Pulau Raas, dan Kangean. Selain itu, mereka juga tinggal di bahagian timur Jawa Timur, dari Pasuruan hingga ke Banyuwangi utara, serta di provinsi-provinsi lain seperti Sampit dan Sambas di Kalimantan. Orang Madura di Situbondo serta Bondowoso dan Probolinggo timur jumlahnya paling banyak, dan jarang berbahasa Jawa.
Orang Madura umumnya adalah orang yang suka merantau kerana keadaan wilayahnya yang tidak baik untuk bertani. Mereka suka berdagang dan merupakan golongan dominan di pasar-pasar. Selain itu, banyak juga yang bekerja sebagai nelayan, buruh, serta pengumpul besi terpakai dan rongsokan, antara lain.
Suku Madura terkenal kerana gaya perbualan mereka yang terus terang serta sifat yang keras dan mudah tersinggung, tetapi mereka juga dikenali kerana berjimat cermat, berdisiplin, dan rajin bekerja. Orang Madura, walaupun jika miskin, pasti menguntukkan sedikit wang supaya dapat naik haji. Selain itu, mereka dikenali mempunyai tradisi Islam yang kuat, sekalipun kekadang melakukan upacara amal Pethik Laut atau Rokat Tasse (sama dengan Larung Sesaji).
Bangga kendiri juga amat penting dalam kehidupan orang Madura. Mereka mempunyai sepatah peribahasa "Lebbi Bagus Pote Tollang, atembang Pote Mata" yang membawa pengertian "lebih baik mati (putih tulang) daripada malu (putih mata)". Tradisi pertarungan carok juga berasal daripada sifat itu.
[Sunting] Lihat juga
- Bahasa Madura
- Pulau Madura
- Sate Madura