Ujian Kemahiran dalam Bahasa Jepun
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Ujian Kemahiran dalam Bahasa Jepun | |
---|---|
Kanji | 日本語能力試験 |
Hiragana | にほんごのうりょくしけん |
Katakana | ニホンゴノリョウクシケン |
Rōmaji | Nihongo nou ryoku shiken |
Ujian Kemahiran dalam Bahasa Jepun atau Japanese Language Proficiency Test (singkatan: JLPT) adalah sebuah ujian standard yang digunakan untuk menilai kemahiran seseorang dalam Bahasa Jepun (mendengar, membaca, dan menulis). Ujian ini dicipta pada tahun 1984 akibat permintaan meningkat dari penutur-penutur Jepun bukan asli (non-native speakers) untuk didirikan sebuah sistem ujian yang diiktiraf di dunia untuk menilai kemampuan mereka dalam bahasa Jepun. Sehingga tahun 2003, ujian JLPT merupakan salah satu keperluan untuk pelajar-pelajar bukan Jepun layak memasuki universiti-universiti di Jepun. Namun kini, ujian JLPT digantikan dengan ujian Examination for Japanese University Admission for International Students (EJU) untuk maksud tersebut.
Ujian JLPT dikelolakan oleh Japan Educational Exchanges and Services (JEES) di dalam Jepun dan Japan Foundation di luar Jepun. Sehingga tahun 2004, ujian JLPT ditawarkan dikelolakan oleh lebih 40 buah negara termasuk Jepun.
Ujian ini dibahagi kepada empat peringkat kemahiran, terdiri daripada peringkat 1 (tahap kemahiran penutur asli) hingga peringkat 4 (peringkat terendah yang boleh dicapai setelah 150 jam belajar). Kata-kata perbendaharaan yang dipelajari di peringkat 4 sama seperti apa yang dipelajari di awal sekolah rendah, peringkat 3 di perakhiran sekolah rendah, peringkat 2 hingga sekolah menengah dan peringkat 1 lebih kurang kemahiran seorang graduan sekolah tinggi.
Ujian JLPT berlangsung setiap hari Ahad pertama di bulan Disember. Ujian akan datang akan berlangsung pada 3 Disember 2006.
[Sunting] Pautan luar
- Hompej JEES Japanese Language Proficiency Test
- Projek JLPT Kanji menyediakan tools untuk membantu pelajar mempelajari Tulisan Kanji dan kata perbendaharaan untuk JLPT
- Mengenai ujian Japanese Language Proficiency Test