ON AMAZON:



https://www.amazon.com/Voice-Desert-Valerio-Stefano-ebook/dp/B0CJLZ2QY5/



https://www.amazon.it/dp/B0CT9YL557

We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Parti Tindakan Demokratik - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Parti Tindakan Demokratik

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Parti Tindakan Demokratik
Ketua Karpal Singh
Lim Kit Siang
Lim Guan Eng
Diasaskan Oktober 1965
Ibu pejabat No 24, Jalan 20/9
Paramount Garden, 46300
Petaling Jaya
Selangor
Ideologi/pendirian
politik rasmi
Demokrasi sosial
Keadilan sosial
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Other countries · Atlas
 Portal Politik
view  bincang  sunting


Parti Tindakan Demokratik (DAP: Democratic Action Party) adalah parti serpihan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP: People's Action Party) di Singapura yang diasaskan pada Oktober 1965 sebelum didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian sebagai salah satu parti politik Malaysia, pada 18 Mac 1966. Parti Tindakan Demokratik (DAP) berfungsi sebagai sebuah parti demokratik sosial yang "berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen." (Pengisytiharan Setapak, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967).

Pada Ogos 1966, lidah rasmi parti iaitu Roket diterbitkan buat pertama kali.

Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Socialist International (SI) di Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland.

DAP mencapai pencapaian tertinggi pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 ketika berjaya menembusi kubu kuat BN di Pulau Pinang. DAP berjaya menewaskan Gerakan di semua parlimen yang ditandingi parti komponen BN itu. Pada 10 Mac 2008, Lim Guan Eng diambil sumpahnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang keempat, menewaskan Pemangku Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon

Senarai kandungan

[sunting] Sejarah penubuhan

DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu . Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1966, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1966, tahun yang sama.

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditingalkkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.

Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia.

Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Negeri Rahang dari parti Perikatan telah meninggal dunia. Dr Chen Man Hin selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.[1]

[sunting] Tabung Amanah Sosialis Demokratik

Devan Nair mengumumkan penubuhan Tabung Amanah Sosialis Demokratik pada 19 April 1966 dengan tujuan menyokong kewangan parti dalam pilihan raya dan memenuhi harapan dan aktiviti sosialisme demokratik. Ahli Jawatankuasa tabung ini ialah Devan Nair, Chen Man Hin, Goh Hock Guan dan Dr Seevaranam. Tabung ini berjaya mengumpul bantuan kewangan dari masyarakat Cina bandar. Ekoran itu juga banyak cawangan DAP ditubuhkan di seluruh negara kerana mempunyai kewangan yang kukuh.

[sunting] Kebangkitan Lim Kit Siang

Ketika inilah munculnya Lim Kit Siang selaku pembantu kepada Devan Nair . Namanya terus popular kerana lantang mengkritik dasar lemah lembut yang diamalkan oleh MCA. Lim kit Siang muncul dalam surat-surat khabar Cina pada 20 Mei 1967 dan sejak itu bidasan-bidasan Lim Kit Siang terhadap dasar patriotik MCA tersiar dalam kebanyakan surat khabar Cina.

Pada Ogos 1966, lidah rasmi parti iaitu Rocket diterbitkan buat pertama kali. Lim kit Siang selaku ahli Exco DAP telah menggunakan Rocket mengecam MCA yang mengikut telunjuk UMNO. Lim Kit Siang juga selalu mencabar pemimpin-pemimpin UMNO yang mahu mengekalkan semua artikel dalam Perlembagaan Persekutuan. Sedangkan Lim Kit Siang mahu Malaysia mengamalkan dasar 'Malaysian Malaysia' iaitu satu dasar yang selaras dengan prinsip sosialis. Baginya masalah masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum , tidak bersatu dan miskin hanya dapat diselesaikan melalui dasar ini. Masyarakat Cina bandar amat tertarik dengan slogan yang diwarwarkan oleh Lim Kit Siang ini dan dibuktikan melalui Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Lim Kit Siang menang di parlimen Kota Melaka pada 1969.

[sunting] Pengunduran Devan Nair

Devan Nair merupakan ahli parlimen tunggal PAP di kawasan Bangsar, Selangor , berdekatan dengan Kuala Lumpur . Apabila beliau menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 , Devan Nair telah menetap di Kuala Lumpur. Pada 30 Julai 1967, Devan Nair menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kebangsaan DAP. Majlis terpaksa menerima keputusan Devan Nair dan setuju melantik Naib Setiausaha Agung memangku jawatan Setiausaha Agung.

Sebenarnya Devan Nair tidak berhasrat tinggal lama di Malaysia. Beliau telah dijemput oleh Lee Kuan Yew untuk menjadi Presiden Singapura . Tawaran itu tentulah tidak dapat ditolak oleh beliau begitu sahaja walaupun beliau dilahirkan di Melaka.

K.S Das selaku pengerusi DAP Johor Bahru telah dipilih sebagai Naib Setiausaha dan Daing Ibrahim sebagai Naib Setiausaha Kedua. Mesyuarat agung itu juga menerima Pengisytiharan Setapak seabagai panduan kepada halatuju DAP pada masa hadapan. Pengisytiharan Setapak telah diadakan pada 29 Julai 967 dan merupakan Persidangan Kebangsaan DAP yang pertama.

[sunting] Pakatan sosialis antarabangsa

Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia membentuk Socialist International (SI) dalam Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland. Pihak keselamatan Malaysia melihat kehadiran DAP di Zurich ini dengan hati-hati kerana sosialis 'adik' kepada komunis.

[sunting] Mesyuarat Agung DAP pertama

DAP mengadakan mesyuarat agung Perwakilan DAP yang pertama pada 17 Mac 1968 di Kuala Lumpur. Lebih 200 wakil dari 37 cawangan DAP di seluruh negara telah hadir.

Hasilnya satu jawatankuasa pusat DAP telah ditubuhkan . Ahli-ahlinya adalah semua ahli-ahli jawatankuasa penaja.

Semenjak Devan Nair mengundurkan diri dari pucuk pimpinan DAP, Dr Chen Man Hin dan Goh Hock Guan tidak henti-henti mengunjungi semua cawangan di seluruh negara bagi mengukuhkan keahlian DAP dan meningkatkan kerjasama sesama ahli . Sehingga MAC 1969, DAP berjaya menubuhkan 65 cawangan di Malaysia.


[sunting] Pemimpin DAP ditahan ISA

Kelantangan Lim Kit Siang dan lain -lain pemimpin DAP menyebabkan mereka ditahan oleh polis dan sesetengahnya ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada 1969 Lim kit Siang ditahan tanpa bicara selama 18 bulan di bawah ISA. Pada 1979 sekali lagi beliau ditahan kerana mendedahkan perjanjian senjata antara kerajaan Malaysia dengan syarikat Switzerland.

Tahun 1987 , Lim Kit Siang dan lain-lain telah ditahan dalam 'Operasi Lalang' selama dua tahun kerana mengancam keselamatan negara. Keberanian dan keikhlasan perjuangan Lim Kit Siang menyebabkan beliau sukar disanggah oleh pemimpin bawahan. Perjuangan DAP dianggap sama dengan perjuangan Lit kit Siang dan ini tidak baik untuk kelangsungan sesebuah parti politik.

[sunting] Pakatan pembangkang 1969

DAP lebih bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Dr Chen Man Hin dan lain-lain pemimpin setuju bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina pakatan bagi menghadapi Perikatan . DAP telah bekerjasama dengan secara langsung dan tidak langsung dengan parti Gerakan , Parti Progresif Rakyat dan PAS tentang pembahagian kerusi semasa pilihan raya 1969. Prinsip yang dipakai ialah hanya satu calon pembangkang berlawan dengan Perikatan. Dato Mohd Ari selalu Presiden PAS bersedia bekerjasama dengan DAP ini tindakan ini mengejutkan tokoh-tokoh politik.

DAP telah meletakkan 23 calon parlimen dan 48 calon untuk Dewan Undangan Negeri . Hasil kerjasama pembahagian kerusi ini cukup menguntungkan DAP kerana DAP berjaya merebut 13 kerusi Parlimen dan 31 buah kerusi Dewan Undangan Negeri. DAP memperolehi 11.9 peratus daripada jumlah undi sah yang dibuang dan merupakan pencapaian yang cukup membanggakan. Hasil pakatan DAP dan PAS ini menyebabkab Perikatan gagal mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang dan gagal membentuk kerajaan mutlak di Perak dan Selangor.

Parti Gerakan ( sewaktu itu pembangkang) telahpun mengadakan kerjasama dengan PAS.

[sunting] Pilihan raya 1978

Kerjasama antara PAS dan DAP diadakan secara tidak langsung . Biasanya PAS akan bertanding sebagai pemecah undi di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu. Dikatakan pengundi Melayu akan mengundi calon PAS. Pengundi Cina terpaksa memilih calon DAP atau calon MCA. Biasanya calon DAP lebih beruntung.

Dalam pilihan raya 1978, parti PAS 'menghadiahkan' kawasan parlimen Damansara , Bukit Mertajam dan Beruas serta DUN Gopeng kepada DAP. DAP pula membantu PAS memdapatkan kawasan Kuala Kurau di Perak.

[sunting] Pilihan raya 1990

DAP telah berpakat dengan parti pembangkang seperti Semangat 46, PSRM, HAMIM dan PAS. Tetapi kerjasama ini tidak begitu berjaya kerana perbezaan ideologi yang ketara antara DAP dengan PAS dan Semangat 46. Pemimpin PAS dan DAP sering berdolak-dalik dalam menentukan hubungan yang bakal dimetri menjelang pilihan raya.

Pengundi Cina tidak dapat menerima kerjasama antara DAP dengan PAS . Akibatnya DAP hanya mendapat 10 kerusi parlimen sahaja. Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kubu kuat mereka di Pulau Pinang.

[sunting] Pilihan raya 1995

Dalam pilihan raya 1995, DAP menang 9 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN.

[sunting] Pilihan raya 1999

Dalam pilihan raya 1999 , DAP menang 10 kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN. Lim Kit Siang dikalahkan pertama kali dalam pilihan raya umum 1999 sejak beliau bertanding dalam pilihan raya.

[sunting] Pilihan raya 2004

Pilihan raya 2004 menyaksikan DAP menang di 12 kawasan Parlimen. Lim Kit Siang menang mudah di kawasan Ipoh Timur. Begitu juga dengan Karpal Singh di Pulau Pinang.

[sunting] Pilihan raya 2008

DAP kini diketuai Setiausaha Agung, Lim Guan Eng. Lim merupakan anak kepada Setiausaha Agung sebelumnya, Lim Kit Siang. DAP terkenal dengan Karpal Singh, seorang peguam yang berani menentang Mahkamah Malaya. DAP dan PAS akur dengan Anwar Ibrahim selaku penasihat Parti Keadilan Rakyat agar hanya satu calon pembangkang bertanding menentang Barisan Nasional.

Sejak 1995 , matlamat DAP lebih realistik iaitu mengurangkan majoriti 2/3 yang dibolot oleh Barisan Nasional. Projek Tanjung I, II dan III gagal menguasai Pulau Pinang malah pengundi Cina terhadap DAP semakin merosot di Pulau Pinang. Projek Tanjung IV tidak dilancarkan kerana Tanjung IV bermaksud 'Tanjung mati ' dalam bahasa Cina. Tetapi sindiran Lim Kim Yaik itu ternyata meleset.

[sunting] Kawasan Parlimen yang dimenangi DAP

Nama Kawasan Nama Calon Undi diperolehi Majoriti
P043 - Bagan Lim Guan Eng 33,748 22,070
P045 - Bukit Mertajam Chong Eng 27,817 5,767
P046 - Batu Kawan P.Ramasamy A/L Palanisamy 23,067 9,485
P048 - Bukit Bendera Liew Chin Tong 31,243 16,112
P049 - Tanjong Chow Kon Yeow 28,248 18,489
P050 - Jelutong Ooi Chuan Aun 30,493 16,246
P051 - Bukit Gelugor Karpal Singh A/L Ram Singh 35,140 21,015
P060 - Taiping Nga Kor Ming 28,098 11,298
P064 - Ipoh Timur Lim Kit Siang 37,364 21,942
P065 - Ipoh Barat M.Kulasegaran A/L V.Murugeson 32,576 15,534
P066 - Batu Gajah Fong Po Kuan 39,922 24,627
P068 - Beruas Ngeh Koo Ham 15,831 1,828
P076 - Telok Intan Manogaran A/L Marimuthu 18,486 1,470
P102 - Serdang Teo Nie Ching 47,444 21,025
P103 - Seri Serdang Gobind Singh Deo 35,079 12,593
P106 - Petaling Jaya Utara Pua Kiam Wee 37,851 19,972
P110 - Klang Charles Anthony A/L R. Santiago 37,990 17,701
P114 - Kepong Tan Seng Giaw @ Tan Chun Tin 35,552 23,848
P117 - Segambut Lim Lip Eng 25,046 7,732
P120 - Bukit Bintang Fong Kui Lun 26,811 14,277
P122 - Seputeh Teresa Kok Suh Sim 47,230 36,492
P123 - Cheras Tan Kok Wai 39,253 28,300
P128 - Seremban John A/L Fernandez 32,970 3,948
P130 - Rasah Loke Siew Fook 34,271 13,151
P138 - Kota Melaka Sim Tong Him 38,640 11,390
P145 - Bakri Er Teck Hwa 21,051 722
P172 - Kota Kinabalu 4. Hiew King Cheu 9,464 106
P195 - Bandar Kuching Chong Chieng Jen 22,901 9,952

[sunting] Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Perak

  • DAP memenangi kerusi DUN di Pulau Pinang(19), Perak (18), Selangor(13), Negeri Sembilan (10) , Melaka(5), Johor (4), Pahang (2), Kedah (1) dan Sabah (1).

DAP berjaya membentuk kerajaan campuran di Pulau Pinang dengan kerjasama PKR dan Lim Guan Eng dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Malah DAP akan menjadi Menteri Besar Perak jika mendapat perkenan/budi bicara Sultan Perak yang mana Sultan Perak mempunyai hak mengetepikan salah satu atau kedua-dua syarat yang terdapat pada Perlembagaan Negeri Perak yang mensyaratkan seorang Menteri Besar Perak seorang Melayu dan beragama Islam.

[sunting] Letak jawatan

Sepanjang tahun 1969 hingga 1982, hampir 28 ahli DAP telah menarik diri atau dipecat dari parti itu dengan pelbagai alasan. Antaranya ialah Pengerusi DAP Selangor iaitu Goh Hock Guan . Pada 1972 Richard Ho selaku ahli Parlimen Sitiawan telah meletakkan jawatan.

Perdebatan berlaku antara Lee Lam Thye dengan Lee Kim Sai hingga hampir-hampir berlaku Pilihan Raya Kecil kawasan Seputeh. Lee Lam Thye merupakan seorang pemimpin yang sederhana dan banyak bekerja untuk orang ramai di kawasan Menglembu, ipoh , Perak. Lee Lam Thye pernah mengikuti rombongan Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Tembok Besar China dan melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri China. Akhirnya Lee Lam Thye meletakkan jawatan dari kepimpinan DAP.

Pada Februari 2008, ahli parlimen Batu Gajah iaitu Fong Foo Kuan merajuk dengan kepimpinan DAP Perak. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Lim Kit Siang telah menang di kawasan Ipoh Timur. Tindakan Lim Kit Siang yang asyik berpindah-randah kawasan hanya membuktikan beliau diterima di seluruh negara tetapi gagal menjiwai permasalahan rakyat tempatan.

DAP tidak bebas daripada kritikan politik keluarga. Anak Karpal Singh iaitu Gobind Singh Deo telah bertanding di parlimen negeri Johor. Anak Lim Kit Siang iaitu Lim Guan Eng telah dilantik menjadi Setiausaha Agung DAP dan akan bertanding di Pulau Pinang. Sementara Betty Chew Gek Cheng telah menjadi ahli dewan undangan negeri Melaka kawasan Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka.

[sunting] Rujukan

  1. Zulkiflee Bakar ,'Sejarah Awal DAP', majalah Eksklusif, April 1990 , Penerbit Karangkraf, hlm 36,

[sunting] Pautan luar

Static Wikipedia 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Sub-domains

CDRoms - Magnatune - Librivox - Liber Liber - Encyclopaedia Britannica - Project Gutenberg - Wikipedia 2008 - Wikipedia 2007 - Wikipedia 2006 -

Other Domains

https://www.classicistranieri.it - https://www.ebooksgratis.com - https://www.gutenbergaustralia.com - https://www.englishwikipedia.com - https://www.wikipediazim.com - https://www.wikisourcezim.com - https://www.projectgutenberg.net - https://www.projectgutenberg.es - https://www.radioascolto.com - https://www.debitoformtivo.it - https://www.wikipediaforschools.org - https://www.projectgutenbergzim.com