Chua Soi Lek
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Rencana ini telah dikenal pasti sebagai satu rencana kerjasama. Marilah bersama-sama menyunting supaya ia dapat mencapai standard yang tinggi! |
Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek 蔡细历 (Cina) |
|
Naib Presiden MCA
|
|
Dalam pejabat 24 Mac 2004 – 2 Januari 2008 |
|
Menteri Kesihatan Malaysia
|
|
Dalam pejabat 24 Mac 2004 – 2 Januari 2008 |
|
Didahului oleh | Chua Jui Meng |
---|---|
Digantikan oleh | Akan dipilih |
Ahli Parlimen
untuk Labis |
|
Dalam pejabat 24 Mac 2004 – 2 Januari 2008 |
|
Didahului oleh | Tun Dr. Ling Liong Sik |
Digantikan oleh | Akan dipilih |
|
|
Lahir | 2 Januari 1947 (umur 61) Templat:Country data Johor Batu Pahat, Johor |
Parti politik | Persatuan Cina Malaysia (MCA) komponen Barisan Nasional |
Pasangan | Datin Seri Wong Sek Hin |
Pekerjaan | Doktor psikiatri |
Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (Bahasa Cina Mudah: 蔡细历; lahir 2 Januari 1947) juga dikenali sebagai Chua Kin Seng, merupakan bekas ahli politik Malaysia dari negeri Johor. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Wong Sek Hin. Mereka mempunyai tiga orang cahaya mata. [1]
Dr. Chua telah melepaskan semua jawatan politik beliau.[2]
Senarai kandungan |
[sunting] Kehidupan awal
Beliau dilahirkan di Batu Pahat. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lim Poon, kemudian Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat dan Sekolah Tinggi Muar. Beliau telah mendapat pendidikan dalam bidang perubatan (MSSB) di Universiti Malaya pada tahun 1968-1973.
Beliau telah bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Batu Pahat mulai tahun 1974. Pada tahun 1977 beliau meninggalkan tugasnya di Hospital tersebut dan berkhidmat sebagai doktor di sebuah klinik swasta.
[sunting] Politik
Beliau memulakan kerjayanya sebagai wakil rakyat apabila memenangi kerusi DUN Penggaram pada Pilihan Raya Umum 1986. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut sehingga tahun 2004.
Sepanjang kariernya sebagai ADUN, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Negeri Johor (1990-1995), Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Negeri Johor (1990-1999) dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Alam Sekitar Negeri Johor (1999-2004).
Datuk kemudiannya bertanding untuk pertama kali diperingkat Parlimen bagi kerusi Labis, yang dikosongkan oleh bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik pada pilihan raya 2004. Beliau mengalahkan calon DAP, Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi. Chua Soi Lek memperoleh 16,469 undi manakala Tee mendapat 5,740 undi.
Datuk Dr. Chua Soi Lek dilantik menjadi Menteri Kesihatan yang baru selepas kemenangannya di Parlimen Labis itu.
Sebagai seorang wakil rakyat, beliau berazam untuk terus berkhidmat untuk kebajikan rakyat dan kemakmuran negara agar rakyat dapat hidup dalam keadaan harmoni dan maju jaya.
YB. Datuk kini juga merupakan Naib Presiden MCA Kebangsaan dan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat. Y.B. Datuk merupakan Komander St. John Ambulance Johor dan Timbalan Pengerusi Lembaga Taman Endau-Rompin. Beliau turut menjadi Presiden Johor State Japanese Encphelitis.
[sunting] Aktiviti Kemasyarakatan
Dalam sukan, beliau merupakan anggota Majlis Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) bagi tempoh 2000-2003 dan Presiden Persatuan Bola Tampar Johor.
[sunting] Keluarga
Y.B. Datuk telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Wong Sek Hin sejak kira-kira 30 tahun lalu dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
[sunting] Anugerah
- 6 November 2006: Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM), yang membawa gelaran "Datuk Seri".[3][4]
[sunting] Kontroversi Skandal Seks
- Rencana utama: Isu Skandal Seks DVD Chua Soi Lek
Pada 1 Januari, 2008 di pejabat MCA Labis, Dr. Chua Soi Lek mengaku bahawa beliau merupakan lelaki dalam DVD lucah yang diedarkan di Johor, Malaysia. Wanita berkenaan merupakan kawan peribadinya - penjual bunga. Beliau tidak merakam sendiri aksi tersebut tetapi pihak lain menggunakan televisyen litar tertutup (CCTV).
Beliau telah memberi penjelasan kepada Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya pada 31 Disember 2007. Beliau turut menemui Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Presiden MCA, Ong Ka Ting. Akibat kontroversi tersebut, Dr. Chua terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Negeri Johor, Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat serta Ahli Parlimen bagi Labis.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris menggesa sesiapa yang memiliki DVD lucah tersebut menyerahkannya kepada pihak polis. Sesiapa yang memiliki DVD itu ataupun membuat salinan serta mengedarnya boleh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda atau keduaduanya sekali. [5]
[sunting] Rujukan
[sunting] Notakaki
- ^ (Jan 1, 2008). I am the one in the sex DVD, says Chua. The Star. Retrieved Jan 1, 2008.