Universiti Malaya
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Universiti Malaya | |
Moto | Ilmu Puncha Kemajuan |
Ditubuhkan | Oktober 1949 |
Canselor | Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah |
Naib-Canselor | Datuk Rafiah Salim |
Lokasi | Kuala Lumpur |
Pelajar | |
Laman web | http://www.um.edu.my/ |
Universiti Malaya ialah universiti yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah
Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya
Terdapat 2 akademi di UM, 12 fakulti dan 4 institut. UM juga mempunyai 11 buah kolej di dalam kampus iaitu Kolej Kediaman Pertama hingga Kolej Kediaman Kelapan, dan Kolej Kediaman Kesepuluh hingga Kolej Kediaman Keduabelas. Manakala di luar kampus terdapat 4 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Kesembilan, Yayasan Pelajaran Mara, Kolej Kediaman Seksyen 17 dan Kolej Kediaman Pantai Puteri. UM juga mempunyai sebuah hospital iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Moto Universiti Malaya adalah "Ilmu Punca Kemajuan".
[sunting] 100 Tahun UM
Pada 16 Jun 2005, Universiti Malaya akan mengadakan Majlis Pelancaran 100 Tahun Unversiti Malaya yang mana akan menyaksikan Universiti Malaya mengekalkan kedudukan sebagai universiti yang terulung di Malaysia dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Tarikh 16 Jun dipilih sebagai tarikh untuk melangsungkan Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun Universiti Malaya kerana pada tarikh yang sama 100 tahun yang lalu, Pentadbiran Inggeris telah meluluskan rang undang-undang Sekolah Perubatan bagi Negeri-negeri Selat. Bertitik tolak dari itulah tertubuhnya King Edward Medical College di Singapura sehingga ianya digabungkan dengan Kolej Raffles seterusnya menjadi warisan kepada tertubuhnya Universiti Malaya dan Universiti Nasional Singapura.
[sunting] Lagu Universiti
Universiti Malaya
Kebanggaan kita semua
Bertambah para ilmuan
Di pelbagai lapangan
Kami bertekad di hati
Mencapai cita murni
Tradisi kecemerlangan
Menepati wawasan
Di sini kami sedia berbakti
Terus berinovasi
Kami harapan generasi muka
Teras nusa dan bangsa
Varsiti kesayanganku
Sungguh banyak jasamu
Membentuk insan mulia
Berilmu berbudaya
[sunting] Senarai fakulti, pusat dan akademi
- Fakulti Sains
- Fakulti Kejuruteraan
- Fakulti Pergigian
- Fakulti Pendidikan
- Fakulti Sastera dan Sains Sosial
- Fakulti Perubatan
- Fakulti Bahasa dan Linguistik
- Fakulti Undang-undang
- Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
- Fakulti Perniagaan dan Perakaunan
- Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
- Akademi Pengajian Melayu
- Akademi Pengajian Islam
- Pusat Sukan[1]
- Pusat Kebudayaan
- Pusat Dialog Peradaban
- Pusat Penyambungan Pendidikan (UMCCed)
- Pusat Asasi Sains
- Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya
- Pusat Penyelidikan Bioteknologi Agrikultur (CEBAR)
- Institut Penyelidikan, Pengurusan dan Syarikat (IPPP)
- Institut Pengajian Pasca Siswazah
- Institut Asia-Eropah
- Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa (INPUMA)
- Institut Pengajian Kepengetuaan
- Institut Pengajian China (ICSUM)
[sunting] Naib-Naib Canselor Universiti Malaya
- Professor A. Oppenheim (1956 - 1965)
- Dr. JHE. Griffiths (1967 - 1968)
- Professor Diraja Dr. Ungku A.Aziz (1968 - 1988)
- Professor Dr. Syed Hussein Alatas (1988 - 1991)
- Professor Emeritus Datuk Dr. Taib Osman (1991 - 1994)
- Allahyarham Tan Sri Abdullah Sanusi Ahmad (1994 - 2000)
- Professor Dato' Dr. Anuar Zaini Md Zain ( 2000 - 2003 )
- Professor Datuk Dr. Hashim Yaacob (2003 - 2006)
- Datuk Rafiah Salim (2006 - kini )
[sunting] Alumni Tokoh-tokoh Terbilang
- YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- YB Datuk Azalina Othman Said
- Datuk Seri Rafidah Aziz
- YAB Datuk Abdul Ghani Othman
- YAB Datuk Seri Mohd Khir Toyo
- YAB Datuk Seri Adnan Yakoob
- YAB Datuk Seri Isa Samad
- YB Datuk seri Dr Chua Soi Lek
- YB Tan Sri Muhiyiddin Mohd Yassin
[sunting] Professor Emeritus
- YM Professor DiRaja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid
- YBhg. Professor Emeritus Datuk Dr. Hj. Mohd. Taib Osman
- YBhg. Professor Emeritus Tan Sri Dato' Ismail Hussein
- YBhg.Professor Emeritus Dato' Ahmad Nawawi Hj. Ayob
- YBhg.Professor Emeritus Dato' Dr. Asmah Hj. Omar
- YBhg. Professor Emeritus Dato' Dr. Khoo Kay Kim
- YBhg.Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Hj. Abdul Karim
- YBhg. Professor Emeritus Puan Sri Datin Dr. Fatimah Hamid Don
- YBhg. Professor Emeritus K.T. Joseph
- YBhg. Professor Emeritus Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem
- YBhg. Professor Emeritus Dato' Isahak Haron
- YBhg. Professor Emeritus Dato' Dr. Osman Bakar
- YBhg. Professor Emeritus Dr. C.S. Hutchison
- YBhg. Professoe Emeritus Dr. Stephen Chee Hong Chye
- YBhg. Professor Emeritus Dr. S.Singaravelu
- YBhg. Professor Emeritus Umapati Prasad
- YBhg. Professor Emeritus Datuk Delilkan Alexius Ernald
- YBhg. Professor Emeritus Dr. Ng Soon
- YBhg. Professor Emeritus Dr. Lam Khuan Leng
- YBhg. Professor Emeritus Dato' Dr. Khairuddin Mohamed Yusof
- YBhg. Professor Emeritus Datuk Abu Bakar Abd. Hamid
- YBhg. Professor Emeritus Dato' Dr. Lam Sai Kit
- YBhg. Professor Emeritus Dato' Dr. Mohd Yusoff bin Hashim
- YBhg. Professor Emeritus Dr. Lloyd Fernando
- YBhg. Professor Emeritus Y.M. Dato' Tengku Shamsul Bahrin bin Raja Ali
- YBhg. Professor Emeritus Dr. Low Kum Sang
- YBhg. Professor Emeritus Dr. Yong Hoi Sen
[sunting] Ahli-Ahli Fakulti Terbilang
- Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid
- Wang Gungwu, bekas Professor Sejarah di Jabatan Sejarah (meninggalkan UM pada 1968). Prof. Wang ketika ini memegang jawatan sebagai Pengarah di East Asian Institute, National University of Singapore.
- Khairuddin Mohamed Yusof, bekas Professor di Universiti Malaya and juga bekas Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Hospital. Beliau bersara pada 1997 dan dianugerahkan kehormatan Emeritus oleh Universiti Malaya. Professor Emeritus Dato’ Paduka Dr. Khairuddin bin Mohamed Yusof ketika ini memegang jawatan sebagai Pengarah Telemedicine Malaysia (World Care Inc)
- Khoo Kay Kim, bekas Professor Sejarah di Jabatan Sejarah. Bersara pada 2001, dan dianugerahkan kehormatan Emeritus oleh Universiti Malaya.
- Jomo Kwame Sundaram, bekas Professor di Fakulti Economi dan Pentadbiran (meninggalkan UM pada 2004). Prof. Jomo ketika ini memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Setiausaha untuk pembangunan ekomomi di PBB.
- Ho Peng Yoke, bekas Professor di Jabatan Pengajian China. Prof. Ho ketika ini memegang jawatan sebagai Pengarah Emeritus di Needham Research Institute, Cambridge.
- Terence Edmund Gomez, Professor Madya di Fakulti Economi dan Pentadbiran. Ketika ini beliau ialah antara 6 penyelaras penyelidik di United Nations Research Institute for Social Development (UNRISD).
[sunting] Kontroversi
Universiti ini berada di tempat ke-89 pada tahun 2004, dan jatuh secara drastik ke tempat ke-169 pada tahun 2005, seterusnya ke tempat ke-192 pada tahun 2006 dalam ranking universiti dunia yang dikeluarkan oleh THES. Pada tahun 2007 universiti ini gagal memasuki senarai 200 terbaik.