ON AMAZON:



https://www.amazon.com/Voice-Desert-Valerio-Stefano-ebook/dp/B0CJLZ2QY5/



https://www.amazon.it/dp/B0CT9YL557

We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Penerbangan Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Penerbangan Malaysia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Penerbangan Malaysia
ڤنربڠن مليسيا
Malaysia Airlines
IATA
MH
ICAO
MAS
Pengenalan
MALAYSIAN
Penubuhan 1947 (sebagai Malayan Airways)
Hab Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Bandar tumpuan/Hab kedua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Program frequent flyer Enrich oleh Malaysia Airlines
Grads
Lobi ahli Golden Lounge
Bilangan pesawat 85 termasuk 6 pesawat kargo
Destinasi 112[1]
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh Idris Jala (Pengarah Urusan)
Laman web: http://www.malaysiaairlines.com/

Malaysia Airlines (Singkatan: MAS, 马航; Melayu: Penerbangan Malaysia; Cina: 马来西亚航空公司; Pinyin: Mǎ lái xī yà háng kōng gōng sī; Tamil:மலேசியா ஏர்லைன்ஸ்;) merupakan syarikat penerbangan Malaysia yang mempunyai lebih 100 destinasi di seluruh dunia. Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan charter. Hub utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dijadikan sebagai hub kedua.[2]

Syarikat ini merupakan salah satu daripada 6 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax Selain Asiana Airlines, Cathay Pacific, Qatar Airways, Singapore Airlines dan Kingfisher Airlines. Malaysia Airlines telah diberi kredit oleh IATA melalui IATA Operational Audit kerana perlaksanaan keselamatan operasinya.[3]


Senarai kandungan

[sunting] Sejarah

Pesawat Boeing 777-200ER(9M-MRJ) Malaysia Airlines
Pesawat Boeing 777-200ER(9M-MRJ) Malaysia Airlines
Rencana utama: Sejarah Penerbangan Malaysia

Pada 12 Oktober 1937, sebuah syarikat perkapalan enjin stim singapura yang berpusat di Liverpool dan Imperial Airways telah mengahtanr permohonan kepada kerajaan penjajah di Pulau Pinang dan Singapura untuk memulakan penerbangan berjadual yang menghubungkan kedua-dua bandar ini. Malayan Airways Limited (MAL) telah ditubuhkan namun perkhidmatan berbayar untuk penumpang yang pertama sekali hanya dapat diperkenalkan 10 tahun kemudiannya pada 2 Febuari 1947 dan penerbangan sulung yang hanya membawa 5 orang penumpang ini adalah untuk ke KUala Lumpur, bukan Pulau Pinang. Dalam tahun yang sama, MAL meluaskan operasi penerbangannya ke Jakarta, Medan, Palembang dan Saigon daripada hub utamanya di Singapura.

Pada tahun 1957, syarikat penerbangan ini dijadikan syarikat milik kerajaan. Dengan ketibaan pesawat Bristol Britannia yang mampu membawa 84 penumpang pada tahun 1960, syarikat penerbangan ini memulakan operasi jarak jauh pertamanya ke Hong Kong.

Apabila negara Malaysia ditubuhkan, nama syarikat ini ditukar kepada Malaysian Airways Limited pada November 1963. Kemudian, apabila Singapura berpisah daripada Kesatuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, kerajaan Malaysia dan Singapura mengambil alih saham majoriti daripada BOAC dan pemegang saham yang lain dan syarikat ini bertukar nama menjadi Malaysia-Singapore Airlines.

Selepas 20 tahun memulakan operasinya, syarikat ini telah menggunakan pelbagai jenis pesawat seperti Comet IV, enam Fokker F27, lapan Douglas DC-3 dan dua Twin Pioneers dan mempunyai tenaga kerja seramai 2,400 orang. Pada 3 April 1971, syarikat penerbangan ini dibahagikan kepada dua syarikat, iaitu Singapore Airlines dan Malaysia Airlines Systems (MAS). Menjelang tahun 1972, MAS telah meluaskan operasi kepada lebih 34 destinasi domestik dan enam destinasi antarabangsa.

Pada 15 Oktober 1987, nama perdangangan syarikat ini ditukar kepada Malaysia Airlines.

[sunting] Maklumat Korporat

Pesawat Boeing 747-400 milik Malaysia Airlines
Pesawat Boeing 747-400 milik Malaysia Airlines

Malaysia Airlines telah disenaraikan dalam Bursa Malaysia di bawah nama Malaysian Airlines System berhad. Ibu syarikatnay adalah Penerbangan Malaysia Berhad. Syarikat penerbangan ini telah mengalami kerugian selama beberapa tahun akibat kenaikan harga minyak dan pengurusan yang tidak cekap. Kerajaan Malaysia telah merombak operasi syarikat penerbangan ini dan Idris Jala telah dilantik sebagai CEO yang baru pada 1 Disember 2005. Di bawah kepimpinan beliau, Malaysia Airlines telah membentangkan Business Turnaround Plan (BTP) pada Febuari 2006 yang telah mendedahkan kekurangan hasil, rangkaian yang tidak berkesan dan tahap produktiviti staff yang rendah. Bangunan ibu pejabat Malaysia Airlines yang pernah dijadikan hiasan pada wang kertas RM20 pada suatu masa dahulu telah dijual. Ibu pejabat korporat Malaysia Airlines kini terletak di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor.

Saham syarikat penerbangan ini dipegang oleh Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) (64.43%), Employees Provident Fund Board (10.72%), Amanah Raya Nominees (Tempatan) Sdn Bhd (5.69%), State Financial Secretary Sarawak (2.71%) dan Warisan Harta Sabah (2.4%). Syarikat ini mempunyai 19,546 kakitangan pada Mac 2007.

[sunting] Badan-badan Naungan

Malaysia Airlines mempunyai lebih 20 badan naungan dan badan bersekutu termasuk:

Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd.[4]
MASkargo
MASkargo
Malaysia Airlines Cargo Sdn Bhd merupakan divisyen pengendalian kargo Malaysia Airlines dan dikenali secara komersil dengan nama MASkargo. Badan ini merupakan syarikat penerbangan kargo berpusat di Pusat Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
MAS Aerotechnologies Sdn. Bhd.
MAS Aerotechnologies Sdn Bhd ataupun dikenalis ebagai MAS Aerospace Engineering merupakan divisyen kejuruteraan dan penyelenggaraan di bawah Malaysia Airlines. Badan ini juga dikenali sebagai Malaysia Airlines' Engineering and Maintenance Division. Badan ini menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan pesawat, perkhidmatan calibration, latihan kejuruteraan & penyelenggaraan, dan bantuan kejuruteraan & penyelenggaraan kepada pelanggannya, termasuk KLM Royal Dutch Airlines, Garuda Indonesia dan Royal Brunei Airlines.
MAS Academy Sdn. Bhd.
MAS Academy Sdn Bhd merupakan pusat latihan bagi para pekerja Malaysia Airlines. Akademi tersebut juga menawarkan latihan kepada organisasi-organisasi lain dalam operasi penerbangan dan juga sektor-sektor yang berkaitan.
MAS Golden Holiday Sdn. Bhd.
Golden Holidays
Golden Holidays
MAS Golden Holiday Sdn Bhd merupakan satu divisyen dalam Malaysia Airlines. Dikenali sebagai Golden Holidays, divisyen ini bertanggungjawab untuk pemasaran dan penjualan pakej percutian Malaysia Airlines.
Firefly
Firefly
Firefly
Rencana utama: Firefly
Firefly merupakan sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang berada di bawah naungan Malaysia Airlines, tetapi diselia oleh Flyfirefly Sdn Bhd. Syarikat penerbangan ini menawarkan perkhidmatan penerbangan dua kali sehari dari hub utamanya, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Kota Bharu, Langkawi, Kuantan, Kuala Terengganu, dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Selain itu, Firefly juga menawarkan perkhidmatan penerbangan antarabangsa dari Pulau Pinang ke Phuket dan Ko Samui di selatan Thailand.[5][6]
MASwings
MASWings
MASWings
Rencana utama: MASWings
MASwings merupakan satu badan naungan yang baru ditubuhkan oleh Malaysia Airlines. Syarikat ini telah mengambil alih perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak daripada FlyAsianXpress. MASwings bercadang untuk membeli 10 pesawat ringan ATR 72-500 untuk menggantikan 9 Fokker 50 yang sedang beroperasi. Syarikat ini juga akan menggantikan pesawat DHC-6-300 Twin Otter kepunyaannya dengan model "Series 400" yang terbaru.[7]

[sunting] Imej Korporat

Seragam Pramugari - Sarong Kebaya
Rekaan Sarong Kebaya ini telah diperkenalkan pada 1 Mac 1986. Seragam ini telah direka oleh Fakulti Fesyen Institut Teknologi MARA, yang kini dikenali sebagai Universiti, Teknologi MARA. Corak batik yang digunakan menggambarkan motif kelerai ataupun anyaman buluh. Corak ini menjadi latar belakang dan bersatu dengan warna asas seragam tersebut. Kemudian, beberapa corak flora asli Malaysia seperti cempaka, jasmin, dan daun-daun bunga raya disulam pada motif "kelerai" tersebut. Motif geometri Sarawak digunakan pada kelim-kelim baju, hujung lengan dan kain sarong.
Pada 1 Januari 1993, warna batik ini dicantikkan lagi untuk dipadankan dengan warna seragam baru pramugaranya.
Kod Warna
  • Sarong kebaya dengan bunga kuning untuk Inflight Supervisor.
  • Sarong kebaya dengan bunga merah jambu untuk Chief Stewardesses, Leading Stewardesses, dan Flight Stewardesses.
  • Sarong kebaya dengan bunga magenta untuk pegawai pengurusan di lapangan terbang.
Seragam Pramugara - Jaket Klasik
Para pramugara perlu memakai jaket klasik pada setiap masa, sama ada di luar atau di dalam pesawat. Seragam pramugara adalah mengikut kod warna.
Kod Warna
  • Warna Ottanio gelap untuk Inflight Supervisor, Chief Stewards, Leading Stewards, dan Flight Stewards.
  • Warna Ottanio terang untuk pegawai pengurusan lelaki di lapangan terbang.

[sunting] Logo Korporat

Harimau Bersayap
Sejarah syarikat penerbangan ini bermula pada 1937 apabila Malayan Airways Limited didaftarkan sebagai sebuah syarikat. Operasi penerbangan bermula pada 1947 menggunakan pesawat yang dicat dengan logo Harimau Bersayap. Pada tahun 1963, syarikat penerbangan ini telah dinamakan Malaysian Airways Limited apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan. Dalam masa yang sama, Borneo Airways Limited juga diserap masuk ke dalam Malaysia Airways Limited.
MSA
Pada tahun 1965, Apabila Singapura memilih untuk keluar daripada Persekutuan Malaysia, terdapat penglibatan yang berterusan daripada kerajaan Malaysia dan Singapura dalam syarikat penerbangan ini. Pada tahun 1967, syarikat penerbangan ini dinamakan semula sebagai Malaysia-Singapore Airline Limited (MSA) lalu menjadi syarikat penerbangan kebangsaan yang dikongsi oleh kedua-dua negara dengan logo yang baru.
Wau Bulan
Imej:MalaysiaAirlinesLogo 1971.jpg
1971-1987: wau bulan yang asal
Pada tahun 1971, Malaysia-Singapore Airline Limited telah dipecahkan kepada dua syarikat penerbangan, masing-masing dengan polisi dan objektif yang tersendiri, dan terlahirlah syarikat penerbangan Malaysia iaitu Malaysian Airlines System (MAS) pada 3 April 1971. Nama tersebut dipilih kerana singkatan kepada nama tersebut (MAS) bermaksud emas dalam Bahasa Melayu, yang juga menggambarkan perkhidmatan yang berkualiti.
Logo terkini (sejak 1987)
Logo korporat Malaysia Airlines terbaru yang juga hasil rekaan Institut Teknologi MARA telah diperkenalkan pada 15 Oktober 1987, dengan mengekalkan tema wau bulan, tetapi warna baru dan bentuk yang lebih aerodinamik.
Selaras dengan logo korporat baru, taip terbaru juga diperkenalkan - MALAYSIA. Tulisan ini ditulis dalam bentuk italic supaya bersesuaian dengan logo untuk melambangkan arah tujuan serta kelajuan. Abjad-abjad MAS dalam taip terbaru ini diletakkan sedikit warna merah yang menandakan nama asal syarikat tersebut, Malaysia Airlines System (MAS) selepas rekaan asalnya tidak diluluskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Penggunaan warna biru yang ditambah pada warna asal merah mempunyai nilai kebangsaan dan warna merah dan biru ini dibahagikan pada garisan tengah logo untuk melambangkan kesaksamaan.

[sunting] Destinasi

Pesawat Boeing 747-400 dengan warna khas
Pesawat Boeing 747-400 dengan warna khas
Rencana utama: Destinasi-destinasi Penerbangan Malaysia

Malaysia Airlines mula dirombak di bawah Business Turnaround Plan (BTP). Pelan ini dibuat berdasarkan hub-and-spoke approach dan juga polisi terbaru kerajaan iaitu Polisi Rasionalisme Penerbangan Domestik. Ini menyebabkan route domestik Malaysia Airlines berkurangan daripada 118 kepada 22 route dan route antarabangsa juga berkurangan daripada 114 kepada 90. Pelan penstrukturan semula untuk penerbangan domestik bermula Ogos 2006 manakala penstrukturan semula penerbangan antarabangsa dijalankan mengikut fasa-fasa. Fasa pertama akan mengembalikan semua route penerbangan antarabangsa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai hub utama dan fasa kedua akan menamatkan perkhidmatan pada route yang ternyata tidak menguntungkan.

Pelan tersebut bukan sahaja untuk mengurangkan penerbangan-penerbangan syarikat ini, tetapi juga untuk memperbaiki hubungan dan frekuensi route-route sasaran. Sebelum ini, Malaysia Airlines hanya menjalankan operasi penerbangan sebanyak 2 gelombang ketibaan dan perlepasan, namun sejak Ogos 2006, syarikat ini mengendalikan 4 gelombang penerbangan setiap hari. Syarikat juga telah melancarkan jadula penerbangan baru yang efektif sejak Ogos 2006 untuk menjamin hubungan route yang lebih baik.

Antarabangsa
Pada Ogos 2006, Malaysia Airlines beroperasi ke 60 destinasi seluruh dunia dengan tambahan 16 destinasi di seluruh tanah air. Dengan kerjasama syarikat penerbangan yang bersekutu untuk berkongsi kod penerbangan, syarikat ini juga menawarkan khidmat penerbangan antarabangsa ke 23 destinasi tambahan. Malaysia Airlines merupakan syarikat penerbangan Asia Tenggara yang pertama sekali beroperasi ke Afrika Selatan selepas pemansuhan dasar apartheid dan merupakan satu-satunya syarikat penerbangan Asia Tenggara yang beroperasi ke benua Amerika Selatan dengan servis ke Buenos Aires, Argentina. Pada Ogos 2006, syarikat ini telah menamatkan operasi penerbangan ke Manchester, Vienna, Fukuoka, Chengdu, Xi'an, Cairo, Kolkata dan Ahmedabad sebagai langkah-langkah penstrukturan semula di bawah BTP. Syarikat ini juga menyatakan hasrat untuk menamatkan operasi ke Nagoya dan Zurich.
Domestik
Route domestik Malaysia Airlines yang terkini
Route domestik Malaysia Airlines yang terkini
Dengan perlaksanaan Polisi Rasionalisme Penerbangan Domestik pada Ogos 2006, syarikat ini kehilangan kebanyakan route penerbangannya yang kurang penting dan hanya akan beroperasi pada 19 route yang penting. Syarikat penerbangan kebangsaan ini akan beroperasi pada 7 route penting dari KLIA ke bandar-bandar di Semenanjung Malaysia, 6 route penting antara KLIA ke bandar-bandar di Sabah/Sarawak dan 6 route penting antara bandar-bandar di Sabah/Sarawak. Namun begitu, pada Julai 2006 Malaysia Airlines akan beroperasi pada 3 route kurang penting tambahan untuk meningkatkan operasi domestiknya kepada 22 route.
Perkhidmatan Penerbangan Luar Bandar
Sejak penubuhannya sehingga 31 Julai 2006, Malaysia Airlines telah menyediakan perkhidmatan penerbangan luar bandar (RAS) ke kawasan-kawasan luar bandar yang terpisah daripada bandar-bandar utama di Sabah/Sarawak. Malaysia Airlines menjalankan operasi penerbangan ke landasan-landasan terbang kecil di Bakelalan, Bario, Belaga, Kudat, Lawas, Limbang, Mukah, Long Akah, Long Banga, Long Lelang, Long Seridan, Marudi, Mulu dan Tomanggong menggunakan pesawat Twin Otter yang boleh memuatkan 19 orang penumpang. RAS yang sering mengalami kerugian diwarisi oleh Malaysia Airlines dengan penubuhan Malaysian Airline System (MAS), sejak 1971 sehingga 2006. Perkhidmatan ini kini dikendalikan oleh MASwings, badan naungan kepunyaan Malaysia Airlines terbaru yang dikendalikan sebelumnya oleh FlyAsianXpress.

[sunting] Kodkongsi

Kodkongsi
Bagi destinasi kodkongsi Penerbangan Malaysia, habnya di lain-lain tempat.

  • Air India
  • Air Mauritius (Kuala Lumpur, Mauritius, Singapore-Changi)
  • Alitalia [8] (Athens, Barcelona, Frankfurt, Geneva, Madrid, Milan-Malpensa, Rome-Fiumicino)
  • All Nippon Airways (Kuala Lumpur, Tokyo-Narita)
  • British Midland (Aberdeen, Belfast, Dublin, Durham Tees Valley, Edinburgh, Glasgow, Leeds/Bradford, London-Heathrow, Manchester)
  • Cathay Pacific (Hong Kong, Kuala Lumpur)
  • Dragonair (Hong Kong, Kota Kinabalu)
  • Garuda Indonesia (Jakarta, Kuala Lumpur)
  • Gulf Air (Kuala Lumpur, Manama)
  • KLM Penerbangan DiRaja Belanda (Amsterdam, Brussels, Bergen, Copenhagen, Gothenburg, Helsinki, Kuala Lumpur, Oslo, Stavanger, Stockholm)
  • Korean Air (Kuala Lumpur, Seoul-Incheon)
  • Myanmar Airways International (Kuala Lumpur, Yangon)
  • Penerbangan Filipina
  • Qatar Airways (Doha, Kuala Lumpur)
  • Penerbangan DiRaja Brunei (Bandar Seri Begawan, Kuala Lumpur)
  • Silk Air (Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi, Singapura)
  • Penerbangan Singapura (Pulau Pinang, Singapura)
  • South African Airways [9]
  • Penerbangan SriLanka (Colombo, Kuala Lumpur, Singapura)
  • Penerbangan Antarabangsa Swiss
  • Thai Airways International (Bangkok, Kuala Lumpur, Pulau Pinang)
  • Penerbangan Transaero (Kuala Lumpur, Moscow-Domodedovo)
  • Uzbekistan Airways (Kuala Lumpur, Tashkent)
  • Virgin Blue

[sunting] Pesawat

[sunting] Nombor Pesawat

[sunting] Hab

Bagi operasi antarabangsa, Penerbangan Malaysia beroperasi melalui hub utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menjadi hub sekunder bagi operasi domestik.


[sunting] Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:

[sunting] Rujukan

  • Malaysia Airlines; (2002). Malaysia Airlines Cabin Crew Manual: Introduction to Malaysia Airlines. Kuala Lumpur: Flight Operations.
  • Malaysia Airlines; (2002). Malaysia Airlines Cabin Crew Manual: Grooming & Uniform Procedures. Kuala Lumpur: Flight Operations.
  • Berita Pulse; (October 2006). Berita Pulse, October 2006. Kuala Lumpur: Communications Division, Malaysia Airlines.
  • Berita Pulse; (August 2006). Berita Pulse, August 2006. Kuala Lumpur: Communications Division, Malaysia Airlines.
  • Berita Pulse; (July 2006). Berita Pulse, July 2006. Kuala Lumpur: Communications Division, Malaysia Airlines.
  • Berita Pulse; (June 2006). Berita Pulse, June 2006. Kuala Lumpur: Communications Division, Malaysia Airlines.
  • "Malaysia Airlines: Corporate Info". Retrieved 31 October 2006.
  • "MASkargo: Corporate Info". Retrieved 31 October 2006.
  • "Berita Pulse". Retrieved 31 October 2006.
  • Going Places; (August 2006). Going Places, August 2006. Kuala Lumpur: Communications Division, Malaysia Airlines.
  • "AeroMalaysia: Malaysia Airlines: Current Fleet". Retrieved 31 October 2006.
  • "AeroMalaysia: Malaysia Airlines: Former Fleet". Retrieved 31 October 2006.
Static Wikipedia 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Sub-domains

CDRoms - Magnatune - Librivox - Liber Liber - Encyclopaedia Britannica - Project Gutenberg - Wikipedia 2008 - Wikipedia 2007 - Wikipedia 2006 -

Other Domains

https://www.classicistranieri.it - https://www.ebooksgratis.com - https://www.gutenbergaustralia.com - https://www.englishwikipedia.com - https://www.wikipediazim.com - https://www.wikisourcezim.com - https://www.projectgutenberg.net - https://www.projectgutenberg.es - https://www.radioascolto.com - https://www.debitoformtivo.it - https://www.wikipediaforschools.org - https://www.projectgutenbergzim.com