ON AMAZON:



https://www.amazon.com/Voice-Desert-Valerio-Stefano-ebook/dp/B0CJLZ2QY5/



https://www.amazon.it/dp/B0CT9YL557

We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Perang Salib - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Perang Salib

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Perang Salib ialah beberapa siri kempen ketenteraan yang berlaku sekitar kurun ke-11 masihi hingga kurun ke-13 masihi. Pada asalnya misi mereka ialah menawan Baitulmuqaddis dan tanah-tanah di sekitarnya daripada orang Muslim, tetapi ada yang disasarkan kepada kumpulan berbeza. Contohnya, Perang Salib Keempat yang menawan Kota Constantinople.

Senarai kandungan

[sunting] Latar belakang

Asal usul perang Salib adalah bertitik tolak dari pembangunan pesat yang berlaku di Eropah Barat terdahulu dalam zaman pertengahan, serta merosotnya Empayar Bizantium di timur. Kegagalan Empayar Carolingian pada lewat abad ke-9, digabungkan pula dengan penstabilan relatif sempadan-sempadan Eropah tempatan selepas pengkristianan kaum Viking, Slav, dan Magyar, bermakna terdapat satu kelas pahlawan-pahlawan yang tiada pekerjaan yang banyak kecuali bergaduh sesama sendiri dan melancarkan keganasan terhadap para petani. Pihak gereja telah berusaha untuk membendung keganasan ini melalui beberapa gerakan gencatan senjata yang dipanggil Peace and Truce of God, yang hampir mencapai kejayaan. Namun, terdapat segelintir pahlawan terlatih yang masih mencari jalan untuk meluahkan keganasan mereka. Satu jalan keluar kemudian adalah Reconquista di Sepanyol dan negeri Portugal, yang ada kalanya memberi kesempatan kepada satria Iberia dan beberapa tentera upahan mercenaries daripada tempat lain di Eropah dalam memerangi Moors beragama Islam.

Paus Urban II di Majlis Clermont, di mana beliau memberi khutbah yang berkobar-kobar untuk mengambil kembali Holy Land.
Paus Urban II di Majlis Clermont, di mana beliau memberi khutbah yang berkobar-kobar untuk mengambil kembali Holy Land.

Pada 1009 khalifah Fatimid al-Hakim bi-Amr Allah telah menggeledah hospis pilgrim di Baitulmuqaddis dan merosakkan Gereja Makam yang Suci. Ia kemudiannya didirikan semula oleh maharaja Bizantium, tetapi peristiwa memalukan ini tetap diingati di Eropah dan menolong menyemarakkan lagi perang salib. [1] Pada 1063, Paus Alexander II telah memberi restu papal kepada rakyat Kristian di Iberia untuk melancarkan perang terhadap orang Islam, memberi papal standard (yang dipanggil vexillum sancti Petri) dan pengampunan indulgence bagi mereka yang terbunuh sewaktu perang. Rayuan daripada beberapa Maharaja Byzantium, yang diancam oleh tentera Seljuks, bermula 1074 daripada Maharaja Michael VII kepada Paus Gregory VII dan pada 1095 daripada Maharaja Alexius I Comnenus kepada Paus Urban II, akhirnya mendapat perhatian Paus Alexander II.

Perang Salib sebahagiannya berlaku sebagai satu jalan keluar untuk ketaatan keagamaan yang amat kuat yang bangkit pada abad ke-11 di kalangan orang awam. Salah satu sebab Kontroversi Istiadat Pengurniaan, yang telah bermula lebih kurang pada 1075 dan masih berterusan sepanjang Perang Salib Pertama. Kontroversi ini telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada seluruh penganut Kristian sehingga mereka terpecah kepada dua pihak; dimana kedua belah pihak cuba untuk mendapat menarik pendapat umum memihak kepada mereka, rakyat menjadi terlibat secara peribadi dalam satu kontroversi keagamaan yang dramatik. Hasilnya adalah satu kesedaran kewarakan Kristian dan timbulnya minat awam yang kuat dalam hal ehwal agama. Ini selanjutnya diperkuatkan oleh propaganda keagamaan, menyokong Perang Yang Adil dengan tujuan mengambil semula Tanah Suci, termasuk Baitulmuqaddis (di mana berlakunya kematian, kebangkitan semula dan naiknya Nabi Isa ke syurga) dan Antioch (bandar raya Nasrani yang pertama) daripada orang Islam. Semua ini akhirnya dinyatakan dalam sokongan popular massa untuk Perang Salib Pertama, dan daya hidup keagamaan sewaktu abad ke-12.

Latar belakang di Kristian barat mestilah dipadankan dengan keadaan Islam di timur. Kehadiran Islam dalam Tanah Suci kristian ini telah bermula sejak penaklukan rantau Palestin oleh tentera Islam Arab dalam abad ke-7. Walaupun begitu, orang Islam tidak banyak bercampur tangan dengan perjalanan jemaah Kristian ketempat-tempat suci mereka ataupun menganggu keselamatan bihara-bihara dan masyarakat Kristian di Tanah Suci seluruh penganut Kristian. Malah, orang-orang Eropah di barat tidak begitu peduli dengan kehilangan Baitulmuqaddis yang jauh kerana dalam dekad-dekad serta abad-abad berikutnya, mereka sendiri berhadapan dengan pencerobohan oleh orang Islam dan lain-lain puak bukan-Kristian yang bermusuhan seperti Viking dan Magyar. Bagaimanapun, kejayaan demi kejayaan tentera Islam telah memberi tekanan yang hebat kepada Orthodoks Timur di Empayar Bizantium.

Satu titik peralihan dalam sikap Barat terhadap Timur telah berlaku pada tahun 1009, apabila khalifah Fatimid dari Kaherah iaitu al-Hakim bi-Amr Allah, telah menceroboh serta merosakkan Gereja Makam yang Suci di Baitulmuqaddis. Penggantinya telah membenarkan Empayar Bizantium untuk membinanya semula tetapi di bawah keadaan-keadaan yang ketat, dan jemaah Kristian telah dibenarkan semula untuk membuat lawatan mereka. Namun banyak khabar angin telah disebarkan memgenai kekejaman Muslim terhadap jemaah Kristian; cerita-cerita ini kemudiannya memainkan peranan penting dalam pembangunan perang Salib pada abad-abad yang seterusnya.

[sunting] Konteks Sejarah

Ia adalah mustahak mencari asal-usul satu perjuangan ideal dalam perjuangan di antara orang-orang Kristian dan orang Islam di Sepanyol dan mempertimbangkan bagaimana idea satu perang jihad timbul daripada latar belakang ini. — Norman F Cantor

Punca segera Perang Salib Pertama adalah rayuan Alexius I kepada Paus Urban II untuk tentera upahan bagi menolongnya menyekat kemaraan tentera Islam ke dalam wilayah Empayar Bizantium. Pada 1071, di Pertempuran Manzikert, Empayar Bizantium telah ditumpaskan, dan kekalahan ini menyebabkan kehilangan kesemua wilayah kecuali kawasan pesisiran Asia Minor (Turki baru). Walaupun Perpecahan Timur-Barat sedang mendidih di antara penganut Roman Katolik di Barat dan orang gereja Yunani Orthodoks di Timur, Alexius I masih mengharapkan sedikit bantuan daripada rakan Kristian yang lain. Bagaimanapun, respons yang diterimanya adalah lebih besar lagi, walaupun tidak banyak membantu,sebagaimana beliau harapkan, apabila Paus telah memanggil satu bala tentera penakluk yang besar untuk bukan sahaja mempertahankan Empayar Byzantium, malah mengambil semula Baitulmuqaddis.

Apabila Perang Salib Pertama mula diseru pada 1095, putera-putera Kristian di utara Iberia telah sama-sama berperang di pergunungan Galicia dan Asturias, negara Basque dan Navarre, dengan kejayaan penokokan, untuk kira-kira seratus tahun. Kejatuhan kerajaan Islam Moor di Toledo kepada kerajaan León pada 1085 adalah dianggap satu kemenangan yang besar, namun titik-titik peralihan Reconquista masih terletak di masa depan. Perpecahan amir-amir Islam adalah satu faktor mustahak, dan orang-orang Kristian, dengan isteri-isteri mereka kekal dengan selamat di belakang, adalah sukar untuk ditewaskan: mereka tak tahu apa-apa kecuali perlagaan, mereka tiada sebarang taman mahupun perpustakaan untuk dipertahankan, dan mereka harus mara ke hadapan jauh ke wilayah asing yang terus dihuni oleh orang 'kafir', di mana pejuang-pejuang Kristian ini rasa mereka mampu untuk menimbulkan kekecohan di sana. Semua faktor-faktor ini tidak lama lagi dimainkan semula sebagai alasan-alasan perlagaan dengan Timur. Sejarawan Sepanyol telah melihat Reconquista sebagai acuan penting membentuk sebuah pasukan yang berwatak Castilian, dengan kesedaran yang "kebaikan tertinggi adalah untuk mati bertarung demi agama Kristian sesuatu negara".

Walaupun Reconquista adalah contoh paling ketara perang Kristian terhadap penaklukan Islam, terdapat beberapa contoh yang lain. Misalnya penjelajah Norman iaitu Robert Guiscard pernah menakluki "toe of Itali," Calabria, pada 1057 dan telah mempertahankan ,apa yang secara tradisinya wilayah Bizantium, terhadap penentangan orang Islam di Sicily. Negeri-negeri maritim Pisa, Genoa dan Catalonia adalah semuanya berjuang dengan aktif menentang kubu Islam di Majorca dan Sardinia, membebaskan susur Itali dan Catalonia daripada serangan-serangan Islam. Lebih terdahulu, memang, tanah air Kristian di Syria, Lebanon, Palestin, Mesir, dan sebagainya pernah menjadi taklukan askar-askar Islam. Sejarah berpanjangan yang menyaksikan kejatuhan wilayah-wilayah Kristian ketangan musuh berlainan agama, serta sebuah pergerakan penyepit pincher movement berkuasa ke atas seluruh Eropah Barat, telah menghasilkan satu dorongan kuat untuk menerima seruan maharaja Bizantium Alexius I melancarkan perang jihad demi mempertahankan seluruh penganut Kristian, dan untuk mengambil semula tanah-tanah yang telah jatuh ketangan Islam, bermula dengan kawasan yang terpenting sekali iaitu Baitulmuqaddis.

Paus Pope Gregory VII pada mulanya telah bergelut dengan keraguan mengenai kesahihan doktrin perang jihad dan pengguguran darah untuk Tuhannya. Soalan ini terjawab dengan memilih tindakan perang sebagai keganasan yang bersebab. Lebih penting untuk Pope, orang-orang Kristian yang membuat haji ke Tanah Suci telah diseksa. Tindakan-tindakan menentang Arianisme dan fahaman menyeleweng lain merupakan precedent sejarah dalam sebuah masyarakat di mana keganasan kepada kaum 'kafir', dan sesungguhnya pada orang-orang Kristian lain, adalah diterima dan dianggap biasa. Santos Augistine daripada Hippo dalam model Gregorynya yang intelektual, menunujukkan bahawa penggunaan kekerasan dalam berkhidmat kepada Christ di Bandar Raya Tuhan adalah satu yang wajar, dan bagi seorang penganut Kristian "perang yang adil" mungkin meningkatkan kedudukan lebih luas seorang pemimpin yang agresif dan bercita-cita tinggi di Eropah, seperti dilihat oleh Gregory sendiri. Pihak di utara Northerners akan terbelenggu kepada Rom, manakala satria mereka yang menyusahkan boleh melihat tindakan yang hanya sesuai dengan mereka. Cubaan-cubaan dahulu oleh gereja untuk membendung keganasan seperti itu, seperti mengenalkan konsep "Keamanan Tuhan", tidaklah berjaya seperti yang diharapkan. Ke selatan Rom, tentera Normans telah menunjukkan kuasa-kuasa yang mungkin dilepaskan pada kedua-dua belah pihak iaitu orang-orang Arab (di Sicily) dan Byzantines (di tanah besar). Satu hegemoni Latin dalam Levant akan provide leverage menyediakan keumpilan dalam resolusi Papacy mendakwa keagungannya ke atas Patriarch of Constantinople, yang telah mengakibatkan Schism Besar pada 1054, satu perselisihan yang mungkin dapat diselesaikan melalui kekuatan pasukan Frankish yang bersenjata.

Di tanahair Bizantium kelemahan Maharaja di Timur telah terdedah dengan ketewasan yang malang sewaktu Pertempuran Manzikert pada 1071, yang telah menguncupkan empayarnya di wilayah Asia ke sebuah rantau di barat Anatolia dan di sekitar Constantinople. Satu tanda pasti keadaan terdesak Bizantium adalah rayuan Alexius I Comnenus meminta bantuan daripada musuhnya iaitu Paus. Tetapi Paus Gregory pada ketika itu begitu sibuk dengan Kontroversi Istiadat Pengurniaan dan tidak dapat membantu maharaja Jerman tersebut dan perang salib ini tidak terjadi. Bagi pengganti Gregory yang lebih sederhana pula iaitu Paus Urban II, satu perang salib akan bertindak untuk menyatukan semula seluruh penganut Kristian, menyokong Papacy, dan mungkin membawa negara di Timur di bawah kawalannya. Rakyat Jerman dan Normans yang tidak berpuashati tidak perlu dijadikan sandaran, tetapi 'jantung' dan 'tulang belakang' jihad ini boleh dijumpai di tanah air Urban sendiri iaitu di kalangan orang Perancis utara.

Atas sebab popularitinya, perang Salib pertama telah mencetuskan satu gelombang kemarahan peribadi keagamaan yang telah dinyatakan dalam pembunuhan beramai-ramai Yahudi yang mengiringi pergerakan kumpulan-kumpulan melalui Eropah, serta layanan ganas terhadap orang-orang Kristian ortodoks timur yang ingin berpisah daripada kristian barat. Keganasan pada orang-orang Kristian Orthodoks memuncak dalam penggeledahan Constantinople pada 1204, di mana kebanyakan askar-askar Crusader turut terlibat.

Perang Salib abad ke-13 tidak pernah mendapat respon seumpama itu, dan selepas Acre jatuh buat kali terakhirnya pada 1291, dan selepas penghapusan Occitan Cathars dalam Perang Salib di Albigensian, ideal perjuangan ini semakin surut akibat justifikasi Papal ke atas serangan politikal dan wilayah di rantau Eropah katolik.

Pasukan satria Order of Knights terakhir untuk menduduki wilayah adalah Kesatria Darjah Hospitaller. Selepas kejatuhan akhir Acre mereka menduduki pulau Rhodes, dan dalam abad keenam belas mereka dikejar ke Malta. Pasukan ini akhirnya telah disingkirkan oleh Napoleon pada 1798.

[sunting] Perang Salib yang utama

Satu skim penomboran tradisional untuk perang Salib memberi kita sembilan sepanjang abad-abad ke-11 dan ke-13. Selain itu terdapat beberapa perang Salib kecil-kecilan yang dilawan semasa tempoh ini, bukan sahaja dalam Palestin tetapi juga dalam Semenanjung Iberia dan Eropah tengah, terhadap orang Islam dan juga fahaman yang dianggap sesat oleh pihak berkuasa Kristian dan musuh-musuh peribadi Papacy atau raja-raja berkuasa yang lain. "Perang Salib" seperti ini telah berterusan ke dalam abad ke-16, hingga Renaisans dan Reformasi apabila iklim politik dan keagamaan Eropah adalah nyata berbeza sekali daripada Zaman Pertengahan. Berikut ialah satu senarai Perang Salib yang "utama" .

[sunting] Perang Salib Pertama

Artikel penuh: Perang Salib Pertama

Perang Salib Pertama diprakarsai oleh Paus Urbanus II pada perhimpunan Majlis Clermont tanggal 17 November 1095. Dalam rapat tersebut, Paus Urbanus II menginginkan Baitulmuqaddis jatuh ke genggaman tentera Frank. Alasannya adalah sejak kejatuhan Konstantinopel ke tangan bangsa Seljuk, bangsa Eropah yang hendak menziarah ke Gereja Makam Suci Yerussalem semakin sulit dan semakin mahal biaya berpergian. Hal itu disebabkan bangsa Seljuk menutup jalan masuk ke Baitulmuqaddis. Jalur pun diubah ke jalur laut yang lebih mudah digunakan daripada mencari alternatif jalur darat lain.

Pihak Vatikan langsung mengirim surat permohonan bantuan kepada raja-raja di Eropah beserta sukarelawan dari rakyatnya. Mereka juga membuka pendaftaran secara umum bagi yang ingin mengikuti perang. Pihak Vatikan menjanjikan syurga dan penghapusan segala dosa-dosa mereka. Sebelum keberangkatan mereka, pihak Vatikan memberi nasihat agar membunuh umat Islam yang bagi mereka sama halnya dengan kaum kafir yang halal dibunuh dan bagi pembunuhnya dijamin masuk syurga. Inilah pemicu pembantaian yang dilakukan oleh Tentara Salib di kota-kota umat Islam yang telah mereka kuasai seperti Antioch dan Baitulmuqaddis hingga para sejarawan Timur Tengah menggambarkan para Kesatria Salib susah berjalan di Baitulmuqaddis karena seluruh kota dibanjiri mayat bergelimpangan hingga setinggi lutut para Tentara Salib. Dengan girangnya, para pembesar Eropah mengirimkan orang-orangnya yang terbaik. Mereka juga menyertakan rakyat jelata dari berbagai pekerjaan sehingga terkumpul sekitar tiga ratus ribu pasukan di bawah pimpinan Raymond dari Toulouse, Behomend dari Sicily, dan Godfrey dari Boullin. Para pemimpin ini terjamin akan menjadi para pembesar di Kerajaan Suci Jerusalem. Tentara Salib telah berkumpul di Konstantinopel untuk membantu Rom Timur pimpinan Alexius Comnenus melawan bangsa Seljuk.

Maka bermulalah tentera salib melakukan perjalanan sucinya yang panjang. Pada tanggal 4 Jun 1097, Tentara Salib menakluki ibu kota Seljuk menyebabkan tentera diterajui Sultan Qilij Arslan mengalami kekalahan besar-besaran di pertempuran Dorylaeum di dataran tinggi Anatolia. Tentara Salib melanjutkan ekspansinya ke Antioch. Kota ini dikepung cukup lama dari Oktober 1097 hingga Jun 1098. Gabenor Antioch, Yaghisian, mengusir kaum Kristian yang terkenal dengan sebutan kaum Orthodoks Timur, tinggal di dalam kota dan telah bermukim sejak bertahun-tahun yang lalu. Alasan pengusiran tersebut agar mereka tidak dilemma akan membela siapa, bangsa mereka atau tetangga mereka, jika Tentara Salib berhasil menguasai kota tersebut. Yaghisian memohon kepada penguasa Syria untuk membantunya mengusir Tentara Salib dengan permohonan bantuan pasukan tentera mereka.

Penguasa Syria segera mengirim bala bantuan setelah surat dari Yaghisia tiba. Mereka menerapkan strategi pengepungan agar Tentara Salib tidak mendapat bekalan makanan dari luar. Strategi Islam sangat berjaya sehingga para kastria berkuda Tentara Salib terpaksa memakan kuda-kuda mereka dan para tentera pejalan kaki memakan dedaunan agar mereka dapat terus hidup. Walaupun strategi pemutusan hubungan dunia luar yang dilakukan pasukan Islam, Tentara Salib masih mampu merebut Antioch dengan melawan pasukan Islam yang bercekupan persediaan bahan makananya. Kekalahan pasukan Islam adalah berpunca rasa ketidakpercayaan antara sesama pasukan. Para tentera bantuan dari Syria enggan mematuhi perintah gabenor Antiokhia, Yaghisian, kerana mereka beranggapan panglima dari Syria lebih tinggi daripada gabenor sebuah provinsi dari Syria. Kekalahan mereka juga disebabkan terdapat pengkhianat yang membocorkan rahsia pasukan Islam kepada para pimpinan Tentara Salib yang menjanjikan pengkhianat tersebut dengan hadiah yang besar.

Setelah menguasai Antioch sepenuhnya, Tentara Salib bergerak pula menuju Ma’araat al-Nu’man dan menakluknya pada tanggal 2 Disember 1098. Ma’araat al-Nu’man bukanlah sebuah kota besar seperi Baitulmuqaddis ataupun Damaskus. Tetapi, kekejaman Tentara Salib tidak akan terhapus dari memori umat Islam. Pembantaian yang didorong oleh kepercayaan bahwa membunuh umat Islam dijamin surga membuat Tentara Salib berusaha membunuhi seramai umat Islam yang boleh. Hal lain dipicu karena Tentara Salib telah memberi penduduk setempat untuk menyerah dan menyerahkan kota tersebut secara damai. Namun, para penduduk menolak walaupun kota tersebut tidak memiliki tentara. Akibatnya, Tentara Salib merebut kota Ma’araat al-Nu’man dengan kekerasan dan membantai seluruh penduduk tersebut.

Setelah menambah kekuatan mereka dengan penambahan daerah kekuasaan, mereka segera bergerak ke tujuan utama mereka, yaitu kota Baitulmuqaddis. Demi kelancaran pengiriman pasukan tambahan dari Eropah, Tentara Salib menguasai daerah pesisir pantai Syria. Juga memperbesar pengaruh mereka di Mediteranian Timur. Pergerakan mereka ke Baitulmuqaddis tiada sekatan bererti sehingga Baitulmuqaddis ke tangan kaum Frank tanpa perlawanan pada hari Jum’at, 5 Julai 1099 dan mengangkat salah satu pimpinan mereka, Godfrey the Bouillon sebagai penguasa Baitulmuqaddis. Perpecahan umat Islam yang terjadi di masa itu adalah penyebab utama akhirnya kewujudan umat Islam di Baitulmuqaddis. Jatuhnya ibu kota ini ke tangan kaum Frank menandakan berakhirnya Perang Salib Pertama.

[sunting] Perang Salib Kedua

Artikel penuh: Perang Salib Kedua

Setelah kejatuhan Jeruselam ke tangan kaum Frank, mereka melakukan serangan ke daerah sekitar guna memperluas kekuasaan mereka. Karena factor geografis, yakni di daerah-daerah pantai Suriah yang membentang menghadap ke Barat, berhasil dikuasai Tentara Salib. Tentara Salib juga menaklukan Tripoli. Jatuhnya Tripli ke tangan Tentara Salib menandakan berakhirnya ekspansi kaum Frank untuk memperluas Negara Salib, negara dirian Tentara Salib yang berupa kota-kota takhlukan mereka di Mediterania Timur. Ekspansi Tentara Salib selanjutnya banyak menuai kegagalan sebab penyerangan mereka ke daerah Timur yang terdiri atas Aleppo dan Damaskus sebagai tujuan operasi militer mereka mendapat perlawanan keras dari pasukan setempat yang mempu mengimbangi kekuatan besar Tentara Salib. Di dua kota inilah semangat jihad umat Islam, semangat memerangi kaum kafir yang sempat hilang di tahun-tahun sebelumnya akibat perpecahan agama, tumbuh kembali. Para ulama memiliki peranan yang sangat penting disebalik tumbuhnya semangat jihad umat Islam. Al-Sulami, seorang ulama sufi di Masjid Umayyah, Damaskus, adalah ulama yang melopori dakwah bertemakan jihad di mimbar masjid. Menurut al-Sulami, kekalahan yang diderita umat Islam dari perang melawan Tentara Salib disebabkan hukuman dari Allah SWT karena umat Islam telah mengabaikan kewajiban-kewajiban agama, khususnya jihad di jalan Allah. Al-Sulami berpendapat jika umat Islam menjalankan kewajiban-kewajibannya sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah SWT, maka umat Islam akan mencintai agamanya dan akan berjuang sekuat tenaga demi agamanya dengan konsep jihad. Semangat jihad inilah yang akan mengembalikna kejayaan umat Islam karena didalam jihad itu, Allah SWT menjanjikan surga bagi umatNya yang gugur di medan perang. Inilah yang dicari para mujhidin-mujahidin Islam yang imanya kuat. Langkah al-Sulami ini segera diikuti oleh berbagai ulama di Suriah. Banyak kelompok-kelompok mujahidin akibat seruan-seruan ulama di berbagai tempat. Tetapi, mereka tidak didukung dengan keinginan politik atau militer untuk bertindak bersama dari pihak penguasa saat itu. Il-Gaza, penguasa kaum Turki dari Mardin, merupakan pemimpin yang pertama dalam sejarah, setelah ekspansi Tentara Salib di Perang Salib Pertama, sebagai pimpinan yang mewadahi para mujahidin-mujahidin Islam. Dengan bantuan seorang ulama, Ibn al-Khasysyab, meraka membawa umat Islam memenangkan peperangan melawan Tentara Salib di Pertempuran Ladang Darah di Balath. Kemenangan ini membawa dampak yang besar bagi psikologi umat Islam. Kemenangan ini menghapus anggapan mereka tentang kekuatan Tentara Salib yang tidak terkalah oleh siapapun. Kemenangan Zengi di tahun 1144 mempertebal rasa percaya diri mereka. Keberhasilan pasukan Zengi merebut Edessa sangat berharga, kerana Edessa merupakan kota Negara Salib pertama yang berhasil direbut oleh umat Islam. Walaupun dua tahun kemudian Zengi tewas akibat dibunuh, Zengi tetaplah seorang pahlawan bagi umat Islam yang menambahkan semangat jihad mereka dan Zengi pun menularkan semangat jihad kepada penerusnya Nuruddin, tokoh utama Islam di Perang Salib Kedua yang juga berstatus putra Zengi. Nuruddin memimpin Edessa dan Aleppo, daerah kekuasaan ayahnya terdahuku, dan memperluas daerahnya dengan mengalahkan Tentara Salib di Inap di bulan Juni 1149. Tahun 1154, Nuruddin telah berhasil menyatukan Suriah. Tahun 1163, Amalric naik tahta menjadi pemimpin Tentara Salib yang baru. Disinilah awal baru karier Nuruddin dimulai. Amalric melihat peluang besar untuk menguasai Mesir dari penguasaan Fatimiyah, yang sekarat dan melemah akibat kematian menteri mereka. Nuruddin, selain memerangi kaum Frank, ia jiga melakukan intervensi ke masalah internal mereka. Usaha Nuruddin menuai keberhasilan karena Syawar, menteri Fatimiyah, memohon kepada Nuruddin untuk menggulingkan musuh politiknya, Dirgham, telah menggulingkannya dan telah bersekutu dengan kaum Frank. Nuruddin pun mengirim pasukannya di bawah Syirkuh paman dari Salahuddin Al-Ayubbi, untuk mengembalikan kekuasaan Syawar di Kaherah. Pertempuran di Kaherah akhirnya dimenangkan oleh pasukan Syirkuh dan mengantarkan Syawar menjadi menteri Fatimiyah. Operasi militer kedua dibiayai terus oleh Nuruddin dan memperoleh kemenangan kecil pada tahun 1168. namun kaum Frank kembali ingin menancapkan kukunya di Kairo di tahun yang sama yang memaksa Syawar kembali meminta bantuan kepada Nuruddin. Nuruddin kembali memberi kepercayaan kepada Syirkuh untuk memimpin pasukan Islam melawan kaum Frank. Dalam pertempuran ketiga ini, Syirkuh tewas di tahun 1169 dan digantikan oleh Salahudin, dan pasukan Islam memperoleh kemenangan atas kaum Frank. Atas keberhasilan Salahudin mengusir kaum Frank dari tanah Mesir, khalifah Fatimiyah menaruh Salahudin di jajaran pemerintahan Kairo. Karier Salahudin semakin naik dengan terpilihnya ia seabagi menteri di bawah khalifah al-Adid. Ketika khalifah al-Adid wafat, Salahudin mengambil langkah penting, iaitu menghancurkan Dinasti Fatimiyah dan mengembalikan Mesir di bawah kekhalifahan Abbasiyah di Baghdad. Operasi militer Salahudin ini masih diatasnamakan pemimpinnya, Nuruddin. Kepatuhan Salahudin kepada Nuruddin hingga tahun 1172 karena Salahudin menganggap dirinya bias memimpin umat Islam. Perseteruan ini tidak pernah terjadi karena Nuruddin telah dipanggil Allah SWT tahun 1174. Kematian Nuruddin ini bias mencegah perseteruan anatara Islam. Jika Nuruddin masih hidup, Islam bias terpecah menjadi dua, yaitu pendukung Nuruddin dan Salahudin. Bisa dibayangkan bagaimana jika keduanya, yang notabenya sebagai pemimpin kuat umat Islam bertempur. Salahudin pun memproklamasikan dirinya sebagai penerus Nuruddin, walaupun banyak ditentang oleh keluarga Nuruddin. Dan Salahudin mampu menunjukkan kredibilitinya dengan memerangi kelompok-kelompok Islam penentangnya. Dengan jatuhnya Aleppo tahun 1183, Salahudin telah menyatukan Mesir dan Suriah dibawah satu komando. Salahudin pun mengalihkan perhatiannya ke musuh utama umat Islam sebenarnya, yaitu Tentara Salib. Antara Salahudin dengan Raja Baldwin IV, penguasa Yeruusalem, mengadakan perjanjian damai. Dalam masa damai ini, kehidupan Mediterania Timur kembali berjalan normal. Hingga perjanjian antara kedua raja ini sempat retak akibat ulah Reynald the Chatillon, salah satu pembesar kaum Frank yang sangat membenci Islam. Aksi-aksi Reyald the Chatillon membuat umat Islam marah. Bahkan di mata umat Islam, Reynald the Chatillon dianggap pembesar kaum Frank terburuk. Aksi-aksi Reynald yang mengundang kemarahan umat Islam seperti, keinginan Reynald menghancurkan kkota-kota suci umat Islam, Mekkah dan Madinah, lewat laut Merah. Ia juga menyerang kafilah-kafilah Islam sewaktu perjanjian damai. Salahudin pun mengirim pasukan Islam untuk menyerang kaum Frank ke Kerak, tempat Reynald tinggal. Balwin juga mengirim pasukannya ke Kerak setelah mendengar Salahudin hendak menyerang salah satu wilayahnya. Peperangan ini berhasil dengan perjanjian damai lagi dengan jaminan Reynald akan dihukum sendiri oleh tangan kaum Frank. Setahun kemudian, Salahudin sakit kerasdan penyembuhannya membutuhkan waktu yang sangat lama. Setahun kemudian, Baldwin IV meninggal dunia dan digantikan oleh Guy the Lusigna. Dengan Guy, yang merupakan teman dekat Reynald the Chatillon, maka perjanjian antara Islam dengan kaum Frank telah berakhir. Salahudin, yang telah sehat dari sakit kerasnya, segera menngumpulkan pasukan-pasukan umat Islam untuk berperang melawan Tentara Salib. Guy juga segera mengumpulkan pasukan guna menyerang Islam. maka terjadilah Perang Hittin, salah satu perang besar dalam sejarah dunia, yang dimenangkan pasukan Islam. Guy dan Reynald ditawan dan dihadapkan ke hadapan Salahudin. Reynald pun dibunuh oleh Salahudin dan Guy diseret saat penyerangan Salahudin ke Yerussalem. Kemudian pasukan Islam memenangkan pertempuran di Arce lima hari setelahnya. Wilayah dari Gaza hingga Jubayl dikuasai Salahudin di awal September. Jmu’at, 2 Oktober 1187, Salahudin berhasil merebut Yerussalem. Jatuhnya Yerussaem ke tangan umat Islam kembali menjadi titik puncak keberhasilan Salahudin dalam memimpin umat Islam di Perang Salib. Merebut Yerussalem dari tangan kaum Frank adalah cita-cita terbesar Salahudin yang tercapai dan atas hasil ini, Perang Salib Kedua berakhir dengan kemenangan umat Islam.

Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini.
Ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu, bahan-bahan boleh didapati di en:Crusades.
Sumber-sumber bantuan: Kamus Dewan Bahasa.

[sunting] Perang Salib Ketiga

Artikel penuh: Perang Salib Ketiga

Pada tahun 1187, Salahuddin (Saladin), Sultan Mesir menawan semula Baitul Maqdis. Pope Gregory VIII membuat seruan perang salib yang diketuai beberapa pemimpin utama Eropah: Philip II dari Perancis, Richard I dari England dan Frederick I, Maharaja Rom Suci. Frederick lemas di Cilicia pada tahun 1190, dengan meninggalkan persekutuan yang tidak stabil antara kuasa England dan Perancis. Philip balik pada tahun 1191 setelah tentera Salib merampas Acre dari tangan orang Islam. Pasukan tentera Salib itu menuju ke pantai Laut Mediterranean. Mereka menewaskan orang Islam berdekatan Arsuf dan dapat melihat Baitul Maqdis. Bagaimana pun, ketidakupayaan tentera Salib untuk bertapak di kawasan tempatan disebabkan bekalan makanan dan air yang kurang mengakibatkan kejayaan kosong. Richard pulang pada tahun berikutnya setelah menandatangani genjatan senjata dengan Salahuddin. Dalam perjalanan pulang, kapal Richard pecah dan mendarat di Austria. Di Austria, musuhnya, Duke Leopold menangkap dan mengirimnya kepada anak Frederick, Henry VI. Richard ditahan untuk mendapatkan wang tebusan raja. Pada tahun 1197, Henry sendiri berasa bahawa dia bersedia untuk perang Salib, tetapi dia mati pada tahun yang sama akibat demam malaria.

[sunting] Perang Salib Keempat

Artikel penuh: Perang Salib Keempat

Baitul Maqdis kembali ke tangan orang Islam sedekad yang lalu. Perang Salib Keempat dilancarkan oleh Pope Innocent III pada tahun 1202 dengan niat mahu menakluki Tanah Suci menerusi Mesir. Orang Venice yang diketuai Doge Enrico Dandolo, memperoleh kuasa kawalan perang Salib ini dan menghalakannya, pertama ke sebuah bandar Kristian yang bernama Zara, kemudian ke Constantinople. Di situ mereka cuba meletakkan seorang buangan Byzantine di atas tahta. Berikutan satu siri salah faham dan ledakan keganasan, bandar tersebut dijarah pada tahun 1204.

[sunting] Perang Salib Albigensian

Artikel penuh: Perang Salib Albigensian

Perang Salib Albigensian dilancarkan pada tahun 1209 untuk menghapuskan kumpulan sesat yang dipanggil Cathar di selatan Perancis. Perang ini adalah pertarungan yang berdekad-dekad lamanya yang banyak dihabiskan dengan keinginan kawasan utara Perancis untuk meluaskan cengkamannya ke arah selatan sebagaimana yang dilakukan terhadap kumpulan sesat itu. Pada kesudahannya, kumpulan Cathar dan kemerdekaan kawasan selatan Perancis lenyap.

[sunting] Perang Salib Kanak-Kanak

Artikel penuh: Perang Salib Kanak-Kanak

Perang Salib Kanak-Kanak barang kali adalah perang Salib rekaan atau yang disalah ertikan yang berlaku pada tahun 1212. Ceritanya berkisar mengenai letusan semangat lama popular yang membawa kepada perhimpunan kanak-kanak di Perancis dan Jerman. Pope Innocent III menterjemah perhimpunan ini sebagai celaan dari langit terhadap golongan dewasa mereka yang tidak layak. Tiada seorang pun daripada kanak-kanak itu sampai ke Tanah Suci sebenarnya; samada mereka semua dijual sebagai hamba, menetap di sepanjang laluan ke Baitul Maqdis, atau mati kebuluran semasa dalam perjalanan.

[sunting] Perang Salib Kelima

Artikel penuh: Perang Salib Kelima

Dengan memperalatkan perarakan, doa dan syarahan, pihak Gereja cuba membentuk satu lagi perang Salib. Persidangan Lateran Keempat (1215) telah merumuskan sebuah rancangan untuk merampas kembali Tanah Suci. Pasukan tentera Salib dari Hungary, Austria, dan Bavaria mencapai kejayaan luar biasa dengan penaklukan Damietta di Mesir pada tahun 1219. Tetapi atas desakan segera dari duta Pope, Pelagius mereka meneruskan serangan berani ke atas Kaherah, tetapi banjir Sungai Nil memaksa mereka memilih samada menyerah kalah atau kemusnahan.

[sunting] Perang Salib Keenam

Artikel penuh: Perang Salib Keenam

Pada tahun 1228, Maharaja Frederick II belayar dari Brindisi menuju ke Syria walaupun menerima penyingkiran oleh Pope (papal excommunication). Melalui saluran diplomasi dia mencapai kejayaan yang tidak dijangkakan; Baitul Maqdis, Nazareth dan Baitul Laham akan diserahkan kepada tentera Salib untuk tempoh selama satu kurun.

Lukisan dari sebuah manuskrip yang menggambarkan Louis IX sedang menyerang Damietta
Lukisan dari sebuah manuskrip yang menggambarkan Louis IX sedang menyerang Damietta

[sunting] Perang Salib Ketujuh

Artikel penuh: Perang Salib Ketujuh

Minat pihak Pope yang ditunjukkan oleh Kesatria Templar mengundang konflik dengan Mesir pada tahun 1243, dalam tahun berikutnya sebuah pasukan tentera Khwarezmi yang dipanggil oleh Mesir menyerbu ke Baitul Maqdis. Walaupun ini tidak menimbulkan sebarang kekejutan meluas di Eropah sebagaimana berlakunya kejatuhan Baitul Maqdis pada tahun 1187, Louis IX mengatur perang Salib menentang Mesir dari tahun 1248 hingga 1254, dia bertolak dari pelabuhan Aigues-Mortes yang baru dibina di selatan Perancis. Ia adalah satu kegagalan dan Louis menghabiskan banyak hidupnya di istana kerajaan tentera Salib di Acre. Di tengah-tengah perang Salib ini, berlaku Perang Salib Pengembala Biri-Biri pertama pada tahun 1251.

[sunting] Perang Salib Kelapan

Artikel penuh: Perang Salib Kelapan

Perang Salib Kelapan dicetuskan oleh Louis IX pada tahun 1270, sekali lagi belayar dari Aigues-Mortes, bertujuan pada mulanya untuk menolong saki-baki negeri-negeri tentera Salib di Syria. Bagaimana pun, perang Salib ini dihalakan ke Tunis. Di situ Louis menghabiskan masa hayatnya selama hanya dua bulan sebelum meninggal dunia. Perang Salib Kelapan kadang-kala dikira sebagai Perang Salib Ketujuh, jika Perang Salib Kelima dan Keenam dikira sebagai satu perang Salib tunggal. Perang Salib Kesembilan juga kadang-kala dikira sebagai sebahagian daripada Perang Salib Kelapan.

[sunting] Perang Salib Kesembilan

Artikel penuh: Perang Salib Kesembilan

Raja Edward I dari England menjalankan satu lagi ekspedisi pada tahun 1271, setelah menemani Louis dalam Perang Salib Kelapan. Dia hanya mencapai sedikit kejayaan di Syria dan menarik diri berikutan satu gencatan senjata pada tahun berikutnya. Dengan kejatuhan Antioch (1268), Tripoli (1289) dan Acre (1291), kesan-kesan terakhir pemerintahan Kristian di Syria lenyap.

[sunting] Perang Salib di Baltik dan Eropah Tengah

Kesatria Teutonik dalam Pskov pada tahun 1240, petikan daripada  Alexander Nevsky arahan Sergei Eisenstein (1938).
Kesatria Teutonik dalam Pskov pada tahun 1240, petikan daripada Alexander Nevsky arahan Sergei Eisenstein (1938).

Artikel penuh: Perang Salib Utara

Perang Salib di kawasan Laut Baltik dan Eropah Tengah adalah usaha-usaha orang Kristian (kebanyakannya berbangsa Jerman) untuk menakluki dan membawa penduduk di kawasan ini ke dalam agama Kristian. Perang Salib ini bermula dari kurun ke-12, sewaktu dengan Perang Salib Kedua, hingga kurun ke-16.

Antara tahun 1232 dan 1234, tercetus perang Salib terhadap penduduk Stedingen. Perang Salib ini adalah istimewa, kerana penduduk Stedingen bukanlah orang kafir atau sesat (dalam agama Kristian), tetapi adalah rakan semazhab (Katholik Rom). Mereka adalah petani-petani bebas Frisia yang marah dengan cubaan pembesar Oldenburg dan ketua biskop Bremen-Hamburg yang mahu menamatkan kebebasan mereka. Ketua biskop itu menyingkirkan mereka dan Pope mengisytiharkan perang Salib pada tahun 1232. Penduduk Stedingen ditewaskan pada tahun 1234.

[sunting] Tinggalan Perang Salib

Perang Salib telah meninggalkan kesan-kesan sejarah yang mendalam dan berkekalan.

[sunting] Eropah

Perang Salib telah memberikan pengaruh yang sangat besar ke atas Zaman Pertengahan Eropah. Pada ketika sebahagian besar benua tersebut disatukan di bawah Pope yang begitu berkuasa, tetapi pada kurun ke-14 konsep lama mengenai Dunia Kristian menjadi pecah, dan kemajuan birokrasi berpusat (pembentukan negara bangsa moden) sedang rancak berjalan di Perancis, England, Burgundy, Portugal, dan sebahagian Castile serta Aragon kerana penguasaan gereja pada permulaan era perang Salib. Walaupun Eropah terdedah kepada kebudayaan Islam buat beberapa kurun menerusi perhubungan di Semenanjung Iberia dan Sicily, banyak pemikiran Islam seperti sains, perubatan dan senibina telah dipindahkan ke Barat semasa perang Salib. Pengalaman ketenteraan dari perang Salib juga memberi kesan ke atas Eropah; sebagai contoh, kubu-kubu Eropah mula memiliki struktur batu yang besar sebagaimana yang terdapat di Timur, berbanding bangunan kayu yang kecil sebagaimana yang biasa wujud pada masa lalu. Keperluan untuk membina, mengangkut dan membekalkan pasukan tentera yang besar membawa kepada perdagangan yang rancak di segenap Eropah. Kebanyakan jalan-jalan kurang digunakan sejak hari-hari Empayar Rom menyaksikan pertambahan yang bererti dalam trafik dengan pedagang-pedagang tempatan mula meluaskan ruang lingkup mereka. Ini hanya bukanlah disebabkan perang Salib 'menyediakan' Eropah untuk perjalanan, tetapi kerana ramai orang 'mahu' mengembara setelah bertemu dengan hasil keluaran Timur Tengah. Ini juga membantu permulaan Renaissance di Itali, kerana pelbagai negara kota di Itali sejak dari mula lagi mempunyai koloni-koloni perdagangan yang penting dan lumayan di negeri-negeri tentera Salib, samada di Tanah Suci mahupun di wilayah Empayar Byzantine yang ditawan kemudiannya. Di sebalik kekalahan muktamad di Timur Tengah, tentera Salib memperoleh kembali Semenanjung Iberia dan melambatkan perluasan ketenteraan Islam.

[sunting] Dunia Islam

Perang Salib telah memberi kesan mendalam tetapi bersifat setempat terhadap Dunia Islam, dengan perkataan "Frank" dan "Tentera Salib" kekal setara dengan ungkapan yang mewakili penghinaan. Orang Islam secara tradisi menyanjung Salahuddin, pahlawan Kurdis sebagai seorang hero menentang tentera Salib. Pada kurun ke-21 ini, sesetengah orang di Dunia Arab seperti pergerakan kemerdekaan Arab dan gerakan Pan-Islamisme terus mennggelar campur tangan pihak Barat dalam hal-ehwal Timur Tengah sebagai "perang Salib". Perang Salib dianggap oleh Dunia Islam sebagai serangan hebat yang kejam dan dahsyat oleh orang Kristian Eropah.

[sunting] Masyarakat Yahudi

Rencana utama: Sejarah orang Yahudi dan Perang Salib
Ilustrasi Bible Perancis tahun 1250 yang menggambarkan orang Yahudi (ditandai dengan Judenhut) dibunuh beramai-ramai secara kejam oleh tentera Salib
Ilustrasi Bible Perancis tahun 1250 yang menggambarkan orang Yahudi (ditandai dengan Judenhut) dibunuh beramai-ramai secara kejam oleh tentera Salib

Kekejaman tentera Salib terhadap orang Yahudi di bandar-bandar Jerman dan Hungary, juga kemudiannya di Perancis dan England, dan dalam pembunuhan golongan yang tidak bersenjata beramai-ramai dengan kejam di Palestin dan Syria menjadi bahagian bermakna dalam sejarah anti-Semitisme, walaupun tiada perang Salib yang dilancarkan terhadap orang Yahudi. Serangan-serangan ini meninggalkan di belakang perasaan sakit yang kuat ke atas kedua-dua belah pihak. Kedudukan sosial orang Yahudi di Eropah Barat semakin memburuk, dan sekatan undang-undang bertambah semasa dan selepas Perang Salib. Mereka menyediakan jalan kepada undang-undang anti-Yahudi oleh Pope Innocent III dan membentuk titik peralihan dalam anti-Semitisme Zaman Pertengahan.

Tempoh perang Salib membawa bersamanya banyak riwayat dari sumber-sumber Yahudi. Antara riwayat Yahudi yang diketahui ramai ialah babad-babad oleh Solomon Bar Simson dan Rabbi Eliezer bar Nathan, Riwayat Penganiayaan Lama (The Narrative of the Old Persecutions) oleh Mainz Anonymous, dan Sefer Zekhirah (Buku Peringatan) oleh Rabbi Ephraim dari Bonn.

[sunting] Caucasus

Di pergunungan Caucasus dalam negara Georgia, dalam kawasan tanah tinggi terasing yang disebut Khevsureti, sebuah kabilah yang dipanggil orang Khevsur diandaikan berkemungkinan adalah keturunan langsung bagi sekumpulan tentera Salib yang terpisah dari pasukan yang lebih besar dan kekal dalam pengasingan dengan beberapa budaya tentera Salib terpelihara. Tinggalan perisai, senjata dan baju besi masih lagi digunakan dan diwarisi turun temurun dalam masyarakat tersebut hatta di kurun ke-20. Anggota tentera dan ahli etnografi Rusia, Arnold Zisserman yang menghabiskan masa selama 25 tahun (1842-67) di Caucasus, percaya bahawa kumpulan luar biasa penduduk tanah tinggi Georgia tersebut adalah keturunan tentera Salib terakhir berdasarkan adat resam, bahasa, dan kesenian mereka. Pengembara Amerika, Richard Halliburton (1900-1939) menyaksi dan mencatatkan adat resam kabilah tersebut dalam tahun 1935.

[sunting] Penggunaan istilah "perang Salib"

Untuk penggunaan istilah "perang Salib" yang lain, sila lihat (nyahkaburan) perang Salib.
Carilah Crusade dalam Wiktionary, kamus bebas.

Perang Salib tidak pernah digunakan oleh orang-orang yang terlibat dalam perang tersebut. Tentera Salib yang asal dikenali dengan pelbagai istilah termasuklah fideles Sancti Petri (orang yang beriman dengan St. Peter) atau milites Christi (tentera al-Masih). Mereka melihat diri mereka sebagai membuat iter (perjalanan), atau peregrinatio (haji), walaupun jemaah haji selalunya dilarang membawa senjata. Seperti jemaah haji, setiap tentera Salib bersumpah mengangkat sumpah yang akan dipenuhi untuk berjaya sampai ke Baitul Maqdis, dan mereka diberikan salib kain yang dijahit pada pakaian mereka. Perbuatan "mengambil salib" (crux) ini akhirnya dikaitkan dengan keseluruhan perjalanan itu; perkataan "crusade" (masuk ke dalam bahasa Inggeris dari perkataan Perancis croisade, bahasa Itali crociata atau bahasa Portugis cruzada) terbina dari sini.

Sejak kurun ke-17, istilah "perang Salib" telah membawa satu konotasi dalam Dunia Barat iaitu satu kempen yang wajar, pada kebiasaannya untuk "membanteras kejahatan", atau berperang untuk alasan yang wajar. Dalam penggunaan umum atau keagamaan bukan sejarah, "perang Salib" mempunyai makna yang lebih tegas dan keagamaan — sebahagian besarnya dibuang dari 'perjuangan bersenjata'.

Dalam makna yang lebih luas, "perang Salib" dapat digunakan, selalunya dalam makna bersifat retorik dan metafora, untuk mewajarkan sebarang perang yang mendapat justifikasi agama.

Aktivis-aktivis fanatik juga merujuk alasan mereka sebagai "perang Salib", sebagaimana dalam "Perang Salib terhadap Buta Huruf Orang Dewasa", atau "Perang Salib terhadap Pembuangan Sampah". Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, bagaimana pun, penggunaan "perang Salib" sebagai istilah positif telah menjadi kurang untuk mengelak daripada menyinggung perasaan orang Islam atau sesiapa sahaja yang terasa tersinggung hati dengan istilah tersebut. Istilah ini juga mencorakkan kefanatikan pendukung agenda, contohnya kempen-kempen "Perang Salib buat hak wanita untuk memilih" dan "Perang Salib untuk bersembahyang di sekolah awam".

[sunting] Reputasi popular

Di Eropah Barat, secara tradisi Perang Salib dipandang tinggi oleh orang awam sebagai kisah pengembaraan keperwiraan, walaupun semangat tinggi orang biasa sebahagian besarnya habis dalam Perang Salib Pertama yang menyaksikan ramai golongan kelas ini tidak dapat kembali dengan selamat. Kini, pihak musuh, orang Saracen dibentuk dalam hanya seorang tokoh, Salahuddin; musuh beliau, Richard the Lionheart, dalam dunia yang berbahasa Inggeris, adalah raja tentera Salib yang unggul, sementara Frederick Barbarossa dan Louis IX memenuhi kedudukan yang sama dalam budaya Jerman dan Perancis. Hatta di kawasan yang sezaman, perang Salib dan pemimpin mereka telah diolah secara romantik dalam kesusateraan popular;Chanson d'Antioche adalah sebuah chanson de geste yang menyentuh Perang Salib Pertama, dan Lagu Roland (Song of Roland) yang menyentuh era Charlemagne dipengaruhi secara terus oleh pengalaman perang Salib, pergi begitu jauh sehingga menggantikan penentang Charlemagne, orang Basque dengan orang Islam. Satu tema popular bagi troubador ialah kesatria memenangi hati wanitanya dengan pergi menyertai perang Salib di Timur.

Frederick Barbarossa yang sentiasa hidup dalam gua gunungnya: dari ukiran kayu Jerman kurun ke-19
Frederick Barbarossa yang sentiasa hidup dalam gua gunungnya: dari ukiran kayu Jerman kurun ke-19

Pada kurun ke-14, Godfrey of Bouillon disatukan dengan Perang Trojan dan kisah pengembaraan Iskandar Agung (Alexander the Great) terhadap latar belakang bagi keberanian Nine Worthies yang berdiri sebagai hero budaya sekular yang popular ke dalam kurun ke-16, apabila citasara kesusasteraan yang lebih kritikal beralih kepada Torquato Tasso dan Rinaldo dan Armida, Roger dan Angelica. Kemudiannya kemunculan makna sejarah yang lebih sahih di kalangan golongan berpendidikan membawa Perang Salib ke dalam satu fokus baru bagi penjanaan romantik dalam roman Sir Walter Scott pada awal kurun ke-19. Malah gambaran perang Salib dapat dijumpai dalam Perang Crimea yang United Kingdom dan Perancis bersekutu Empayar Turki Uthmaniyyah, dan dalam Perang Dunia Pertama, terutamanya penawanan Baitul Maqdis oleh Edmund Henry Hynman Allenby pada tahun 1917.

Di Sepanyol, reputasi popular mengenai Perang Salib disinari dengan sejarah Reconquista Sepanyol. El Cid adalah tokoh utama.

[sunting] Dunia Kristian Ortodoks Timur

Sama seperti orang Islam, penganut Kristian Ortodoks Timur juga melihat Perang Salib sebagai serangan oleh orang gasar Barat, tetapi tertumpu kepada Penjarahan Constantinople dalam tahun 1204. Banyak relik dan artifak yang diambil dari Constantinople masih lagi berada dalam tangan orang Katholik Rom, di dalam Vatican dan tempat lain. Perselisihan faham yang wujud sekarang antara orang Turki dan orang Yunani mengenai hak tuntutan ke atas Kuda-Kuda Yunani di atas muka bangunan Basilika St. Mark di Venice. Orang Yunani berhujah bahawa friz tersebut adalah sememangnya sebahagian daripada warisan budaya dan identiti Yunani, sama dengan Marmar Elgin, dan orang Turki membalas bahawa friz itu berasal dari tempat yang disebut Istanbul hari ini. Sebuah gambar sejarah Perang Salib Turki yang popular dapat dihimpunkan dengan menyusun teks risalah rasmi Turki mengenai kubu-kubu tentera Salib di pantai dan kepulauan pantai Laut Aegean. Negara-negara Eropah Tengah, di sebalik fakta bahawa mereka secara formal tergolong dalam agama Kristian Barat, adalah yang paling mencurigai idea Perang Salib. Banyak bandar di Hungary telah dijarah oleh kumpulan-kumpulan tentera Salib yang melaluinya; seorang pemerintah Poland enggan menyertai satu perang Salib, kononnya disebabkan kekurangan bir di Tanah Suci. Kemudiannya, Poland dan Hungary sendiri menjadi sasaran penaklukan oleh tentera Salib, dan oleh kerana itu memperjuangkan tanggapan bahawa orang pagan mempunyai hak untuk hidup dengan aman dan mempunyai hak memiliki tanah-tanah mereka (lihat Pawel Wlodkowic).

[sunting] Lihat juga

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:
  • Kesenian Perang Salib
  • Negeri-negeri tentera Salib
  • Senarai tentera Salib utama
  • Susunan Ketenteraan
  • Perang-perang keagamaan
  • Kumpulan perang Salib

[sunting] Rujukan dan Bacaan Lanjutan

  • Alfred J. Andrea, Encyclopedia of the Crusades. Greenwood Press, 2003.
  • Jonathan Harris, Byzantium and the Crusades. London, 2003
  • Carole Hillenbrand, The Crusades, Islamic Perspectives. New York, 2000.
  • P.M. Holt, The Age of the Crusades: The Near East from the Eleventh Century to 1517. New York, 1986.
  • Amin Maalouf, The Crusades Through Arab Eyes. 1983
  • Thomas F. Madden, The New Concise History of the Crusades. Lanham, 2005.
  • Hans E. Mayer, The Crusades. Oxford, 1965.
  • Jonathan Riley-Smith, The First Crusade and the Idea of Crusading. Philadelphia, 1986.
  • Jonathan Riley-Smith, The Oxford History of the Crusades. Oxford, 1995.
  • Jonathan Riley-Smith, What were the Crusades?. San Francisco, 2002.
  • Steven Runciman, A History of the Crusades, 3 vols., Cambridge, 1951-1954.

[sunting] Nota


[sunting] Pautan Lain


Static Wikipedia 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Sub-domains

CDRoms - Magnatune - Librivox - Liber Liber - Encyclopaedia Britannica - Project Gutenberg - Wikipedia 2008 - Wikipedia 2007 - Wikipedia 2006 -

Other Domains

https://www.classicistranieri.it - https://www.ebooksgratis.com - https://www.gutenbergaustralia.com - https://www.englishwikipedia.com - https://www.wikipediazim.com - https://www.wikisourcezim.com - https://www.projectgutenberg.net - https://www.projectgutenberg.es - https://www.radioascolto.com - https://www.debitoformtivo.it - https://www.wikipediaforschools.org - https://www.projectgutenbergzim.com