Universiti Teknologi MARA
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Universiti Teknologi MARA | |
Moto | Usaha Taqwa Mulia |
Ditubuhkan | 1956 |
Canselor | DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah |
Naib-Canselor | Yg Bhg Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah |
Lokasi | Shah Alam, Malaysia |
Pelajar | 40,000 |
Laman web | www.uitm.edu.my |
Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan salah sebuah universiti awam di Malaysia.
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah
Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latehan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan kependekan Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.
Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).
Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
UiTM mempunyai 2 buah lagu iaitu "UiTM Di Hatiku" dan "Wawasan Setia Pelajar".
[sunting] Kampus cawangan
Selain kampus utamanya di Shah Alam, Selangor, UiTM mempunyai 3 buah kampus satelit, 12 kampus cawangan dan 6 kampus bandar. Boleh dikatakan UiTM mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia kecuali Wilayah Persekutuan. Kampus2 tersebut adalah :-
Kampus satelit (menawarkan kursus pakar)
- Kampus UiTM Seksyen 17, Shah Alam
- Kampus UiTM Puncak Perdana, Shah Alam
- Kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya
- Kampus UiTM Puncak Alam, Shah Alam *dalam pembinaan
- [[Kampus UiTM Hospital Selayang & Hospital Sungai Buloh
(hospital pengajar untuk Fakulti Perubatan UiTM)
Kampus cawangan (cawangan di negeri lain)
- Kampus UiTM Arau, Perlis
- Kampus UiTM Sungai Petani, Kedah
- Kampus UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang
- Kampus UiTM Sri Iskandar, Perak
- Kampus UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan
- Kampus UiTM Alor Gajah, Melaka
- Kampus UiTM Segamat, Johor
- Kampus UiTM Jengka, Pahang
- Kampus UiTM Dungun, Terengganu
- Kampus UiTM Machang, Kelantan
- Kampus UiTM Kota Kinabalu, Sabah
- Kampus UiTM Samarahan, Sarawak
Kampus bandar (kampus tanpa penginapan)
- Kampus UiTM Mukah, Sarawak
- Kampus UiTM Tawau, Sabah
- Kampus UiTM Johor Bahru, Johor
- Kampus UiTM Raub, Pahang
- Kampus UiTM Bukit Sekilau, Pahang
- Kampus UiTM Alor Setar, Kedah
- Kampus UiTM Kota Bharu, Kelantan
UiTM juga mempunyai sebuah akademi, 2 pusat dan 2 institut.
[sunting] Pencapaian
Dua pelajar UiTM, Ahmad Reduan Rozali dan Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin merupakan antara pendaki Malaysia yang berjaya tiba di puncak Gunung Everest pada 10.50 pagi waktu Malaysia, Ahad 22 Mei 2004.
Ahmad Reduan, 22, adalah pelajar kursus Diploma Sains Gunaan manakala Muhammad Muqharabbin, 22, pelajar kursus Diploma Kesihatan dan Kecergasan di UiTM. Mereka pernah berlatih di Wanaka, New Zealand dari 30 Julai hingga 20 Ogos tahun 2004. Mereka turun dari Gunung Everest dan tiba di base camp pada 23 Mei 2004.
[sunting] Alamat surat menyurat
Unit Informasi & Penerbitan Korporat, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Ehsan, Malaysia.
Tel: 03-55442000, 03-55442061
Fax: 03-55442066, 03-55442223