Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Cogan kata | Peneraju Aplikasi dan Teknologi |
---|---|
Tarikh pengasasan | sejak 1993 |
Jenis | Universiti awam |
Canselor | YTM Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar Al-haj Tunku Mahkota Johor |
Naib Canselor | Profesor Dato' Dr. Hj. Ismail b. Hj. Bakar |
Lokasi | Batu Pahat, Johor, Malaysia |
Kampus | Kampus induk di Batu Pahat |
Laman web | http://www.uthm.edu.my |
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang ke-15 di negara Malaysia. Ditubuhkan pada 27 September 2000, universiti ini mengkhususkan dalam bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, pengurusan teknologi, serta pendidikan teknik dan vokasional.
KUiTTHO bermula sebagai Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) pada tahun 1993. Pada tahun 1996, institusi ini telah dinaik taraf kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) di bawah pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai sebahagian komitmennya terhadap pengurusan yang berkualiti, KUiTTHO telah memperoleh sijil MS ISO 9001:2000 daripada SIRIM untuk pelaksanaan pengurusan akademiknya sejak akhir tahun 2001.
Senarai kandungan |
[sunting] Perubahan nama
- Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) - 1993
- Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO)- 1996
- Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)- 2001
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM- 2007
[sunting] Alamat
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),
- Beg Berkunci 101,
- 86400 Parit Raja,
- Batu Pahat, Johor
- Tel : 607-4537000/7025/7020
- Faks: 607-4536337