Dari Wikipedia bahasa Melayu
13 November merupakan hari ke-317 (hari ke-318 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 48 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1887 - Ahad Berdarah berlaku di Dataran Trafalgar
- 1970 - Siklon Bhola: Siklon tropika berkelajuan 100-batu sejam menghentam kawasan Muara Sungai Ganges di Timur Pakistan (kini Bangladesh), meragut nyawa sebanyak 500,000 orang (ini dianggap sebagai bencana siklon terburuk abad ke-20).
- 1982 - Peringatan Bekas Perajurit Vietnam diumumkan khas di Washington D.C. selepas perarakan oleh ribuan bekas perajurit Perang Vietnam.
- 1985 - Gunung berapi Nevado del Ruiz meletus, menyebabkan lahar menenggelamkan Armero, Colombia, membunuh kira-kira 23,000 orang.
- 1990 - Laman web pertama yang dikenali ditulis. [1]