1826
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1826. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1826 (nombor).
Tahun | 1823 • 1824 • 1825 • 1826 • 1827 • 1828 • 1829 |
Dekad | 1790-an • 1800-an • 1810-an • 1820-an 1830-an • 1840-an • 1850-an |
Abad | Abad ke-18 • Abad ke-19 • Abad ke-20 |
1826 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Ahad dalam kalendar Gregory.
[Sunting] Peristiwa
- 8 Februari - Argentina: Unitarian Bernardino Rivadavia menjadi Presiden Argentina yang pertama.
- 11 Februari - Kolej Universiti London diasaskan di bawah nama Universiti London.
- 13 Februari - Persatuan Kesederhanaan Amerika diasaskan.
- April 1 - Samuel Morey mempatenkan enjin pembakaran dalam.
- Jun - Fotografi: Nicephore Niepce membuat gambar foto benar yang pertama.
- 14-15 Jun – Peristiwa Bertuah: Mahmud II, sultan Empayar Turki Uthmaniyyah, menghancurkan dahagi Janissary di Istanbul.
- 22 Jun - Kongres Panama Seluruh Amerika Syarikat cuba menyatukan republik-republik Amerika (tetapi gagal).
- awal Julai - Ludwig van Beethoven menghalusi Opus 131, kuartet alat tali dalam syap C Minor yang merupakan kuartet alat talinya yang terbaik.
- 26 Julai - Auto de fe yang terakhir.
[Sunting] Tarikh tepat tidak diketahui
- Terowong kereta api pertama dibina antara Liverpool dan Manchester di England.
- Wabak kolera bermula di India.
- Tanah jajahan British di Negeri-negeri Selat diasaskan.
[Sunting] Kelahiran
- 12 Januari - William Chapman Ralston, pemilik bank dan ahli kewangan (maut 1875)
- 26 Januari - Louis Favre, jurutera Switzerland (maut 1879)
- 27 Januari - Mikhail Saltykov-Shchedrin, penulis Rusia (maut 1889)
- 27 Januari - Richard Taylor, jeneral Negeri-negeri Gabungan Amerika (maut 1879)
- 16 Februari - Joseph Victor von Scheffel, pemuisi Jerman (maut 1886)
- 16 Februari - Julia Grant, Wanita Pertama Amerika Syarikat (maut 1902)
- 4 Mac - Theodore Judah, jurutera landasan kereta api (maut 1863)
- 24 Mac - Matilda Joslyn Gage, perintis faham kewanitaan (maut 1898)
- 29 Mac - Wilhelm Liebknecht, wartawan dan ahli politik Jerman (maut 1900)
- 6 April - Gustave Moreau, pelukis Perancis (maut 1898)
- 26 April - George Hull Ward, jeneral Amerika Syarikat (maut 1863)
- 3 Mei - Raja Charles XV dari Sweden dan Norway (maut 1872)
- 4 Mei - Frederic Edwin Church, pelukis Amerika Syarikat (maut 1900)
- 24 Jun - George Goyder, juruukur agung Australia Selatan (maut 1898)
- 4 Julai - Stephen Foster, penulis lagu dan pemuisi Amerika Syarikat (maut 1864)
- 4 Julai - Green Clay Smith, pemimpin gerakan kesederhanaan Amerika (maut 1895)
- 17 September - Bernhard Riemann, ahli matematik Jerman (maut 1866)
- 13 November - Charles Frederick Worth, pereka fesyen Inggeris (maut 1895)
- 24 November - Carlo Collodi, penulis Itali (maut 1890)
[Sunting] Tarikh tepat tidak diketahui
William Daniel, ketua gerakan kesederhanaan Amerika (maut 1897)
[Sunting] Kematian
- 3 Januari - Louis Gabriel Suchet, marsyal Perancis (lahir 1770)
- 17 Januari - Juan Crisóstomo Arriaga, penggubah Sepanyol (lahir 1806)
- 29 Mac - Johann Heinrich Voß, pemuisi Jerman (lahir 1751)
- 5 Jun - Carl Maria von Weber, penggubah Jerman (lahir 1786)
- 4 Julai - Thomas Jefferson, Presiden Amerika Syarikat yang ketiga (lahir 1743)
- 4 Julai - John Adams, Presiden Amerika Syarikat yang kedua (lahir 1735)
- 5 Julai - Thomas Stamford Raffles, gabenor kolonial British dan pengasas Singapura (lahir 1781)
- 8 Julai - Luther Martin, wakil Konvensyen Perlembagaan Amerika (lahir 1746)
- 22 Julai - Giuseppe Piazzi, ahli astronomi Itali (lahir 1746)
- 23 November - Johann Elert Bode, ahli astronomi Jerman (lahir 1747)
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai: