20 Januari
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | Januari | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2007 |
20 Januari merupakan hari ke-20 dalam kalendar Gregory. Tinggal 345 hari (atau 346 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya. Dalam astrologi, ia merupakan hari kuspa antara Capricorn dan Aquarius.
Semenjak Pindaan ke-20 kepada Perlembagaan Amerika Syarikat pada 1933, 20 Januari juga merupakan hari apabila penggal baru untuk Presiden Amerika Syarikat dan Naib Presiden Amerika Syarikat bermula.
[Sunting] Peristiwa
- 1265 - Diperintah oleh Simon de Montfort, parlimen Inggeris yang pertama mengadakan mesyuarat sulung di Istana Westminster.
- 1320 - Selepas menyatukan semula Poland, Wladyslaw si Pendek dimahkotai Raja Krakow.
- 1885 - LaMarcus Adna Thompson mempatenkan roller coaster.
- 1892 - Permainan rasmi bola keranjang yang pertama diadakan di YMCA, Springfield, Massachusetts.
- 1942 - Dalam persidangan Wannsee di Berlin, pihak Nazi memutuskan "penyelesaian terakhir kepada persoalan Yahudi" yang akhirnya mengakibatkan Holokus.
- 1945 - Franklin D. Roosevelt mengangkat sumpah bagi penggal ke-empat beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat; tiada Presiden lain yang pernah diberi penggal ke-empat.
- 1961 - Presiden Perancis, Charles de Gaulle memberitahu Presiden John F. Kennedy: "Saya meramalkan bahawa kamu akan beransur-ansur tenggelam ke dalam kancah tak terbatas, walau betapa banyak kamu berbelanja dari segi orang dan wang", ketika merujuk kepada pembabitan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam.